Saya Kerja Di Kecemasan Saya Yang Ditolak Ke Red Zone Serangan Jantung Dr Fatin Ketika Hamil


Kehamilan sepatutnya jadi masa yang paling membahagiakan buat seorang wanita. Tapi untuk Dr. Fatin Liyana, ia bertukar menjadi mimpi ngeri  ketika hamil anak sulungnya — satu pengalaman yang hampir meragut nyawa dan mungkin membahayakan kandungannya.

Bayangkan, tengah sarat mengandung dan masih bekerja keras, tiba-tiba badan mula bagi tanda pelik. Nafas jadi pendek, dada rasa ketat, badan lesu tak bermaya. Tapi macam kebanyakan ibu lain, Dr. Fatin pun fikir, “Ini mungkin normal je, biasalah hamil kan?” Tak pernah terlintas di fikiran, itu sebenarnya amaran dari jantungnya yang sedang nazak.
Dalam kesibukan menjalani tempohan latihan praktikal di hospital (housemanship) sehinggalah pada suatu hari dia terasa seperti dada dihempap dan Dr. Fatin kemudian memeriksa nadinya. Ketika itu, nadinya seolah-olah tidak stabil dan laju.
Dr. Fatin kemudian mengadu tentanng hal ini kepada doktor pakar yang bekerja dengannya dan disarankan untuk membuat prosedur ECG iaitu singkatan kepada elektrokardiogram.Ia merupakan satu prosedur bukan invasif yang tidak bahaya atau menyakitkan untuk mengukur aktiviti elektrik jantung.

Kebiasaannya mereka yang mengalami masalah jatung seperti sakit dada atau degupan jantung tidak normal akan dipantau menggunakan alat ini.
Semasa menjalani prosedur itu, dapat dilihat bacaan jantung Dr. Fatin yang ‘tidak cantik’ dan terus dimasukkan ke Zon Merah. Keadaan ketika itu agak cemas apabila Dr. Fatin yang bertugas di Jabatan Kecemasan terpaksa dibawa ke Zon Merah kerana keadaan dirinya yang tidak stabil dan sedang mengandung.
“Saya dibawa masuk ke wad, terpaksa menjalani rawatan hanya kerana ketika itu saya terlebih kerja dan sedang hamil. Alhamdulillah, saya orang yang sihat. Tak pernah sakit atau dimasukkan ke hospital. Saya juga seorang atlet. Namun ketika itu saya mengandung dan kerja kuat sehingga tubuh tak boleh terima dan efek pada jantung.”
Disebabkan hal itu, Dr. Fatin diberikan cuti sakit yang lama sehingga tiga bulan dan perlu menunggu waktu bersalin. Tambah ibu kepada tiga orang cahaya mata ini lagi, disebabkan kesihatan jantungnya bermasalah telah menjejaskan kandungannya yang tidak membesar.
Disebabkan itu, kelahiran anak sulung adalah pra matang dan kehidupan Dr. Fatin berubah sekaligus.
“Bayangkan houseman, berkahwin, mengandung, sakit jaNtung, anak pre mature dan tak tahu handle. Sebelum hamil anak kedua, saya ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk buat pembedahan untuk betulkan semula rentak jantung saya.”
Bukan sekadar diuji ketika proses kehamilan anak pertama tetapi semasa kelahiran bayi keduanya, Dr. Fatin sekali lagi diuji apabila mengalami kesukaran untuk menyusukan secara eksklusif. Dirinya yang ketika itu berkhidmat di Klinik Kesihatan dan menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu, namun sukar untuk menyusukan anak keduanya.

Namun Dr. Fatin bersyukur dengan setiap dugaan yang dilalui kerana pengalaman mematangkan. Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana tidak mengalami kesukaran semasa proses kehamilan dan kelahiran anak ketiganya.
“Cuma waktu tu umur saya dah 33 tahun. Jadi mudah penat, tambah pula dah ada dua orang anak. Pembantu rumah pun tak ada. Saya dan suami kedua-duanya bekerja. Ibu dan ayah pun masih bekerja. Jadi kesukaran kami ketika itu nak handle semua sendiri.” 

Bila kita dengarkan perkongsian Dr. Fatin ni, sedikit sebanyak sebenarnya membuka mata. Seringkali kita selalu lupa, jantung ibu bekerja lebih keras masa hamil. Darah bertambah, oksigen kena cukup, hormon berubah.
Semua ni boleh jadi ‘bom jangka’ kalau ibu ada faktor risiko yang tak disedari – seperti tekanan darah tinggi, sejarah keluarga, atau gaya hidup yang terlalu stres. Dan paling menakutkan, ia boleh berlaku tanpa amaran keras.
Oleh itu, sentiasa cakna dan peka dengan keadaan diri ketika hamil. Sekiranya merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, segeralah rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Saksikan video temu bual bersama Dr. Fatin Liyana ini: 
 
The post “Saya Kerja Di Kecemasan, Saya Yang Ditolak Ke Red Zone.” Serangan Jantung Dr. Fatin Ketika Hamil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saya-kerja-di-kecemasan-saya-yang-ditolak-ke-red-zone-serangan-jantung-dr-fatin-ketika-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkin Ini Adalah Basikal Elektrik Paling Premium Di Dunia Ketika Ini

Mungkin Ini Adalah Basikal Elektrik Paling Premium Di Dunia Ketika Ini

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 132 hits
Terdapat pelbagai pilihan basikal elektrik di pasaran ketika ini Dari yang berharga ratusan ringgit hinggalah ribuan ringgit Tetapi mungkin tiada yang dapat menandingi tahap premium e bike dari pasukan F1 Mercedes AMG ini Dengan harga juala...
Jumpalah Anak Anak Kami Anak Kembar 9 Bulan Hilang Ketika Rawatan

Jumpalah Anak Anak Kami Anak Kembar 9 Bulan Hilang Ketika Rawatan

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 168 hits
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung dijaga bagai nyawa sendiri tiba tiba lesap tanpa jejak Menerusi perkongsian pasangan ini mendakwa kehilangan bayi kembar berusia 9 bula...
Titik Tanpa Kembali Pasaran Merosot Ketika As Memasuki Fasa Menurun

Titik Tanpa Kembali Pasaran Merosot Ketika As Memasuki Fasa Menurun

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 264 hits
Pasaran ekuiti AS berada dalam tekanan apabila niaga hadapan merosot VIX melonjak dan hasil Perbendaharaan menjunam menandakan potensi krisis struktur Panik menandakan permulaan S2 Minggu pertama April telah berubah menjadi tempoh terburuk ...
Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 218 hits
Elisabeth Diana yang merupakan ketua komunikasi di Deel sudah tidak lagi bekerja dengan syarikat itu menurut profil LinkedInnya Menurut laporan Bloomberg Diana telah mengundurkan diri dari Deel yang baru baru ini dituduh menanam spy di syar...
Kemalangan Ragut Nyawa Kakak Anaknya Ketika Perjalanan Ke Kampung Suami Untuk Sambut Raya

Kemalangan Ragut Nyawa Kakak Anaknya Ketika Perjalanan Ke Kampung Suami Untuk Sambut Raya

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 202 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian SuriKemalangan maut menimpa Nur Fatihah yang sarat mengandung lapan bulan dan anaknya berusia dua tahun dekat Terowong Menora pada Ahad lalu IPOH Kemalangan maut menimpa kakak Nur Fatihah Badrul Hisyam yang sarat ...
Bitcoin Masih Bergelut Mencari Sokongan Ketika Pasaran Global Dilanda Ketidaktentuan Tarif

Bitcoin Masih Bergelut Mencari Sokongan Ketika Pasaran Global Dilanda Ketidaktentuan Tarif

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 194 hits
Mata wang kripto terkemuka masih berada dalam keadaan terpisah tidak dapat menetapkan dasar yang kukuh Bitcoin mengalami ketidakstabilan yang ketara dan mencatat kerugian minggu ini Namun begitu pakar tetap optimis menjangkakan pemulihan se...
Maut Disebabkan Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Ketika Banjir Di Shah Alam

Maut Disebabkan Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Ketika Banjir Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 196 hits
Lelaki disyaki maut guna telefon bimbit sedang dicas ketika banjirFMT ReportersPETALING JAYA Mayat seorang lelaki tempatan ditemui dipercayai maut akibat renjatan elektrik dalam kejadian banjir Kampung Padang Jawa Shah Alam kira kira 6 peta...
Tok Mat Cadang Wfh Amp Pdpr Ketika Asean Summit Nanti Mohon Maaf Jalan Sesak Akibat Penutupan Jalan

Tok Mat Cadang Wfh Amp Pdpr Ketika Asean Summit Nanti Mohon Maaf Jalan Sesak Akibat Penutupan Jalan

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 98 hits
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat bercadang untuk melaksanakan kerja dari rumah serta Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah semasa Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung pada Mei dan
Razman Sila Jawab Isu Ladang Babi Ketika Kamu Jadi Exco Pertanian Perak Kamu Lemah Dan Tak Tahu Menguruskannya

Razman Sila Jawab Isu Ladang Babi Ketika Kamu Jadi Exco Pertanian Perak Kamu Lemah Dan Tak Tahu Menguruskannya

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 157 hits
Jika tiada apa nak disorok Pas patut benarkan Razman jawab isu ladang babiSITI NUR ZAWANIApril 18 2025Pas digesa untuk memberi ruang kepada ADUN Gunong Semanggol Razman Zakaria menjawab secara terbuka mengenai kontroversi ladang babi di Kam...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina

Tiga Tanda Kiamat Yang Harus Difikirkan

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat

Tkbpg 3 November Tkbpg Top 5 By Octavio

Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif