Saya Faham Kenapa Haha Marah Penonton Running Man Geram Lihat Kedegilan Jeon Somin
Umum mengetahui bahawa Jeon So-min merupakan seorang yang sangat aktif dalam “Running Man”.
ARTIKEL BERKAITAN
"Saya Dah 5 Tahun Tak Bercinta!" - Pengakuan Jeon Somin Jadi Perhatian
Samalah seperti dalam episod terbaru program tersebut, di mana kesemua ahli dibahagikan kepada dua kumpulan dan bermain ping pong menggunakan objek asing. Ketika bermain, Jeon So-min yang sama kumpulan bersama Song Ji-hyo, Haha dan Kim Jong-kook dilihat aktif bermain meskipun kurang arif mengenai permainan itu.
Menggunakan kotak sebagai raket, wanita itu beberapa kali perlu diajar oleh Haha dan Kim Jong-kook bagi membetulkan posisi dan cara pukulannya. Pun begitu, beberapa kali Jeon So-min tersilap hantaran sekaligus membuatkan pasukan lawan memenangi markah mudah.
Meskipun cuba dminta bertukar pemain, namun wanita tersebut tetap berdegil untuk bermain. Kata Kim Jong-kook,
Saya bertanya kerana rasa ingin tahu, salah ke menghentikan dia dari bermain apabila dia bermain seteruk ini? Saya mahu bertanya penonton kerana berasa ingin tahu.
10 markah dihilangkan olehnya seorang, Jeon So-min tetap mahu meneruskan permainan. Tanya Haha,
Kami jahat ke dia yang jahat?
Semasa meneruskan permainan, Kim Jong-kook hanya membiarkan bola diterima Jeon So-min memandangkan wanita itu mengadu bahawa dia tidak diberikan peluang walaupun bola itu ke arahnya. Namun dia tetap gagal menerimanya dan memberi alasan,
Saya ingatkan Kim Jong-kook akan menerimanya.
Tanya Haha marah,
Penonton, awak tak rasa geram kan? Tapi kami terasa geram di sini.
Selepas menonton episod ini, rata-rata penonton meluahkan rasa kurang senang dengan Jeon So-min kerana berkeras mahu bermain meskipun menyebabkan kekalahan kumpulannya.
Sedih melihat ahli berjaga-jaga dengan pandangan penonton. Ahli lelaki merasakan bahawa mereka bakal dikecam sekiranya berkata sesuatu pada ahli wanita. Sejujurnya saya berasa geram, tak kisahlah ping pong atau bola sepak. Saya faham perasaan Kim Jong-kook dan Haha.
Melihatkan dia sanggup ‘menjual’ nama ibu bapa dan menipu agak menyedihkan. Ini bukan kerana hiburan tapi memang keranaq kedegilan.. Tak kisahlah program hiburan sekali pun, agak melebih dia perlu menipu dan menggunakan nama ibu bapanya.
Hari ini memang geram menontonnya.
Saya sendiri geram melihatnya, apa entah lagi mereka. Kalau betul So-min mahu bermain, tolonglah berlatih sedikit pun dan mempelajari peraturan, mesti ia lebih menyeronokkan. Tapi kalau tak pandai, namun asyik nak main…
Dia tak pandai main, tapi asyik salahkan orang lain.
Pun begitu, segelintir peminat meminta yang lain supaya menganggap hal ini sebagai perencah untuk membuatkan program itu lebih menghiburkan sahaja.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-faham-kenapa-haha-marah-penonton-running-man-geram-lihat-kedegilan-jeon-somin/