Saya Tak Menyesal Tampar Eggboy Senator Fraser Anning
'Saya tak menyesal tampar Eggboy' - Senator Fraser Anning
Gara-gara mengeluarkan kenyataan rasis terhadap mangsa tragedi tembakan rambang pengganas di Masjid Al Noor, di Christchurch, New Zealand, seorang Senator dari Australia dipecahkan telur di kepalanya
Tindakan remaja berusia 17 tahun itu, Will Connolly, membuatkan Anning berang lalu menampar mukanya dua kali dan kejadian itu sempat dirakam kamera wartawan yang sedang menemubual Anning ketika itu.
Bercakap kepada media mengenai kejadian itu, Anning berkata dia langsung tidak menyesal dengan tindakannya menampar remaja terbabit
"Saya tidak menyesal dengan apa yang saya buat. Saya hanya mempertahankan diri dan itulah kebiasaannya yang dilakukan oleh orang Australia, mereka mempertahankan diri.
"Dia ditampar di muka di mana ibu dia patut melakukan perkara yang sama sejak dulu lagi kerana dia (Will) berkelakuan buruk," tegasnya.
Insiden itu juga membuatkan ramai netizen meluahkan rasa geram terhadap Anning, sehingga ada pihak yang mula membuat petisyen untuk memecat Anning dari Parlimen.
Meskipun diselar oleh pelbagai pihak, Anning bagaimanapun tidak kisah dan berkata ada lagi penyokong yang menyokong kenyataannya sebelum ini.
"Semua orang boleh memberikan pandangan mereka sendiri. Satu juta yang menandatangan petisyen itu, tetapi ada ramai juga orang yang memberitahu saya bahawa mereka menyokong pendirian saya.
"Saya biarkan mereka buat keputusan melalui kotak undi, mereka boleh mengundi untuk mengeluarkan saya jika itu yang mereka mahukan," katanya.
Sementara itu, seorang lagi ahli politik Australia dikecam kerana membuat kenyataan yang lebih kurang sama seperti Anning dalam temubual yang disiarkan dalam program Sunrise Australia.
"Saya bersimpati untuk keluarga mangsa. Kita ada masalah yang perlu dibincang dan didebatkan, kenapa kita ada serangan pengganas di negara ini? Apa yang berlaku di dunia hari ini?
"Mereka (umat Islam) tidak patut berada di sini, mereka akan merampas negara kita. Boleh anda bayangkan bagaimana ia mendorong kebangkitan White Supremacist?" kata Pauline Hanson.
Sumber: NZ Herald
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ceberita.blogspot.com/2019/03/saya-tak-menyesal-tampar-eggboy-senator.html