Saya Menyesal Saya Reda Dengan Hukuman Ini Ibu Dipenjara 18 Tahun Kerana Lemaskan Anaknya Terkencing Dalam Seluar



Di Brooklyn, seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun kerana melemaskan anak perempuannya berusia dua tahun dengan membenam kepala mangsa dalam bekas berisi air, dalam kejadian empat tahun lalu. 
Lin Li, 28, didakwa di mahkamah pada Jun 2019 atas pertuduhan membunuh dan dua lagi pertuduhan di mana dia menyebabkan kecederaan pada anak perempuannya, Melody Zheng, sehingga meninggal dunia. 
Juri juga mendapati Li bersalah di atas pertuduhan yang sama di mana Li membenam kepala anak lelakinya berusia empat tahun ke dalam air, sehari sebelum Melody dibunuh. 
Ketika perbicaraan, peguam Li dalam hujah pembelaannya berkata, anak guamnya hidup dalam keadaan terkekan di mana keluarga mereka tinggal di apartmen, terpaksa berkongsi bilik mandi dengan ramai penghuni lain. 
Peguam Mario Romano menyifatkan Li sebagai seorang ibu penyayang dan sejak kejadian itu, Li kerap menyalahkan dirinya. 
"Sebagai ibu, adalah tanggungjawab saya untuk menjaga anak-anak dan saya sangat menyesal di atas kematian anak perempuan saya. Saya buat kesilapan. Kehilangan anak perempuan saya itu benar-benar menyakitkan. 
"Tak kiralah berapa lama kamu (mahkamah) nak sumbat saya di dalam penjara, saya terima dengan reda," kata Li. 
Sementara itu, Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez berkata, "Defendan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak-anaknya, sebaliknya dia menggunakan kaedah yang berbahaya untuk mendisiplinkan mereka sehingga menyebabkan kematian. 
"Tiada apa yang boleh mengembalikan semula Melody, tetapi dengan hukuman yang dijatuhkan hari ini, sekurang-sekurangnya dapat memberi keadilan kepada mangsa," katanya. 
Difahamkan, pada 13 Mac 2016, Li membawa Melody ke bilik air untuk mendisiplinkannya selepas mendapati mangsa terkencing, dengan membenam kepala anaknya dalam bekas berisi air. Mangsa meronta-ronta tetapi tidak diendahkan oleh Li yang hanya berhenti selepas Melody tidak bergerak. 
Li kemudian keluar dari bilik air tanpa memeriksa sama ada anaknya masih hidup atau sebalik. Tidak beberapa lama selepas itu, Li menghubungi talian kecemasan 911. 

Polis datang ke lokasi kejadian dan mendapati suami Li sedang memberi bantuan CPR kepada Melody. 
Melody kemudian dikejarkan ke Hospital Maimonides dan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 
Bedah siasat mendapati ada kesan lebam yang menunjukkan mangsa direndam dalam air sehingga lemas. 
Ketika disoal siasat, Li mengaku telah membenam kepala anaknya dalam besen sebelum keluar meninggalkan mangsa dalam bilik air. 
Semasa kejadian itu berlaku, bapa mangsa sedang tidur. 
New York Times melaporkan, dua beradik itu sebelum ini tinggal bersama datuk dan nenek mereka di China sebelum dibawa tinggal bersama dengan ibu bapa mereka di Brooklyn, beberapa minggu sebelum Melody dibunuh. 
Dalam kenyataan awal Li pada June 2019, Li memberitahu juri yang dia tidak mengawasi Melody dan menafikan dakwaan dia melemaskan anak perempuannya itu sebagai hukuman

Sumber: Daily Mail

source https://www.thereporter.my/2020/02/saya-menyesal-saya-reda-dengan-hukuman.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2020/02/saya-menyesal-saya-reda-dengan-hukuman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Tahan Ibu Bapa Selalu Bertengkar Anak 11 Tahun Maut Terjun Dari Bangunan Rumah

Tak Tahan Ibu Bapa Selalu Bertengkar Anak 11 Tahun Maut Terjun Dari Bangunan Rumah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 336 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun terjun dari tingkat 39 bangunan kediamannya pada 26 November lalu kerana tidak tahan dengan ibu bapanya yang selalu bertengkar Keluarga berkenaan tinggal di sebuah pangsapuri di barat Hanoi Pas...
Ibu Ditahan Kerana Serang Pemandu Bas Selepas Suruh Anaknya Kencing Dalam Bas

Ibu Ditahan Kerana Serang Pemandu Bas Selepas Suruh Anaknya Kencing Dalam Bas

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 205 hits
Polis menahan seorang wanita selepas dia menyuruh anak lelakinya berusia dua tahun kencing dalam tong sampah yang tersedia dalam bas dan kemudian menyerang pemandu kerana berang dikata tidak bertamadun Dalam kejadian di Dazhi Hubei China pa...
Geram Anak Kencing Atas Tilam Ibu Rendam Kepala Bayi 2 Tahun Hingga Mati

Geram Anak Kencing Atas Tilam Ibu Rendam Kepala Bayi 2 Tahun Hingga Mati

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 680 hits
Seorang ibu dua anak dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun kerana didapati bersalah melemaskan anak perempuannya yang berusia dua tahun dengan memegang kepala anaknya dan memasukkannya ke dalam air hampir empat tahun yang lalu Wanita 28 ...
Terpisah Hampir 11 Tahun Ibu Meraung Anak Pergi Lepas Sebulan Bertemu

Terpisah Hampir 11 Tahun Ibu Meraung Anak Pergi Lepas Sebulan Bertemu

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 305 hits
Ajal maut dan pertemuan adalah ketentuan daripada Allah S W T Siapa jangka pertemuan yang sangat bermakna selepas bertahun tahun tidak bertemu diakhiri dengan perpisahan yang abadi Hal ini samalah dengan situasi yang kisahnya yang dikongsik...
Syor Hukuman Penjara 20 Tahun Kepada Pemandu Mabuk

Syor Hukuman Penjara 20 Tahun Kepada Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 300 hits
Ketika ini hanya diperuntuk hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun denda tak kurang RM5 000 tidak lebih RM20 000PUTRAJAYA Pemandu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dadah dan memandu secara berb...
Anak 2 Tahun Kena Simptom Kanser Sebab Ibu Rajin Bagi Jajan

Anak 2 Tahun Kena Simptom Kanser Sebab Ibu Rajin Bagi Jajan

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 366 hits
Kita tahu semua makanan ringan ini memang tak elok untuk badan kita kalau diambil secara berlebihan apatah lagi untuk kanak kanak seawal 2 tahun yang sistem imun badannya masih lemah tak seperti orang dewasa Tapi masa ni lah fasa dimana kan...
Ibu Paksa Ustazah Merangkak Sebab Tak Puas Hati Anaknya Didenda Sehingga Cedera Trauma

Ibu Paksa Ustazah Merangkak Sebab Tak Puas Hati Anaknya Didenda Sehingga Cedera Trauma

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 588 hits
The ReporterHilangnya maruah seorang guru ini apabila dia bukan sahaja dianiaya malah diaibkan di depan anak anak muridnya sendiri ekoran ketidakpuasan hati ibu kepada salah seorang murid yang didenda sehingga trauma Difahamkan kejadian itu...
Murid Tahun 4 Belajar Hubungan Intim Guna Smartphone Ibu

Murid Tahun 4 Belajar Hubungan Intim Guna Smartphone Ibu

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 805 hits
Berikut adalah kisah yang dikongsi seorang pengguna Facebook Mohd Fadli Salleh Jaga anak tak perlu moden sangat lah kawan Seorang sahabat guru berkongsi apa yang isterinya tulis Isterinya juga seorang guru di sebuah sekolah rendah Sebelum i...
8 Tahun Menunggu Shandy Aulia Akhirnya Resmi Sandang Status Sebagai Ibu Selamat

8 Tahun Menunggu Shandy Aulia Akhirnya Resmi Sandang Status Sebagai Ibu Selamat

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 257 hits
Penantian lama mereka terbayar dengan kehadiran buntelan cinta Semoga yang udah menunggu lama juga disegerakan ya
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang