Saya Tak Pernah Sokong Kontrak Ums Kepada Asli Jati Engineering Kata Bekas Ketua Hakim


 
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony berdepan pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem mekanikal dan elektrikal UMS. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Bekas ketua hakim negara Zaki Azmi memaklumkan Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau tidak pernah menyokong pemberian kontrak penyelenggaraan sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd.
Zaki, 76, yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah di UMS bermula 3 April 2013 hingga 31 Julai 2018, turut mengesahkan bahawa kontrak syarikat itu bagi kerja penyelenggaraan sistem tersebut yang tamat pada 25 Feb 2015, tidak disambung semula oleh pihak UMS.
Saksi pendakwaan keenam itu berkata keputusan untuk tidak menyambung kontrak tersebut dibuat oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dalam mesyuarat pada 16 Jan 2014 yang dipengerusikan beliau sendiri dengan kehadiran Naib Canselor UMS Profesor Dr Mohamad Harun Abdullah serta ahli lembaga lain.
“Lembaga Pengarah telah menerima satu laporan daripada Jawatankuasa Audit UMS yang menyatakan syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd telah membuat tuntutan untuk penyelenggaraan 557 unit gegelung kipas (FCU) sedangkan hanya terdapat 55 unit penyaman udara sahaja di UMS,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan penyataan saksi semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Francine Cheryl Rajendran pada hari ketiga perbicaraan kes bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony yang berdepan pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem itu.
Peter adalah Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Engineering.
Bagaimanapun, Zaki berkata sekitar Ogos 2014, Mohamad Harun telah berjumpa dengannya dan memaklumkan terdapat tiga surat sokongan berhubung kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan bagi sistem M&E di bangunan Fasa 2B, bangunan dan infra di Kampus Induk (FPL/Pusat Rawatan Warga Luar Sikuati, Kudat) serta bangunan lain UMS.
“Datuk Harun berkata antara kandungan surat tersebut adalah berkaitan pihak UMS yang dikatakan telah menyokong pelaksanaan kontrak kerja berkenaan diberikan kepada syarikat Jati Asli.
“Perkara ini adalah bertentangan dengan keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah tersebut dan Datuk Harun telah mengingatkan saya bahawa Lembaga Pengarah telah memutuskan kontrak untuk kerja penyelenggaraan M&E hendaklah dibuat secara tender terbuka,” katanya.
Beliau berkata selepas itu, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Zaini Ujang yang kemudian mengatur pertemuannya dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu, Najib Razak di bangunan Parlimen.
“Saya telah memaklumkan secara ringkas mengenai kandungan surat-surat tersebut kepada YAB Perdana Menteri dan beliau telah bersetuju agar kontrak kerja-kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem M&E di UMS dibuat secara tender terbuka.
“Pada Januari 2015, saya sekali lagi berjumpa dengan Datuk Seri Najib dalam satu program di Universiti Teknologi Malaysia Jalan Semarak dan beliau turut bersetuju agar kontrak M&E bagi fasa 2A juga dibuat secara tender terbuka,” katanya.
Peter, 50, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa melakukan memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat itu dengan niat ia digunakan untuk tujuan menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 13 Jun 2014 dan 21 Ogos 2014.
Beliau turut berdepan pertuduhan pilihan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 yang mempunyai pernyataan palsu pada tajuk surat itu dan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu di tempat dan pada masa sama.
Peter didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/04/saya-tak-pernah-sokong-kontrak-ums.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Shafie Km Sabah Yang Sah Kekal Kata Bekas Hakim

Keputusan Shafie Km Sabah Yang Sah Kekal Kata Bekas Hakim

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 177 hits
PETALING JAYA Tindakan Musa Aman menarik balik rayuannya dalam pertikaian dua ketua menteri Sabah di Mahkamah Persekutuan hanya mengukuhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2018 bahawa pelantikan Shafie Apdal adalah mengikut perlembagaan kata...
Rakaman Audio Sahih Saya Bekas Setiausaha Sulit Anwar Kata Azmin

Rakaman Audio Sahih Saya Bekas Setiausaha Sulit Anwar Kata Azmin

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 185 hits
Rakaman audio perbualan telefon dikatakan antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim sahih kata Mohamed Azmin Ali Azmin berkata sebagai bekas setiausaha sulit kepada Anwar beliau yakin ia suara Ketua Pembangkang ...
Pas Goreng Kata Ramai Siam Cina India Sokong Dia

Pas Goreng Kata Ramai Siam Cina India Sokong Dia

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 137 hits
April 6 2021 Dewan Himpunan Pendukung PAS Kedah berjaya menubuh beberapa lagi cawangan baharu yang turut melibatkan masyarakat Siam Cina dan India Pengerusinya K Kumaresan berkata cawangan baharu terbabit di Baling Jerlun Kuala Kedah dan Pa...
Kehidupan Masa Kini Memang Mencabar Perlembagaan Diuji Sehabisnya Ketua Hakim Negara

Kehidupan Masa Kini Memang Mencabar Perlembagaan Diuji Sehabisnya Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 233 hits
PUTRAJAYA Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan kini diuji sehabis habisnya kata Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sambil mengingatkan badan kehakiman supaya sentiasa saksama dan selalu bersedia untuk memberikan keadilan sesuai ...
Pas Hilang Semua Kerusi Jika Bertanding Di Bawah Pn Kata Ketua Umno Johor

Pas Hilang Semua Kerusi Jika Bertanding Di Bawah Pn Kata Ketua Umno Johor

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 258 hits
freemalaysiatoday com March 28 2021 7 18 PMHasni Mohammad juga menggesa supaya autonomi diberikan kepada kepemimpinan negeri untuk menentukan pembahagian kerusi KUALA LUMPUR Ketua Umno Johor Hasni Mohammad berkata beliau sudah memberi amara...
Bukan Islam Bebas Gunakan Allah Bila Bila Masa Di Sarawak Kata Ketua Menteri

Bukan Islam Bebas Gunakan Allah Bila Bila Masa Di Sarawak Kata Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 189 hits
Abang Johari berkata ahli ahli politik seharusnya menumpukan isu besar melibatkan masyarakat awam dan bukannya bergaduh tentang penggunaan kalimah Allah Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg Gambar Bernama Ketua Menteri Sarawak Abang Joh...
6 Jam Tangan Omega Rm142 410 Dibeli Tunai Kata Saksi Kes Pecah Amanah Bekas Kp Meio

6 Jam Tangan Omega Rm142 410 Dibeli Tunai Kata Saksi Kes Pecah Amanah Bekas Kp Meio

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 183 hits
Bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia Hasanah Ab Hamid didakwa melakukan pecah amanah berjumlah USD12 1 juta KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah USD12 1 juta bekas ketua pengarah Organi...
Bekas Ketua Pemuda Umno Sertai Dap Di Kelantan

Bekas Ketua Pemuda Umno Sertai Dap Di Kelantan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 214 hits
April 6 2021 Bekas ketua pemuda Umno Gua Musang Bazlan Baharuddin tampil menjadi calon dalam pemilihan jawatankuasa DAP Kelantan yang bakal berlangsung 9 April ini Menyertai parti itu sekitar Ogos 2019 Bazlan berkata dia berbuat demikian ba...
Ketua Pesuruhjaya Sprm Dedah Punca Kontrak Kartel Berleluasa

Ketua Pesuruhjaya Sprm Dedah Punca Kontrak Kartel Berleluasa

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 306 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Dedah Punca Kontrak Kartel Berleluasa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata tidak mungkin ketua jabatan kerajaan tidak menyedari terdapat sebilangan kakitangan mereka mengambil rasuah daripa...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand