Saya Bersuara Demi Parti


KEMUNCULAN bekas Menteri Besar Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian berkempen untuk calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak baru-baru ini mencuri tumpuan ramai.
Tindakannya itu disifatkan melawan arus memandangkan beliau daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sewajarnya memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) daripada UMNO pada PRK tersebut.
Bukan sekadar di PRK DUN Slim sahaja, Osman sebelum ini sering menjadi perhatian kerana kelantangannya bersuara tentang Bersatu dan menegur tindakan beberapa pemimpin politik agar menghormati kerjasama yang dijalin Bersatu dengan beberapa parti lain dalam Perikatan Nasional (PN).
Bertambah hangat, apabila Osman yang juga Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam disebut-sebut antara ADUN yang akan beralih arah berikutan pertemuannya dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) iaitu daripada Parti Amanah Negara (Amanah) minggu lepas.
Sekiranya mana-mana ADUN melompat, ia berkemungkinan menyebabkan kerajaan negeri Johor bertukar memandangkan PH dan PN mempunyai bilangan kerusi yang sama.
Kerajaan negeri yang ditadbir PN sejak Mac lalu memiliki 29 kerusi manakala PH sebanyak 27 kerusi.
Osman merupakan Menteri Besar Johor selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu namun beliau digantikan oleh ADUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal pada April 2019.
Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, Nor Azura bersama Osman di Johor Bahru baru baru ini.
SINAR HARIAN: Video yang tular di PRK DUN Slim baru-baru ini secara terang menunjukkan Datuk memberi sokongan kepada calon Bebas yang diketahui daripada Pejuang. Boleh terangkan mengapakah Datuk bertindak sedemikian?
OSMAN: Ya, betul dalam video itu adalah saya. Salahkah tindakan saya berkempen untuk calon Bebas, sedangkan Bersatu belum diterima secara rasmi ke dalam Muafakat Nasional (MN)? Mana tahu Amir Khusyairi terbuka menyertai Bersatu pula selepas ini.
Bersatu kini dibuli UMNO, termasuk tidak diberi ruang dalam kedudukan jawatan dan digasak dengan pelbagai tohmahan.Daripada pemimpin pusat sehingga negeri, UMNO tuduh parti Bersatu tidak wajar diberikan sebarang kerusi dan hanya tumpang pengaruh orang.
Mengapakah kita diam? Tiada orang kita pertahankan parti, mengapa tiada pula tindakan diambil kepada UMNO?
Oleh sebab itu, saya buat macam ini supaya ada kesedaran di peringkat kepimpinan dan ahli parti. Ada orang kata saya meroyan kalah Pemilihan Majlis Tertinggi Bersatu baru-baru ini menyebabkan saya buat begitu.
Saya tidak berkempen pun, saya tidak hantar borang pun, saya tidak tahu siapa yang tandatangan borang itu. Saya sudah 42 tahun dalam politik, empat penggal di DUN Kempas. Saya sudah lalui pahit manis dalam politik.
Datuk dilihat seorang diri bersuara tentang Bersatu dan tindakan Datuk seakan-akan melawan arus. Malah selepas komen diberikan oleh Datuk pasti ada sahaja tidak berpuas hati. Bagaimanakah Datuk menerimanya?
Biarlah saya jadi orang yang tidak disukai kerana menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Bersatu. Kenapa saya begitu dan begini, tujuannya supaya ada kesedaran terhadap kepimpinan dan ahli-ahli Bersatu tentang keadaan politik hari ini, khususnya Bersatu yang kini berada dalam PN di mana ada UMNO dan parti-parti lain dalam BN.
Tetapi kalau kita tengok pemimpin UMNO, walaupun kita ini rakan sekutu, dia asyik menggasak sahaja cakap Bersatu ini parti kecil, Bersatu hanya menempel, Bersatu tidak wajar diberikan kerusi sebab tiada pengaruh dan cawangan.
Sedangkan kita ini dalam satu angkatan. Kalau adik-beradik dia mesti pertahankan adik-beradiknya. Tetapi perkara sebaliknya pula yang berlaku.
Kenapa orang Bersatu diam, sebaliknya kita pula hendak pertahankan UMNO. Setakat hari ini saya tidak pernah dengar pemimpin Bersatu menekan balik UMNO supaya jangan cakap bukan-bukan pasal Bersatu.
Bersatu inilah yang bagi nyawa kepada dia (UMNO).
Pemimpin Bersatu ini, bila saya buat itu dan ini, sibuk bercakap, tetapi bila UMNO buat senyap. Apakah mereka ini sudah dibeli oleh UMNO? Atau sudah dapat dedak?
Berhubung isu ada pihak yang mahu Datuk dikenakan tindakan disiplin kerana berkempen untuk calon Bebas pada PRK DUN Slim disebabkan video yang tular itu, apakah komen Datuk?
Rentetan daripada aduan yang dikemukakan Ketua Bersatu Bahagian Pulai, Ya’cob Atan yang mahukan saya dikenakan tindakan parti, itu terpulanglah kepada dia. Ini demokrasi.
Pada saya ini asam garam politik. Sebagai ahli parti, saya menerima apa sahaja yang parti kenakan. Macam dulu, parti hendak lantik saya jadi Menteri Besar Johor, saya terima dan jalankan tugas sebaik mungkin.
Bukan bermakna tidak pegang apa-apa jawatan, hidup saya akan berakhir.
Kita hendak hukum seseorang itu kena tengok jasanya. Jangan kerana sudah berkuasa dengan sewenang-wenangnya orang yang berjasa itu dilupakan.
Bagaimanakah pula kedudukan Datuk pada sidang DUN Johor yang dijangka bermula pada 10 September depan sekiranya Datuk dikenakan disiplin dan dipecat daripada parti?
Saya masih lagi duduk di sebelah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ADUN Gambir sebab itu masih lagi kerusi Bersatu.
Tetapi kalau saya dipecat sebelum 10 September ini, maka saya kena duduk di kerusi Bebas, atau saya nak isytihar masuk parti baharu, wallahuaklam.
Kalau dia pecat saya, saya sokong Bebas, maknanya dia tidak suka saya.
Benarkah Datuk ada bertemu dengan pemimpin PH?
Ya betul, pertemuan pada minggu lepas dengan seorang pemimpin Amanah. Saya ada bincang perkara-perkara biasa tentang politik antaranya sidang DUN Johor yang bermula pada 10 September ini.
Saya pun sudah lama tak jumpa kawan, dulu kami sama-sama dalam PH Johor. Maklumlah sebelum ini sebab koronavirus (Covid-19) susah hendak jumpa.
Bagaimanakah Datuk melihat pentadbiran kerajaan negeri Johor di bawah PN hari ini?
Semasa wabak Covid-19 sekarang ini, ekonomi memang merosot, tetapi kita tidak boleh gunakan alasan Covid-19 sebagai halangan untuk tingkatkan ekonomi. Perancangan ke hadapan perlu ada. Selain itu banyak lagi agenda pembangunan yang belum diselesaikan.
Namun, dalam situasi hari ini, saya tengok PN yang memerintah lebih mencari kekuasaan dalam UMNO bagi memperkasakan parti itu.
Ahli majlis perbandaran, sebagai contoh, alih-alih tak tahu ada tiba-tiba angkat sumpah.
Perkara ini saya sudah ketengahkan kepada Perdana Menteri supaya tubuhkan jawatankuasa nilai prestasi dan bincangkan jawatan dalam PN ini secara adil.
Sekurang-kurangnya kalau hendak diberhentikan, bincanglah dulu. Perkara seperti inilah yang timbulkan rasa tidak puas hati di peringkat bawah.
The post ‘Saya bersuara demi parti’ appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/03/saya-bersuara-demi-parti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Syed Saddiq Tidak Akan Berjaya Kata Mahathir

