Saya Tak Faham Apa Yang Penonton Nak Yoo Jaesuk
Ada tak yang dah menonton program terbaru Yoo Jae-suk iaitu “PLAYou”?
ARTIKEL BERKAITAN
"Saya Kecewa Dengan Lee Kwangsoo, Jun Somin, Ji Sukjin, Lee Mijoo" - Yoo Jaesuk
Program ini memaparkan pelbagai misi berbeza pada setiap episod di mana Yoo Jae-suk perlu menyelesaikannya dalam masa yang ditetapkan sebelum dapat pulang ke rumah. Menariknya, misi itu disiarkan secara langsung dan para penonton boleh membantu dengan meninggalkan komen.
Untuk episod terbaru ini, “PLAYou” telah memaparkan misi di sebuah stesen keretapi bawah tanah usang.
Katanya kepada kamera,
Seperti ada yang tak kena. Saya merasakan hari ini ialah episod yang menyeramkan. Saya nak gila.
Tambahnya,
Saya tak suka episod seram, tapi produser suka melakukannya kerana saya membencinya.
Yoo Jae-suk yang berasa tidak senang terus mengomel,
Saya tak faham sikap berbeza penonton. Semua berkata, ‘Saya nak melihat Yoo Jae-suk ketakutan’ tapi apabila saya benar-benar takut, mereka berkata, ‘Awak over lah, kenap produser buat seteruk itu’.
Tulis netizen di ruangan komen,
Ini semua salah awak.
Balas Yoo Jae-suk tertawa,
Saya memang hebat memberikan reaksi pun.
Dalam episod ini, pelbagai insiden tidak disangka berlaku. Malah jaringan internet juga beberapa kali terputus. Yoo Jae-suk memohon maaf dan menjelaskan,
Kami minta maaf, pihak produksi sudah cuba membetulkan talian beberapa kali tapi kami tak tahu kenapa ia terus terjadi. Kami akan menyambung masa siaran ini sebanyak mana talian terputus.
Biasalah penonton seronok mengusik Yoo Jae-suk!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-tak-faham-apa-yang-penonton-nak-yoo-jaesuk/