Saya Bukan Jumpa Jho Low Tepi Jalan Dia Wakil Najib Bekas Cfo 1mdb


 Oleh Bernama

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika hadir ke perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid BEKAS Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Azmi Tahir hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau bukan berjumpa dengan Low Taek Jho atau Jho Low di tepi jalan dan percaya ahli perniagaan itu adalah wakil Datuk Seri Najib Tun Razak dalam 1MDB.
Azmi, 49, berkata, ini kerana Jho Low telah diperkenal kepada beliau oleh bekas Setiausaha Sulit Najib iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias. Azlin meninggal dunia dalam insiden helikopter terhempas pada 4 April 2015.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Datuk Hariharan Tara Singh pada perbicaraan bekas Perdana Menteri itu dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Hariharan: Sebagai CFO ketika itu, adakah anda tidak terfikir bahawa adalah tidak wajar bagi anda menerima arahan daripada Jho Low yang bukan merupakan sebahagian daripada syarikat (1MDB)?
Azmi: Tidak. Semua orang percaya beliau adalah wakil sah yang mewakili Datuk Seri Najib. Saya bukan berjumpa dengan beliau di tepi jalan, beliau telah diperkenal kepada saya oleh Allahyarham Azlin.
Saksi pendakwaan ke-12 itu juga berkata mesyuarat pada 15 Disember 2013 dengan KPMG Malaysia di kediaman Najib diadakan susulan ketidakpuasan hati KPMG terhadap penjelasan dan dokumen tidak lengkap yang diberikan berhubung pelaburan besar syarikat itu sebanyak US$2.3 bilion dalam dana tidak diketahui iaitu Bridge Global SPC, yang dibuat menerusi Brazen Sky Ltd, sebuah syarikat tujuan khas 1MDB.

Azmi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman serta bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin turut hadir bersama dengan Jho Low dan Najib.
Hariharan menyoal Azmi mengapa beliau tidak mengesahkan kesemua pemindahan ini ketika bertemu Najib pada mesyuarat itu dan saksi tersebut berkata, berdasarkan pengalaman lalu, beliau sepatutnya berbuat demikian namun berasakan ia bukan masa yang sesuai untuk membangkitkan perkara itu.
Kepada soalan lain, saksi itu bersetuju dengan cadangan bahawa Jho Low telah mendapat manfaat daripada pergerakan dana daripada 1MDB kepada syarikatnya iaitu Good Star Ltd.
Azmi bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau adalah sebahagian daripada rancangan Jho Low untuk menyeleweng dana 1MDB dan berkata beliau telah melaksanakan arahan ahli perniagaan dalam buruan itu tanpa menyoalnya.
Ahli Parlimen Pekan itu berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/saya-bukan-jumpa-jho-low-tepi-jalan-dia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ex 1mdb Cfo On Believing Jho Low Is Najib S Rep I Didn T Meet Him Off The Street Najib S Aide Introduced Him

Ex 1mdb Cfo On Believing Jho Low Is Najib S Rep I Didn T Meet Him Off The Street Najib S Aide Introduced Him

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 156 hits
A former 1Malaysia Development Berhad CFO today pointed out that Low Taek Jho was not a random person that he had met on the street and affirmed his belief that Low otherwise known as Jho Low was a representative of then prime minister Datu...
I Have No Legal Standing To Control 1mdb Subsidiaries Jho Low

I Have No Legal Standing To Control 1mdb Subsidiaries Jho Low

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 127 hits
Businessperson Low Taek Jho contended he has no legal standing to control 1MDB and its four subsidiaries The wanted individual also known as Jho Low made this assertion in his statement of defence that he held no official positions in the s...
Saya Tiada Jawatan Dalam 1mdb Jho Low

Saya Tiada Jawatan Dalam 1mdb Jho Low

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 103 hits
Perkara itu dinyatakan dalam pernyataan pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah tampil untuk mempertahankan diri dan berkata beliau tidak mempunyai sebarang jawatan...
Ex 1mdb Cfo Denies Receiving Bribes From Goldman Sachs Or Tim Leissner

Ex 1mdb Cfo Denies Receiving Bribes From Goldman Sachs Or Tim Leissner

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 129 hits
Former 1MDB chief financial officer Azmi Tahir today denied that he had received bribes from Goldman Sachs to enable the latter to make significant profits from a US 1 75 billion bond issued in October 2012 by 1MDB Energy Limited Azmi 49 sa...
Bekas Ketua Hakim Najib Dan Zahid Perlu Berundur Untuk Pulihkan Imej Umno

Bekas Ketua Hakim Najib Dan Zahid Perlu Berundur Untuk Pulihkan Imej Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 192 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Penasihat Barisan Nasional jika parti itu berniat membersihkan imejnya yang terpalit dengan kumpulan korupsi kata bekas Ketua H...
Muhyiddin Dedah Butiran Permintaan Najib Untuk Percubaan Campur Tangan Kehakiman Dalam Surat Kepada Peguam

Muhyiddin Dedah Butiran Permintaan Najib Untuk Percubaan Campur Tangan Kehakiman Dalam Surat Kepada Peguam

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 150 hits
MALAYSIA NOW Beliau berkata terdapat permintaan supaya seorang peguam kanan disingkirkan daripada pendakwaan dalam kes rasuah yang sedang berjalan di mahkamah Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mendedahkan butiran untuk menyokong dakwaa...
Peguam Najib Shafie Tanya Kenapa Kerajaan Lindung Zeti Dan Keluarga

Peguam Najib Shafie Tanya Kenapa Kerajaan Lindung Zeti Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 184 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSoalan di atas pasti sekali akibatkan semua pencinta kisah dongeng 1MDB rekayasa Pakatan Harapan dan Tun Mahathir lari berterabur sembunyikan diri Peguam Najib Tan Sri Shafie dalam satu sesi Bersama wartawan memberi ken...
Najib Ex Ag Govt Trying To Block Open Court Hearing Against Me

Najib Ex Ag Govt Trying To Block Open Court Hearing Against Me

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 132 hits
Najib Abdul Razak has claimed that former attorney general Tommy Thomas and the government are attempting to block the court from hearing about the alleged wrongdoings perpetrated against him The former prime minister claimed this motivated...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Aktiviti Majlis Perasmian Richiamo Mart Dan Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Richiamo 2024 Ppim 05 05 2024

Suspek Simbah Asid Faisal Halim Ditahan Direman Hari Ini

Kita Berada Di Dalam Kubur Lebih Lama Daripada Hidup Di Atas Dunia

Program Jom Baca Objektif Pelaksanaan Program

Sakit Telinga Berdesing Gejala Punca Serta Cara Mengubatinya

Phoebe Chloe Bujang Siku Ngasuh Rindu Chord