Parti Syed Saddiq Tidak Akan Berjaya Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 333 hits
Pengasas Parti Pejuang Tanah Air Dr Mahathir Mohamad mendakwa langkah anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman untuk menubuhkan parti berasaskan golongan anak muda tidak akan berjaya Menurut bekas perdana menteri itu model yang dibawa...
Ros Tiada Masalah Dengan Pendaftaran Parti Pejuang Kata Marzuki

Ros Tiada Masalah Dengan Pendaftaran Parti Pejuang Kata Marzuki

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 395 hits
323 total views 322 views today KUALA LUMPUR Pendaftaran Parti Pejuang Tanahair kini dalam proses semakan sebelum diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan kata salah seorang penaja kepada parti berkenaan Datuk Marzuki Yahya Bekas Setiau...
Cucu Atok Tak Nak Join Parti Boboi Kena Faham Tok

Cucu Atok Tak Nak Join Parti Boboi Kena Faham Tok

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 340 hits
Atok buat parti atok lantik boboi jadi presiden Mestilah cucu atok frust menonggeng Kalau dia join parti atok dengan dia sekali terpalit dengan masalah atok Baik cucu atok buat parti baru boleh jadi presiden sendiri Kalau hala tuju parti cu...
70 Peratus Ahli Bersatu Sudah Keluar Parti Mukhriz

70 Peratus Ahli Bersatu Sudah Keluar Parti Mukhriz

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 338 hits
Datuk Seri Mukhriz Mahathir menganggarkan kira kira 70 peratus ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia kini beralih arah untuk tidak lagi menyertai parti itu Katanya beliau melihat perkara itu berdasarkan Mesyuarat Agung Tahunan parti Bersatu p...
Tubuh Parti Orang Muda Usaha Sia Sia Kata Penganalisis Politik

Tubuh Parti Orang Muda Usaha Sia Sia Kata Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 313 hits
SHAH ALAM Cendekiawan sains politik Dr Chandra Muzaffar bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keputusan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merintis penubuhan sebuah parti pol...
Parti Belia Hanya Pecah Belah Masyarakat Rafidah Aziz

Parti Belia Hanya Pecah Belah Masyarakat Rafidah Aziz

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 340 hits
Jangan wujudkan lebih banyak pecah belah di negara kerana sudah berlaku banyak pecah belah demikian kata ahli politik veteran Tan Sri Rafidah Aziz berhubung cadangan untuk menubuhkan parti belia Beliau berkata sudah cukup pecah belah yang b...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas