Saya Rindukan Benjy Rindu Nak Makan Stew Yang Dia Masak Bapa


“Saya rindukan Benjy. Rindu nak Makan stew yang dia masak..” – Bapa. Pandangan Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, atau Karl, seolah-olah kosong. Namun nada suaranya lirih, cukup membayangkan kerinduan buat anak lelaki tunggalnya.
Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy, kini menjalani hukuman penjara di Medan, Indonesia, yang masih berbaki sembilan tahun.
Mesra disapa Karl, dia kini di bawah jagaan dua anak perempuannya, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. Pergerakannya terbatas selepas diserang strok dua tahun lalu, namun masih mampu mengurus diri.
“Dulu masa dia kecil, saya selalu dukung dia atas bahu. Itu antara saat-saat manis yang akan saya ingat sampai bila-bila,” katanya mengimbau kenangan
Hati seorang bapa, walau sebesar manapun kesalahan, tetap akan menemui ruang kemaafan buat si anak.
“Tak ada manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan. Saya sendiri, tak boleh cakap di mana tempat saya nanti, syurga atau neraka.
“Tetapi dia sudah melakukan kesalahan, dari segi undang-undang teap perlu dihukum,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya, pada Isnin.
Penahanan Benjy pada 2017, menjadi dugaan yang cukup hebat buat Karl selepas pemergian isteri tercinta, Azean Irdawaty, kira-kira lima tahun lalu.
“Saya tak kuat sebenarnya untuk hadapi dugaan ini. Hanya doa saja senjata saya.
“Setiap malam saya doakan anak-anak agar mereka diberi hidayah,” ujarnya.
Besar juga harapan Karl untuk melihat Benjy dibawa pulang dan menjalani hukuman di Malaysia.
“Susah macam mana pun di sini, ia lebih baik daripada di negara orang,” ujar Karl.
Namun membawa Benjy kembali ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, memandangkan kesalahan yang dilakukannya berkaitan dadah.
“Kami ada berbincang sebelum ini dengan konsulat Malaysia di Indonesia, mereka sendiri akui prosesnya sukar. Melainkan jika ada membabitkan pejanjian dua hala antara Malaysia dan Indonesia,” kata Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, yang turut serta dalam pertemuan hampir dua jam itu.
Zed bagaimanapun berjanji untuk mengusahakan sesuatu bagi membantu Benjy.
Karl juga tidak berselindung dengan keinginannya untuk bertemu Benjy, namun sedar keadaan dirinya tidak mengizinkannya ke sana melawat Benjy.
“Saya nak ke sana, rasanya tak mampu. Tetapi kalau dibenarkan dia balik sekejap, memang saya nak jumpa dan peluk dia,” tambahnya.
Minggu lalu, media melaporkan keadaan kesihatan Benjy yang tidak begitu baik selepas hampir dua tahun menjalani hukuman penjara di Tanjung Gusta, Medan, Indonesia.
Benjy dihukum penjara 11 tahun selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis kristal methamphetamine dalam duburnya ketika berkunjung ke pulau Sumatera pada April 2017.
Artikel Berkaitan
Pelakon Malaysia yang kini ditahan di penjara di Tanjung Gusta, Medan, Indonesia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dilaporkan sedang menderita dari aspek kesihatan akibat penyakit asma yang sangat kronik.
Anak kepada pelakon ternama Allahyarham Azean Irdawaty itu dikhabarkan sering mengalami kesukaran bernafas sehingga hampir disahkan mengidap penyakit batuk kering atau Tibi.
Memandangkan masih menjalani hukuman akibat kesalahan menyeludup dadah, Benjy berhadapan dengan masalah kewangan yang kritikal bagi menampung kos perubatan dan rawatannya.
Berkongsi penderitaan yang dialami Benjy, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, aktor itu menyampaikan permintaannya agar dia dibantu bagi meringankan bebannya.
Tahap Kesihatan Makin Teruk
“Tahap kesihatan Benjy agak Teruk,…penyakit asma dan kesukarannya untuk bernafas agak kronik dan dia memerlukan sumbangan bagi kos perubatan dan perawatan hampir disahkan menghidap penyakit tibi,” kata Zed dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Khamis.
Menurut Zed, dalam pertemuan dengan Benji di penjara di Medan, beberapa hari lalu, Benjy tidak mampu menyembunyikan kesedihan dan kekesalannya dengan apa yang berlaku.
Kesedihan Benjy, jelas Zed, tambah berganda kerana lawatan beliau dan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah tempoh hari merupakan kunjungan sulung daripada kenalan dari Malaysia.
“Sewaktu kita secara peribadi bertemu dengan Benjy, dia terus peluk saya dan tidak melepaskan saya.
“Dia memberitahu dengan nada sebak, ini kali pertama menerima lawatan kenalan dari Malaysia,” kata Zed lagi.
Bertitik tolak pada kunjungan ke penjara itu memberikan idea kepada Zed dan Seniman untuk melancarkan tabung bagi menampung keperluan Benjy sepanjang menjalani hukuman.
Benjy, kata Zed, memerlukan antara RM500 hingga RM600 sebulan bagi menampung kos perubatannya.
“Dari aspek pemberian sumbangan dan kaedah penyaluran bantuan kita akan lakukan kajian. Kita akan memastikan Benjy dapat menerima duit secukupnya bagi kos perubatan, makanan dan juga kos menampung kehidupan di penjara.
“Kami berharap agar kita dapat terus membantu Benjy bagi menghadapi hukumanya dengan sempurna,” kata Zed lagi.
Dalam masa sama, Zed juga menyampaikan pesanan Benjy yang memohon kepada seluruh rakyat Malaysia untuk membantunya menampung kos rawatan dan mendoakan kesejahteraan.
Serentak itu, Zed mengumumkan pelancaran Tabung Prihatin Seniman dan Seniman Run 2.0 yang bertujuan mengumpul dana kebajikan yang akan disalurkan kepada ahli ahli seniman yang kurang bernasib baik dan memerlukan.
Dalam pada itu, pada majlis yang sama Zed Zaidi turut melancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas untuk Benjy.
Sumber: Astro Awani
The post “Saya rindukan Benjy. Rindu nak Makan stew yang dia masak..” – Bapa appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/saya-rindukan-benjy-rindu-nak-makan-stew-yang-dia-masak-bapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maafkan I Sebab Jarang Sangat Cakap Sayang Dan Rindu You Luahan Sayu Bapa 3 Anak Kehilangan Isteri Buat Selamanya

Maafkan I Sebab Jarang Sangat Cakap Sayang Dan Rindu You Luahan Sayu Bapa 3 Anak Kehilangan Isteri Buat Selamanya

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 697 hits
Kehilangan isteri tercinta akibat jangkitan kuman Ogos lalu bapa kepada tiga orang anak ini berkongsi luahan sayu di Facebook Tambah menyedihkan apabila anak anak sudah kehilangan kasih sayang seorang ibu seawal usia kecil Terbaru ketika me...
26 Tahun Tak Pernah Berpisah Dengan Mak Ayah Pengantin Wanita Ini Menangis Nak Balik Ikut Bapa Jadi Perhatian Netizen

26 Tahun Tak Pernah Berpisah Dengan Mak Ayah Pengantin Wanita Ini Menangis Nak Balik Ikut Bapa Jadi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 534 hits
26 Tahun Tak Pernah Berpisah Dengan Mak Ayah Pengantin Wanita Ini Menangis Nak Balik Ikut Bapa Jadi Perhatian Netizen Perkahwinan sememangnya sesuatu yang baik bagi mengikat hubungan silaturrahim antara 2 keluarga selain itu ianya juga amat...
Tak Peduli Apa Nak Kata Saya Rindu Atau Gila Talak Rita Rudaini

Tak Peduli Apa Nak Kata Saya Rindu Atau Gila Talak Rita Rudaini

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 693 hits
PELAKON Rita Rudaini tidak mengambil endah dengan kata kata negatif terhadapnya apabila dia memuat naik foto anak anaknya bersama bekas suami Aidil Zafuan di laman Instagram Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar 42 berkata Dia tida...
Bertukar Makan Nasi Beras Rebus Nak Tahu Kelebihannya Baca

Bertukar Makan Nasi Beras Rebus Nak Tahu Kelebihannya Baca

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 1175 hits
Kini kami sekeluarga sudah bertukar dari menggunakan nasi beras biasa ke beras rebus setiap hari Kiranya sudah dalam lebih kurang tiga bulan gitu Macam macam jenis beras rebus kami dah cuba makan Dari nasi beras rebus basmathi berjenama Fai...
Tetamu Datang Mengejut Apa Nak Masak Ni Nah Idea Lauk Daripada Frozen Food

Tetamu Datang Mengejut Apa Nak Masak Ni Nah Idea Lauk Daripada Frozen Food

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 910 hits
Pernah tak berlaku situasi macam ni kat korang Tiba tiba orang datang depan rumah bagi salam Tengok tengok kakak sekeluarga datang ke rumah Kadangkala memang ada tetamu yang datang tanpa diduga Alamak di rumah tak ada apa nak dimasak kecual...
Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Masak Untuk Makan Tengahari

Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Masak Untuk Makan Tengahari

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 2167 hits
Buntu memikirkan resipi lauk pauk yang hendak dimasak setiap hari Bila ulang menu yang sama pasti jemu Oleh itu jom cuba koleksi resipi lauk pauk sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini Sesuai untuk hidangan makan tengahari keluarga tercint...
Anak Tak Nak Makan Nasi Bebola Kentang Nasi Daging Cheese Ni Lengkap Untuk Anak

Anak Tak Nak Makan Nasi Bebola Kentang Nasi Daging Cheese Ni Lengkap Untuk Anak

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 981 hits
Pening kepala bila anak langsung tak mahu makan nasi Kalau makan pun sesuap dua sahaja Terpaksalah mama gantikan dengan aneka pasta atau roti sahaja Bebola Kentang dengan nasi dan daging ni mama boleh cuba Mudah mudahan anak makan dengan be...
Ni Je Jalan Terakhir Yang Abi Mampu Buat Nak Gelagat Bapa Berniqab Sambil Susukan Anak Buat Ramai Geli Hati

Ni Je Jalan Terakhir Yang Abi Mampu Buat Nak Gelagat Bapa Berniqab Sambil Susukan Anak Buat Ramai Geli Hati

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 690 hits
Ni je jalan terakhir yang abi mampu buat nak Gelagat bapa berniqab sambil susukan anak buat ramai geli hati Adalah bukan sesuatu yang mudah untuk kita memujuk seorang bayi yang sedang menangis lebih lebih lagi sekiranya bayi itu sejenis yan...
Jangan Pening Nak Hidang Apa Untuk Famili Nah 2 Jenis Roll Untuk Anda Cuba Masak

Jangan Pening Nak Hidang Apa Untuk Famili Nah 2 Jenis Roll Untuk Anda Cuba Masak

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 381 hits
Mak mak jangan pening nak sediakan hidangan apa untuk famili Buat sesuatu yang simple tapi sedap Salah satunya adalah roll Anak anak pun suka dan teruja sebab senang nak dimakan Biasanya budak yang jenis memilih makanan mereka akan suka mak...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp