Saya Sempat Khatam Al Quran 100x Selama Berada Dipnjara Ameng Spring
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ameng, 50, bersyukur apabila diberikan hidayah ketika menjalani hu kuman selama beberapa tahun di Penjara Kluang, Johor.
Menganggap penj4ra sebagai tempat sebaiknya bagi memperbetulkan golongan hidup tidak tentu arah dan terjebak dalam aktiviti neg4tif, artis yang mencipta populariti bersama kumpulan Spring itu turut bermuhasabah diri ketika menjalani hu kuman.
“Saya anggap penj4ra sebagai tempat muhasabah diri, selain pemulihan akhlak. Saya menerima hukuman 10 seb4tan secara serentak, kes4kitannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia mengambil masa sebulan untuk dipulihkan.
“Di sebalik itu, saya bersyukur kerana diberikan hidayah Allah menerusi program pemulihan dijalankan di sana. Ia membuatkan saya benar-benar bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah, sehingga berjaya menghafaz beberapa juzuk al-Quran dan khatam lebih 100 kali,” katanya kepada BH Online.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati itu berkata, dia turut memperoleh semula kekuatan untuk terus berjuang dalam seni suara selepas mendapat sokongan keluarga dan peminat.
“Saya fikir, kerjaya nyanyian akan berkuubur sebaik sahaja keluar daripada penj4ra. Namun, tekaan saya silap. Ketika di penj4ra lagi, rezeki menyanyi tidak pernah putus-putus diberikan,” kongsinya.
Bintang kelahiran Besut, Terengganu itu dikenakan hukuuman penj4ra lapan tahun selain 10 sebatan selepas didapati bers4lah atas tiga kes4lahan, termasuk dua kes memiliki d4dah pada 12 April 2011.
Bagaimanapun, dia dibebaskan pada 14 Jun 2016, kira-kira tiga tahun lebih awal daripada tempoh penuh hukuuman kerana mendapat pengampunan selepas berkelakuan baik.
Akui Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, sebelum dit1mpa musibah, dia banyak membu4ng masa dengan perkara sia-sia.
“Saya suka berf0ya-f0ya, tidak pulang ke rumah, mengabaikan keluarga dan terlalu bor0s berbelanja. Walaupun sudah berkahwin (dengan Sabariah Zakaria, 48) dan memiliki cahaya mata, Wan Ahmad Haizal yang kini berusia 11 tahun, saya tidak dapat membuang sikap buruk.
“Apabila menerima undangan persembahan pula, saya melakukannya secara sambil lewa. Ketika kerjaya memuncak, saya lebih minat melakukan perkara meng4rut dan berj0li.
“Apabila m4lang menimpa, barulah saya berfikir panjang. Saya mengalami kemur0ngan selama setahun kerana tidak dapat menerima takdir hukum4n, selain kehilangan keluarga, harta dan kemasyhuran.
“Hidup saya sering berendam air mata. Ketika terp3njara, saya sedar betapa penting ibu bapa, keluarga dan kerjaya. Berpisah dengan keluarga dan kehidupan luar sesuatu yang cukup menyakitkan,” katanya mengimbau kenangan di balik tirai besi.
Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan kerjaya seni, Ameng memaklumkan dia bakal muncul dengan lagu berjudul Sampai Lelah.
“Lagu ini diberikan oleh seorang peminat Spring. Saya pula memang banyak menerima lagu daripada mereka. Kalau dihitung, mungkin lebih 20 lagu dihantar kepada saya. Entah kenapa, lagu ciptaan Dan itu membuatkan hati saya terbuka mahu menyanyikannya.
“Sampai Lelah menepati cita rasa peminat zaman sekarang. Ia sebuah karya yang ada jiwa,” katanya yang turut bekerjasama dengan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam penghasilan lagu terbabit.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: BH
The post “Saya Sempat Khatam Al Quran 100x Selama Berada Dipnjara” – Ameng Spring appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/saya-sempat-khatam-al-quran-100x-selama-berada-dipnjara-ameng-spring/