Saya Bukan Nak Tunggang Agama Boy Iman



Saya bukan nak tunggang agama – Boy Iman
“DULU, kini dan sela­ma­nya kaki propa!” demikian tergamaknya kata-kata yang dilemparkan oleh warga netizen apabila Boy Iman muncul mendedahkan perubahan dirinya yang baru sahaja menyertai jemaah tabligh sekitar dua minggu lepas.
Asal niat perkong­siannya memang murni, iaitu untuk menceritakan pengalamannya semasa bersama jemaah. Apatah lagi, ia merupakan kali pertama Boy terbuka hati dan berpeluang untuk mendalami agama bersama teman-teman lain.
Namun, nampaknya, di sebalik perkongsian yang baik, Boy tetap menerima kecaman dengan ada antaranya menganggap dia mungkin sama seperti mana-mana individu lain yang dilabel sebagai penunggang agama.
Menghubungi Boy baru-baru ini, Pancaindera mendapatkan penjelasan dan luahannya berhubung isu itu.
Bagaimana boleh Boy tiba-tiba terbuka hati nak sertai jemaah tabligh? Setelah lama tak dengar khabar berita, alih-alih muncul berubah dan berserban pula sekarang. Apa cerita?
Enam tahun lepas, masa saya dilanda musibah, jemaah tabligh diketuai oleh Maulana Wan Helmi dan Dr. Sam ada datang ke pejabat saya dan ajak sertai mereka untuk ke Yala. Masa itu, hati memang rasa nak pergi, tapi macam-macam halangan berlaku. Saya tengok dan tahu ada kawan-kawan artis lain macam Saharul Ridzwan, Nabil Ahmad dan Anuar Zain ada pergi juga. Selepas bertahun-tahun, akhirnya Allah SWT mudahkan urusan saya untuk sertai jemaah di Jerantut, Pahang dua minggu lalu. Alhamdulillah, dapat juga saya pergi.
Maknanya, Boy pun mengaku memang asalnya dugaan itu memang ada dalam usaha nak pergi buat benda baik begini?
Betul. Entah mengapa, seakan ada halangan dan dugaan pada awalnya. Hati memang rasa hendak pergi, tapi dia punya ujian itu, hanya Dia yang tahu. Dugaan pertama, masa hendak pergi, kipas kereta tak jalan, suhu kereta naik dan terpaksa saya sewa sebuah kereta lain pula. Kedua, dua jam lagi nak gerak, telefon saya pula jatuh dan pecah sampai skrin padam, tak boleh guna. Semua maklumat ada dalam itu.
Masa itu jiwa sudah kacau. Rasa mahu putus asa dan tak hendak pergi pun ada. Alang-alang masih dekat dengan Puchong, boleh sahaja saya balik. Tapi saya cuba pujuk hati. Dah bergerak, waze pula beri laluan yang bukan-bukan. Jauh betul perjalanan itu dirasakan. Memang mencabarlah. Bergaduh juga saya dengan dua sahabat dalam kereta sepanjang jalan nak pergi. Tapi Alhamdulillah, sampai juga kami. Mungkin Allah SWT itu nak tengok sejauh mana kami bersabar dan masih ada iman. Dia nak lihat sama ada kami ini betul-betul nak ilmu atau bagaimana.
Selama berada di sana, apa yang Boy raih?
Di sana, tak ada pun yang bercerita pasal duniawi, baik bisnes atau apa. Semua cerita pasal kebesaran Allah SWT, tentang iman dan akhirat. Hari pertama saya sampai, rasa teruja. Iyalah, tak pernah pergi. Jadi, mood itu pun rasa nak buat amal ibadah saja.
Saya rasa seronok bila dapat berjemaah bersama, solat subuh bersama, sesuatu yang dah lama tiada kesempatan itu. Di sana, mereka tak kisah pun ada latar belakang kita. Baik dulu, kita seorang gangsterkah, rambut warna kuningkah, tak kisah. Kalau tak pandai, mereka ajar, kalau salah pun mereka akan tunjuk cara betul. Seronok.
Perubahan yang baik, namun netizen tetap mengata dan melabel Boy kaki ‘propa’. Malah ada menuduh Boy hendak tunggang agama pula. Macam mana Boy jawab hal ini?
Saya tahu. Malah ada yang komen di Facebook pun bila tengok saya pakai jubah. Jabatan netizen ini, memang tak akan pandang apa yang kita buat, walaupun baik. Mereka suka jatuh hukum. Kata saya berlakonlah, main wayanglah, tunggang agamalah. Buat apa saya nak berlakon? Baik saya duduk rumah, tidur lagi syok. Buat apa nak luangkan masa untuk buat benda yang kita tak suka?
Jangan kata tiga hari, kalau kena paksa sekali pun pergi, mungkin dua jam duduk situ lepas itu saya cabut. Tapi tidak. Saya adalah orang terakhir yang balik hari itu sampai budak-budak tahfiz di situ tanya. Saya rasa sayang nak balik awal. Tiga hari, 72 jam itu rasa sangat singkat. Hati melekat di situ. Memang satu perasaan yang indah.
Tersinggung tak bila Boy dituduh begitu?
Kena faham satu benda. Memang kita ini susah hendak puaskan hati orang. Kadangkala orang tak faham niat kita. Orang nampak saya ini macam tunggang agama. Kalau betullah, sudah lama saya buat, enam tahun lepas mungkin saya dah buat masa mula-mula dipelawa sertai jemaah itu.
Ini bukan pasal tunggang agama. Ini pasal hati sudah sedia dan terbuka selain Allah SWT pilih. Kalau dijemput pun, kita tak ada hati, ia takkan terjadi. Malaslah nak cerita pasal netizen ini. Saya berkongsi pengalaman ini sebab mahu ajak orang ke arah kebaikan selain nak bersihkan nama. Tapi paling utamanya nak kongsi perasaan manisnya keluar tiga hari ini.
Adakah Boy akan lebih banyak muhasabah diri dan cuba memperbaiki diri ke arah lebih baik lagi? Maklumlah, sudah keluar tiga hari bukan?
Saya nak jelaskan, bukanlah saya ini nak jadi alim, bukan juga tunggang agama. Tapi nak betulkanlah juga diri ini. Contoh, kalau tak pandai mengaji, tak akanlah sampai bila-bila kita tak nak belajar mengaji?
Bagi saya, dalam dunia ini tak ada apa-apa. Kita bersyukurlah dengan kehidupan yang Tuhan sudah beri. Pernah tak terfikir, kalau mati kita ini pergi mana? Itu yang bermain di fikiran saya. Bila usia telah mencecah 42 tahun ini pun saya rasa betullah apa yang orang kata, dunia ini bukan tempat tinggal, tapi tempat meninggal. Saya pilih untuk rawat hati dan diri. Cas balik iman. Utusan
Saya bukan nak tunggang agama – Boy Iman
Baca Artikel Menarik:
Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari Fasha Sandha Teruk Dikecam 30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/25/saya-bukan-nak-tunggang-agama-boy-iman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Berserban Rupa Rupanya Boy Iman Sekarang

Dah Berserban Rupa Rupanya Boy Iman Sekarang

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 166 hits
Dah berserban rupa rupanya Boy Iman sekarang HARI baik bulan baik Diva malas nak bergosip lebih lebih bercerita tentang perkara yang buruk buruk Tetapi kalau ada benda baik yang hendak dihebohkan Diva jadi semangat Diva sangat suka dengan i...
Kena Tukar Beras Ke Nak Naik Berat Badan Anak Tak Perlu Pun Beras Special

Kena Tukar Beras Ke Nak Naik Berat Badan Anak Tak Perlu Pun Beras Special

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 160 hits
Demi memastikan anak sentiasa naik berat badannya ada ibu yang mahu menggunakan beras special untuk anak seperti beras perang beras basmathi tidak kurang juga beras Sumo yang begitu popular di kalangan mak mak Soalnya perlu ke tukar beras M...
Hari Ni Baby Nak Lukis Uyar Panjang Pastu Dia Ada Hutang Jebat Jayden

Hari Ni Baby Nak Lukis Uyar Panjang Pastu Dia Ada Hutang Jebat Jayden

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 275 hits
Gelagat comel anak lelaki kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden sentiasa mencuit hati netizen tatkala mereka melihatnya Sebelum ini dia banyak muncul dalam video di YouTube Channel babanya tapi kali ini keletahnya...
Zaki Yamani Tampil Jelaskan Baba Sendiri Tak Nak Jumpa Tiada Siapa Halang Video

Zaki Yamani Tampil Jelaskan Baba Sendiri Tak Nak Jumpa Tiada Siapa Halang Video

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 159 hits
Zaki Yamani Tampil Jelaskan Baba Sendiri Tak Nak Jumpa Tiada Siapa Halang VIDEO ISU hubungan dingin antara penyanyi Datuk Jamal Abdillah dengan anaknya Zaki Yamani kini menjadi semakin panas apabila wujud percanggahan kenyataan antara merek...
Nak Simpan Video Status Mengandung Secara Rahsia Tapi Sebaliknya Berlaku Viral Tanpa Di Pinta Tuhan Tunjuk Kekuasaannya

Nak Simpan Video Status Mengandung Secara Rahsia Tapi Sebaliknya Berlaku Viral Tanpa Di Pinta Tuhan Tunjuk Kekuasaannya

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 282 hits
Sebenarnya tak pernah guna Clearblue Selalu tengok di Youtube mat salleh mat salleh dok guna seronok tengok keputusan mengandung mereka berapa minggu tu Masa tahun tahun dulu cuma boleh berangan je lah sebab sedang TTC trying to conceive an...
Membodek Mail Pulak La Ya Parti Kau La Pemecah Perpaduan Nak Ajar Orang Lain Pulak

Membodek Mail Pulak La Ya Parti Kau La Pemecah Perpaduan Nak Ajar Orang Lain Pulak

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 157 hits
Dipilih jadi calon PM bagi PRU15 PAS harap Ismail teruskan agenda perpaduan April 15 2022 MKT Umno sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri Yaakob yang juga salah seorang naib presiden parti itu sebagai calon perdana menteri pada PRU15 PETAL...
Tak Sedar Duit Hilang Dalam Akaun Maybank Seminggu Duit Dapat Balik Ini Cara Nak Dapatkan Semula

Tak Sedar Duit Hilang Dalam Akaun Maybank Seminggu Duit Dapat Balik Ini Cara Nak Dapatkan Semula

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 207 hits
Bukan mudah untuk mencari wang perbelanjaan di saat semuanya masih belum stabil sepenuhnya Lebih buruk lagi wang yang kita simpan dalam bank tanpa kita sedar tiba tiba hilang Sebaik menyedarinya jangan buat tak endah cepat cepatlah berusaha...
Soft Cookies Coklat Peanut Butter Ni Memang Ketagih Nak Makan

Soft Cookies Coklat Peanut Butter Ni Memang Ketagih Nak Makan

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 183 hits
Biskut raya ni lain dari kebiasaan Ini untuk yang suka biskut dengan tekstur yang lembut Rasa di mulut memang sungguh nikmat Tak percaya jomlah buat Soft Cookies Coklat Peanut ButterBahan bahan 130g tepung naik sendiri60g serbuk koko1 sudu ...
Animasi Terkini Ika Nak Kaya Ikut Lorong Ini Zunar

Animasi Terkini Ika Nak Kaya Ikut Lorong Ini Zunar

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 228 hits
Animasi LORONG LORONG CURI WANG di MALAYSIA Siapa mahu lekas kaya mari ikut lorong ini
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket