Saya Pernah Tolak Gojek Tak Perlu Ingatkan Saya Kata Loke


Predeep Nambiar Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (kiri) dan Loke Siew Fook (kanan) memegang Pas Mutiara yang menyediakan perjalanan tanpa had bas Rapid Penang dan feri Pulau Pinang selama 30 hari. GEORGE TOWN: Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata beliau masih mengingati beliau pernah menentang perkhidmatan perkongsian motosikal seperti Gojek kerana bimbang terhadap keselamatan.

Beliau berkata apa yang penting sekarang adalah kerajaan menyokong cadangan itu dan apa yang dikatakannya sebelum ini kekal sebagai pendapat peribadi.

“Orang kata ia pusingan U. Orang mengingatkan saya tentang apa yang saya katakan di Parlimen sebelum ini. Saya tidak perlu diingatkan; Saya ingat apa yang saya kata.”

Beliau berkata keputusan memperkenalkan perkhidmatan e-hailing motosikal dibuat oleh Kabinet secara kolektif.

“Jadi, semua menteri perlu menerimanya dan mencari jalan untuk mewujudkannya, tanpa menjejaskan keselamatan,” katanya pada sidang akhbar di Weld Quay, hari ini.

Loke berkata platform e-hailing motosikal boleh mengubah jiwa dan pemikiran penunggang motosikal Malaysia secara keseluruhan kerana mereka akan lebih berhati-hati apabila membonceng pelanggan.

Loke berkata kementeriannya mempunyai masa sebulan dari sekarang untuk menyiapkan rangka kerja undang-undang bagi perkhidmatan e-hailing motosikal. Beliau berkata kebimbangan oleh mufti bahawa penunggang yang bertentangan jantina dengan pembonceng juga akan ditangani.

Sementara itu, Loke berkata kerajaan tiada rancangan untuk memperkenalkan caj kesesakan di mana-mana bahagian negara bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Beliau berkata caj sedemikian hanya akan dikenakan jika terdapat alternatif lain.

Terdahulu, beliau tanpa dirancang menaiki bas Rapid Penang selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Beliau mengambil perjalanan ke Weld Quay dan memuji ia pantas dan murah dengan tambang RM2.70 bagi satu perjalanan.

“Saya harap ahli politik boleh mula mempromosikan pengangkutan awam dengan menggunakannya sendiri. Kemudian yang lain akan turut serta,” katanya.

Loke kemudian melancarkan Pas Mutiara untuk perjalanan tanpa had bagi berkhidmatan bas Rapid Penang dan feri Pulau Pinang selama tempoh 30 hari.
Loke Siew Fook berbual dengan penumpang dalam bas Rapid dalam perjalanannya dari lapangan terbang.Perkhidmatan bas Rapid di Pulau Pinang melalui 71 laluan di pulau dan Seberang Perai, dengan 16 juta penumpang setahun dan purata 75,000 penumpang sehari, katanya.

Perkhidmatan feri Rapid menyaksikan 865,559 pejalan kaki setiap tahun berbanding 762,498 kenderaan (kereta dan motosikal).

LRT seluruh Pulau Pinang

Dalam perkembangan lain, Loke ditanya pendapatnya tentang sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas Pulau Pinang yang diluluskan kerajaan, baru-baru ini.

Tahun lepas, beliau berkata sistem LRT bukanlah yang terbaik untuk Pulau Pinang dan beliau ditanya mengapa pendapatnya mengenai perkara itu berubah.

Beliau berkata LRT diluluskan kerana kerajaan Pulau Pinang memenuhi keperluan yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan.

“Bukan untuk saya memutuskan sama ada ia LRT atau sistem lain. Ia bukan projek persekutuan.

“Kerajaan Pulau Pinang, yang mewakili rakyat Pulau Pinang mendapat mandat dari penduduk Pulau Pinang. Mereka yang memutuskan sama ada mahu menggunakan LRT atau sebaliknya, bukan saya.

“Saya bukan pengawal selia. Pendapat peribadi saya tidak penting,” katanya.

September lalu, beliau berkata satu kajian yang dijalankan kementeriannya mendapati LRT “tidak boleh dilaksanakan” dan berkata keputusan itu terletak pada kerajaan negeri untuk memutuskan “apa yang terbaik”.

Projek LRT Bayan Lepas bernilai RM8 bilion diluluskan Kementerian Pengangkutan pada 17 Julai dengan 30 syarat.

Loke berkata Prasarana Malaysia Berhad perlu meningkatkan dana RM90 juta untuk menaik taraf perkhidmatan feri Pulau Pinang menerusi “saluran dalaman”.

Beliau berkata RM90 juta yang diperuntukkan kerajaan kepada Prasarana belum disalurkan kerana “beberapa isu undang-undang”.

Loke berkata dalam masa yang sama, Prasarana perlu meneruskan dan menaik taraf perkhidmatan feri melalui pengenalan bot jenis katamaran.

Beliau berkata 2 daripada 6 feri akan dijadikan “feri pelancongan” untuk menggamit nostalgia “Pulau Pinang lama”.

“Rancangan menaik taraf mungkin mengambil masa 1 atau 2 tahun untuk dilaksanakan. Kita akan dapat melihat perkhidmatan feri yang lebih baik pada masa itu.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/saya-pernah-tolak-gojek-tak-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Pengamat Soal Rencana Investasi Amazon Ke Gojek

Kata Pengamat Soal Rencana Investasi Amazon Ke Gojek

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 184 hits
Gojek dikabarkan akan mendapatkan investasi dari Amazon Perusahaan besutan Jeff Bezos itu sejauh ini masih berdiskusi dengan pihak Gojek untuk rencana tersebut Informasi ini seperti dilaporkan Bloomberg Rabu
Gojek Tak Sopan Boleh Tmbul Fitnah Kata Mufti S Ngor

Gojek Tak Sopan Boleh Tmbul Fitnah Kata Mufti S Ngor

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek disifatkan sebagai tidak Islamik dan tidak sopan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata secara terus terang apabil...
Tolak Gojek Masuk Malaysia Pengusaha Taksi Ini Hina Indonesia Dengan Sebutan Negara Miskin

Tolak Gojek Masuk Malaysia Pengusaha Taksi Ini Hina Indonesia Dengan Sebutan Negara Miskin

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 294 hits
Transportasi online asal Indonesia GoJek akan beroperasi di Malaysia Hal ini sudah disetujui kabinet Perdana Menteri Mahathir Mohamad Dilansir dari Nikkei Asian Review permohonan Gojek ini disetujui pada Rabu Namun kehadiran GoJek di Malays...
Politisi Malaysia Tolak Gojek Di Negaranya Karena Dianggap Lecehkan Martabat Generasi Muda

Politisi Malaysia Tolak Gojek Di Negaranya Karena Dianggap Lecehkan Martabat Generasi Muda

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 231 hits
Gojek juga dianggap bisa tingkatkan pelecehan seksual polusi udara dan kemacetan di Malaysia Baiknya gimana dong
Dapat Penghargaan Dari Jokowi Meski Pernah Tersangka Korupsi Ini Kata Hadi Poernomo

Dapat Penghargaan Dari Jokowi Meski Pernah Tersangka Korupsi Ini Kata Hadi Poernomo

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 141 hits
Mantan Ketua Badan Pemeriksa Keuangan yang juga mantan Dirjen Pajak Hadi Poernomo mendapat penghargaan Bintang Mahaputra Utama dari Presiden Joko Widodo di Istana Kepresidenan Jakarta Kamis
Selepas Kerajaan Setuju Luluskan Gojek Mufti Pula Kata Ianya Tidak Islamik Ini Sebabnya

Selepas Kerajaan Setuju Luluskan Gojek Mufti Pula Kata Ianya Tidak Islamik Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 232 hits
Langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek disifatkan sebagai tidak Islamik dan tidak sopan Selepas Kerajaan Setuju Luluskan GoJek Mufti Pula Kata Ianya Tidak Islamik Ini Sebabnya
Rakyat Sendiri Akan Tolak Ph Tak Perlu Pembangkang Balas Dendam Kata Zahid

Rakyat Sendiri Akan Tolak Ph Tak Perlu Pembangkang Balas Dendam Kata Zahid

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 325 hits
August 18 2019 8 09 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata malam tadi bahawa rakyat sendiri akan menolak Pakatan Harapan tanpa perlu pembangkang menjatuhkannya Beliau berkata Umno dan PAS t...
Sistem Klia Beransur Pulih Kata Malaysia Airports

Sistem Klia Beransur Pulih Kata Malaysia Airports

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 259 hits
Sistem KLIA beransur pulih kata Malaysia Airports Dikemas kini 20 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 Aug 2019 10 42PM
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord

Criimson Atta Halilintar Dj Noiz Bebecita Chord