Saya Ke China Agar 60 Orang Ahli Keluarga Saya Hidup Senang Tevez
‘Saya Ke China Agar 60 Orang Ahli Keluarga Saya Hidup Senang’ – Tevez
( 📸 ©axello.net)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Tevez seharusnya memikirkan semasak-masaknya sebelum ke China dahulu. Beliau menolak untuk melanjutkan kontrak di Juventus kerana mengakui ‘homesick’.
(📸 ©Football Tweet ⚽)
Carlos Tevez pernah tampil bersuara tentang kritikan ‘dunia’ ke atasnya ketika dia membuat keputusan untuk pergi menyertai Liga Super China.
Di mana pada masa itu Tevez menerima gaji lebih €700 ribu seminggu di sana.
Dia secara keseluruhan mendapat sekitar €40 juta di China selama 2 musim di sana. Tevez malah menikmati bonus khas seperti penerbangan percuma untuk dia balik ke Argentina.
Sehingga satu ketika Tevez seringkali pulang ke Argentina ketika dia cedera. Malah ada yang menuduh kadangkala Tevez memalsukan kecederaannya untuk bercuti dengan keluarganya.
Semua itu dia nikmati di China. Dan Tevez akui dia pergi ke China kerana wang. Baginya, wang lebih penting untuk membantu mengubah nasib bukan sahaja keluarganya, tetapi keturunan Tevez yang ada.
Tevez dikenali sebagai seorang yang sangat rapat dengan saudara maranya. Kerana ketika dia susah, dia selalu bergantung kepada saudara maranya dulu.
Mereka adalah keluarga yang saling menyokong antara satu sama lain. Maka tak hairanlah, Tevez menghadiahkan semua ahli keluarga besarnya, termasuk pak cik dan mak ciknya rumah di satu tempat yang sama.
Tevez berkata: “Ramai orang mengutuk saya ketika saya pergi ke China. Namun realitinya mereka tak tahu cerita saya.”
“Dengar sini, saya beritahu kamu satu cerita. Ketika saya berpindah menyertai Corinthians itu adalah detik penting dalam karier saya.”
“Perpindahan ke China memberikan saya banyak sekali wang. Namun, kamu tahu tak apa yang saya buat dengan duit yang banyak itu? Saya beritahu ejen saya, saya tak nak duit ini. Saya cuma mahukan 15 buah rumah dan mengumpul semua keluarga adik beradik saya di Fuerte Apache.”
“Dan saya mulai mengiranya, semua kami sekeluarga dan saudara mara ada 60 orang.”
“Saya melakukan ini kerana saya nak generasi baharu Tevez hidup lebih baik. Mereka mendapat pendidikan lebih baik dan tidak melalui kepayahan yang saya pernah lalui.”
uncles,etc. And if you start counting, that's like 60 people.
Everything I did was because I want the new generation of Tévez's to be better, to have a good education and not to go through what I went through." pic.twitter.com/D9sGogmIgx
— Rùben John Gvardiol (@gautiee_here) August 14, 2023
Kenyataan Tevez itu mirip dengan pendirian Oscar yang dikecam kerana ke China dan dianggap telah menguburkan kariernya sendiri.
Pengurus Brazil waktu itu memberikan amaran bahawa Oscar akan kehilangan tempat dalam skuad Piala Dunia Brazil jika beraksi di liga tak kompetitif di China kerana persaingan dalam pasukan Brazil terlalu sengit.
Oscar berkata: “Sekeping medal atau sebiji trofi Piala Dunia tidak mampu menyara keluarga saya untuk selamanya. Namun dengan wang yang saya dapat di China, ianya akan mampu mengubah hidup kami sekeluarga untuk generasi yang akan datang.”
Ruben Neves Jelaskan Kenapa Dia Ke Arab Saudi: “Keluarga Adalah Piala No.1 Saya”
Ruben Neves antara pemain yang dikritik kerana pergi ke Arab Saudi ketika kariernya masih di kemuncak.
(📸 ©shropshirestar.com)
Antara yang lantang mengkritiknya ialah Jamie Carragher yang menganggap keputusan pemain seperti Neves ke Arab Saudi sebagai tidak boleh diterima.
Ini kerana usianya masih muda iaitu baru 26 tahun. Dia dianggap telah membunuh kariernya demi wang semata mata.
Ada juga yang mempersoalkan kenapa Ruben Neves memilih wang berbanding trofi di Eropah. Di mana kelab besar seperti Barcelona berminat dengannya.
Malah kelab seperti Arsenal dan Man United turut dikaitkan dengan Neves sebelum ini.
Neves ada alasan tersendiri kenapa dia pergi ke Arab Saudi dan menyertai Al Hilal.
Tanpa berselindung dia mengakui dia menerima tawaran besar dari Al Hilal adalah kerana duit.
Dia menganggap itu pengorbanan yang dia harus buat demi keluarga. Wang itu adalah untuk keluarganya.
Baginya, melihat keluarganya hidup senang adalah trofi no.1 dalam hidupnya. Dia sanggup menukar trofi itu dengan mana mana trofi bola sepak sekalipun.
Neves berkata: “Sebab utama saya ke Arab Saudi menyertai Al Hilal adalah kerana ianya kesempatan untuk saya memberikan peluang kehidupan kepada keluarga saya.”
“Itu adalah perkara yang paling saya mahukan dalam hidup. Mereka adalah trofi nombor satu dalam hidup saya.”
Rúben Neves explica mudança para o Al-Hilal: "A principal razão é a oportunidade de dar à minha família a vida que sempre quis. Eles são o maior troféu da minha carreira."
(via @Alhilal_FC) pic.twitter.com/1uSZOYJT7b
— B24 (@B24PT) July 16, 2023
Ruben Neves menerima gaji €300k seminggu di Al Hilal selepas cukai. Jauh lebih tinggi daripada yang dia terima di Molineux iaitu €60k seminggu.
Al Hilal membayar kira kira €55 juta untuk mendapatkan khidmat pemain tengah antarabangsa Portugal yang terkenal dengan kemampuannya melakukan gol dari luar kotak penalti.
SOURCE:
axello.net
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2023/08/saya-ke-china-agar-60-orang-ahli.html