Saya Baru Bunuh Ibu Saya Tikam Dia 118 Kali Remaja Alami Depresi Ditahan Polis
The Reporter
Seorang pelajar sekolah swasta bertindak menyerang dan menikam ibunya sebanyak 118 kali sebelum menghubungi talian kecemasan 999 serta mengingatkan polis untuk membawa beg mayat.
Dalam kejadian yang berlaku pada 1 Julai 2019, Rowan Thompson, dikatakan menziarahi ibunya, Joanna Thompson dan sebaik saja pulang dari berjogging, remaja lelaki bersuaia 17 tahun bertindak menyerangnya di dalam rumah mangsa di sebuah perkampungan.
Joanna, 50, dicekik sehingga tidak sedarkan diri di ruang tamu. 10 ke 15 minit kemudian, Rowan kembali dan menikam mangsa sebanyak 38 kali di dahi, 64 kali di leher dan 16 kali di lengan.
Rowan kemudian menghubungi talian kecemasan 999 dan dengan tenang berkata, "Saya baru sahaja membunuh ibu saya. Saya mencekiknya dan saya telah menikamnya dengan pelbagai jenispisau..."
Rowan ditahan polis di lokasi kejadian. Ketika ditahan, Rowan sangat tenang dan memberikan kerjasama.
Namun pada Oktober, Rowan ditemui mati ketika berusia 18 tahun di dalam tahan di sebuah pusat kesihatan mental, empat hari sebelum dia dijadualkan dibicara di mahkamah atas pertuduhan membunuh ibunya.
Difahamkan, Rowan tinggal bersama dengan bapanya di Barnsley, South Yorkshire, datang melawat ibunya pada hujung minggu. Dua beranak itu dikatakan berbincang mengenai pengaturan hidupnya pada malam sebelum kejadian di mana Rowan berasa dia terlalu dikawal oleh ibunya secara berlebihan.
Rowan yang juga telah menukar jantina dan namanya kepada Ben, sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital kesihatan mental kerana pernah cuba membunuh diri pada 2017 dan mengalami depresi.
Dalam keterangannya kepada polis, Rowan berkata dia berasa 'pelik' ketika pulang dari berjogging dengan ibunya. Dia tidak ingat apa-apa sehingga dia tiba di balai polis.
Klip suara panggilan kecemasan yang dibuat oleh Rowan pada hari kejadian diputarkan di Mahkamah Koroner Winchester, di mana Rowan berkata dengan yakinnya berkata, ibunya sudah tidak bernafas.
"Saya baru sahaja membunuh ibu saya. Saya perlukan seseorang untuk menangkap saya dan bantuan dari ambulans. Saya cekik dan menikamnya dengan pelbagai jenis pisau. Adik lelaki saya berada di sekolah, dia akan pulang lewat malam ini.
"Dia (Joanna) tidak bernafas, bawa beg mayat atau apa-apa saja. Saya 99,9 peratus yakin yang dia sudah tidak bernafas.
"Saya mula mencekik dia, dan dia terjatuh ke lantai. Saya cekik dia lagi dan berhenti. Kemudian saya mula menikamnya, dia ada di ruang tamu. Pisau ada di dalam mesin mencuci pinggan," katanya.
Sementara itu, kakak mangsa, Sophie Rugge-Price berkata, anak saudaranya itu mula menunjukkan dirinya mengalami depresi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan cenderung untuk membunuh diri.
Pakar Psikiatri pula mengatakan Rowan menderita Austime Ringan tetapi tiada bukti yang menunjukan remaja itu mengalami fungsi mental yang tidak normal ketika dia membunuh ibunya.
Pandangan pakar itu dibantah oleh bapa Rowan, yang mendakwa pihak kesihatan gagal menyelamatkan anaknya dari masalah depresi sehingga menyebabkan dia bertindak membunuh ibunya sendiri.
Sumber: Daily Mail
December 15, 2020 at 02:37AM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://atmknews.blogspot.com/2020/12/saya-baru-bunuh-ibu-saya-tikam-dia-118.html