Saya Nak Muntah Ahn Bohyun Buka Cerita Babak Ciuman Bersama Kim Goeun Dalam Yumi S Cells
Digelar sebagai ‘pakar ciuman’, Ahn Bo-hyun akhirnya buka mulut mengenai gelaran sensasi itu.
ARTIKEL BERKAITAN
"Cemburu Dengan Jisoo.." - Tayang Otot Belakang Badan, Netizen Puji Keseksian Ahn Bohyun
Ketika menjadi tetamu “Strong Heart VS”, Ahn Bo-hyun dan Park Ji-hyun telah menjawab perlbagai persoalan mengenai drama gterbaru mereka, “Flex x Cop”.
Tanya hos,
Antara adegan mandi dan adegan ciuman, yang mana yang lebih tegang?
Jawab Ahn Bo-hyun,
Adegan ciuman jauh lebih sukar. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan sendiri, bukan begitu? Anda perlu menggambarkan ciuman dengan cantik, jadi sudut dan sudut tangan sangat penting, tetapi tangan saya agak besar. Sebab itu, kadang kala kelihatan seperti saya sedang mencekik lehernya walaupun sebenarnya tidak. Jadi, ada sekitar 4 kali NG yang berlaku.
Jelasnya mengenai babak ciuman bersama Kim Go-eun dalam “Yumi’s Cells”,
Dia adalah kawan perempuan saya yang paling rapat dalam kalangan kawan-kawan sejantina, dan saya terpaksa merakamkan adegan ciuman dengannya. Saya melalukannya dengan pemikiran ‘Mari kita kerja’.
Ahn Bo-hyun turut menjawab soalan tentang proses persediaan untuk adegan ciuman,
Saya memberus gigi juga. Saya akan berkumur dengan sebotol pembersih mulut. Kerana rasanya pahit, asid perut saya naik dan saya merasakan seperti nak muntah hingga keesokan harinya.
Tapi babak tu tular kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Saya Nak Muntah” – Ahn Bohyun Buka Cerita Babak Ciuman Bersama Kim Goeun Dalam ‘Yumi’s Cells’ first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-nak-muntah-ahn-bohyun-buka-cerita-babak-ciuman-bersama-kim-goeun-dalam-yumis-cells/