Saya Cuma Ingat Malaikat Maut Izrail Kata Mufti Kelantan



KOTA BHARU: “Selama 16 hari dirawat, saya tertunggu dan bersedia macam mana agaknya pengalaman jumpa Izrail, kerana sentiasa mendengar pesakit COVID-19 yang baharu masuk hospital meninggal dunia.”

Demikian luahan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad ketika menceritakan pengalaman beliau menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas disahkan positif COVID-19 pada 17 Mac lalu.

Luahnya, setiap hari tidak kira siang atau malam, beliau tidak putus berdoa supaya Allah mengampunkan segala dosa, kelemahan dan jika ada tanggungjawab tidak dipenuhi sepanjang menjalankan amanah.

Mohamad Shukri yang dibenarkan keluar hospital pada Khamis lalu berkata, bersama beliau dalam wad unit rawatan rapi (ICU) ketika itu adalah dua doktor pakar yang turut positif COVID-19, namun mereka ‘steady’ sahaja, sedangkan beliau sendiri rasa lemah.

“Sebenarnya COVID-19 ini atau sakit apa pun, kekuatan itu bergantung pada kita. Kalau kita rasa lemah, rasa tertekan itu memanglah.

“Namun saya lihat dua doktor pakar yang duduk sekali dengan saya sangat hebat. Setiap kali lepas solat, mereka baca Yassin, cuma saya duduk terkebil-kebil sebab saya agak keletihan.

“Situasi itu menyebabkan saya berfikir selain kita dapat rawatan secara fizikal, kekuatan rohaniah perlu tinggi kerana kebergantungan kita adalah kepada Tuhan,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana rasa sakit yang dialami sepanjang menerima rawatan, Mohamad berkata beliau hanya rasa seperti demam biasa, namun apabila disahkan virus itu menyebabkan ramai maut menjadikan beliau sentiasa bersedia menghadapi mati.

“Saya tak ada rasa apa pun cuma sendi saya sengal. Bila dah kena ubat semuanya hilang. Saya juga tidak demam, batuk dan sesak nafas seperti pesakit lain.

“Cuma sepanjang ditahan di hospital, saya turut mengalami jangkitan kuman di paru-paru selain penyakit gout menyebabkan terpaksa ditahan agak lama di hospital.

“Hingga kini, saya terpaksa solat atas kerusi kerana sakit lutut disebabkan gout. Saya kini dinasihatkan berehat di rumah dan tidak dikunjungi orang lain kerana bimbang dijangkiti virus memandangkan ketahanan badan belum kuat,” katanya.

Menceritakan keadaan sebelum disahkan positif COVID-19, Mohamad Shukri berkata, beliau ke Sarawak atas urusan kerja selama dua hari sebelum pulang pada 12 Mac.

“Selepas pulang, saya mengalami sakit sendi dan pergi ke klinik dua kali, namun masih tidak sembuh selepas beberapa hari sebelum membuat saringan di HRPZ II.

“Tidak lama selepas diambil darah, masa itu tak rasa apa-apa yang pelik pun, melainkan sendi saya sengal sebelum keputusan keluar jam 10 malam hari sama mengatakan saya positif COVID-19.

“Selepas disahkan positif, saya tunggu saja rawatan, ...sepanjang tempoh rawatan, saya cukup berpuas hati dengan petugas barisan hadapan kerana mereka semua sangat disiplin dan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Mereka (doktor) jaga pesakit bersungguh-sungguh. Hanya petugas tertentu sahaja dibenarkan berurusan, tidak ada siapa boleh tengok.

“Mereka jaga kerahsiaan cukup teliti, proses pindah wad pun dibuat dengan rapi hingga tiada orang tahu dan biasanya pindah wad dilakukan tengah malam,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk media yang sentiasa mengambil tahu keadaannya sepanjang berada di hospital.



MR :  Tiada penyakit pun Izrail pun akan datang, tapi ramai manusia alpa


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/saya-cuma-ingat-malaikat-maut-izrail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sampai Orang Kata Mufti Cap Ayam

Jangan Sampai Orang Kata Mufti Cap Ayam

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 282 hits
MALAYSIA DATELINE Kenyataan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang meminta Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad memberi penjelasan berhubung kebenaran kilang arak...
Alhamdulillah Mufti Kelantan Sembuh Dari Covid 19

Alhamdulillah Mufti Kelantan Sembuh Dari Covid 19

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 205 hits
N Faizal Ghazali Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad menjadi salah seorang individu yang disahkan sembuh daripada jangkitan Covid 19 Menurut sumber mufti berkenaan dibenarkan keluar wad hari ini selepas kira kira dua minggu menerima rawat...
Ibunda Jokowi Cuma Ingat Salat Sebelum Meninggal Minta Sisa Rezekinya Diwakafkan Untuk Masjid

Ibunda Jokowi Cuma Ingat Salat Sebelum Meninggal Minta Sisa Rezekinya Diwakafkan Untuk Masjid

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 244 hits
GUBERNUR Jawa Timur Khofifah Indar Parawansa mengungkapkan cerita detik detik seblum Sudjiatmi Notomiharjo meninggal dunia Menurut Khofifah Ibunda Presiden Jokowi tersebut sempat menanyakan waktu Salat Asar sebelum meninggal Khofifah mengat...
Solat Jumaat Dalam Talian Apa Kata Mufti Perlis

Solat Jumaat Dalam Talian Apa Kata Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 317 hits
Solat Jumaat tidak boleh didirikan secara bersendirian atau mengikut imam secara dalam talian termasuk rakaman secara langsung disiar aplikasi media sosial sepanjang pelaksanaan PKP Foto BERNAMATak boleh solat Jumaat dalam talian Mufti Perl...
Duit Rm250 000 Hilang Dari Peti Besi Bukan Milik Bersatu Kata Syed Saddiq

Duit Rm250 000 Hilang Dari Peti Besi Bukan Milik Bersatu Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 222 hits
SHAH ALAM Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam membuat laporan di Balai Polis Sungai Way berhubung kehilangan wang RM250 000 di kediamannya dekat Petaling Jaya Selangor Menurutnya polis dan ahli forensik sudah...
Sektor Pelancongan Boleh Rugi Rm50 Bilion Akibat Covid 19 Kata Penyelidik

Sektor Pelancongan Boleh Rugi Rm50 Bilion Akibat Covid 19 Kata Penyelidik

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 200 hits
Firma penyelidik Affin Hwang Capital memberi amaran sektor pelancongan boleh rugi RM50 bilion hingga RM60 bilion kerana kekurangan pelancong akibat krisis Covid 19 Ia berasaskan andaian krisis itu boleh membawa kepada kemerosotan 60 kedatan...
Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat Tepati Sasaran Adil Kata Tok Mat

Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat Tepati Sasaran Adil Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 301 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat sebanyak RM250 bilion yang diumumkan perdana menteri Muhyiddin Yassin untuk menangani impak Covid 19 sangat menyeluruh menepati sasaran dan adil Mohamad b...
Ubat Anti Malaria Chloroquine Diguna Sejak Gelombang Pertama Covid 19 Kata Dr Noor Hisham

Ubat Anti Malaria Chloroquine Diguna Sejak Gelombang Pertama Covid 19 Kata Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 200 hits
PUTRAJAYA Ubat Chloroquine untuk merawat penyakit malaria digunakan ke atas pesakit Covid 19 sejak gelombang pertama penularan virus itu di Malaysia dan menunjukkan keberkesanannya Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ci...
10 Model Undangan Nuansa Ungu Kata Siapa Warna Ini Nggak Bisa Terlihat Cantik Dan Berkelas

10 Model Undangan Nuansa Ungu Kata Siapa Warna Ini Nggak Bisa Terlihat Cantik Dan Berkelas

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 159 hits
Biasanya pilihan aman jatuh pada putih emas merah dan cokelat Hmm mana nih suaranya pencinta ungu garis keras
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega

Wan Maimunah Meraung Dapat Panggilan Haji Tak Sangka Doa 2 Tahun Lalu Dimakbulkan