Saya Ada Hak Nak Marah Rumah Dah Hancur Retak Disebabkan Pbt Beri Kelulusan Kepada Jiran Buat Rumah 2 Tingkat Pengadu


The Reporter




Kebelakangan ini, isu mengenai pengubahsuaian rumah yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) semakin banyak didedahkan di media sosial. Kediaman jenis pangsapuri dan kondominium, sebagai contoh antara rumah yang tidak boleh melakukan penambahan dari segi binaan. 

Hasil makluman orang ramai dan juga kuasa viral, PBT mula turun ke lapangan untuk melakukan pemantauan, siasatan dan terus mengambil tindakan serta-merta terhadap pemilik kediaman yang didapati mengingkari larangan tersebut. 


Di sebalik isu viral ini, ada pula individu yang tampil mengadu dengan keadaan jiran-jiran sekeliling membuat pengubahsuaian tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pengadu juga tidak menolak kemungkinan berlakunya aktiviti suapan atau rasuah yang menyebabkan pemilik rumah secara terang-terangan melakukan pengubahsuaian secara keterlaluan.


Menurut pengadu, pihak berwajib telah meluluskan pembinaan rumah dua tingkat di sebelah kediamannya tanpa mengambil kira ujian tanah awal yang dibuat sebelum itu. Pembinaan rumah tersebut bukan sahaja memberi kesan buruk kepada rumahnya di Taman Klang Jaya, malah jiran-jiran lain turut menerima tempias. Sedangkan mereka telah membayar cukai setiap tahun, tetapi keadaan rumah pula hanya menunggu masa untuk roboh disebabkan kerakusan pemilik rumah dua tingkat itu melakukan pengubahsuaian yang melampau. 


@rakeshbathumalai MPK rasuah, hancurkan rumah saya. dengan kelulusan yang diberi tampa usul periksa dengan betul. #fypシ゚viral ♬ original sound - rakeshbathumalai

Berdasarkan video, hampir 90 peratus keadaan luar dan dalaman rumah mengalami keretakan di bahagian dinding dan termasuk di bahagian suis utama yang berisiko mengalami litar pintas pada bila-bila masa. 


Pemukaan dinding yang retak telah ditandakan dengan cat merah oleh pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang datang ke rumah pengadu. Malangnya sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan susulan dilakukan. 


Selama 30 tahun menetap di rumah tersebut, pengadu mendakwa dia tidak pernah mengalami sebarang masalah sehinggalah rumah jirannya diubahsuai menjadi dua tingkat menyebabkan rumahnya kini berdepan dengan pelbagai masalah. Aduan dan laporan telah dibuat, tetapi pihak berkenaan pula mengatakan kes tersebut telah 'selesai'. 


"Tengok keadaan rumah, macam mana kita nak tinggal di sini? Apa bodoh ke korang (pihak berkenaan) ni? Cuba tengok, berapa lama kita nak tanggung hal ini? Kita dah lantik peguam, tetapi nak lawan berapa tahun nak tunggu selesai? Kalau nak tunggu, rumah pun dah roboh. 


"Hancurlah rumah, dah retak. Takkan kita nak tinggalkan saja rumah dan biarkan saja roboh? Dengan siapa kita nak minta keadilan? Dah tujuh tahun macam ni. Apakah ini cara korang buat kerja, ini ke cara korang jaga rakyat? Kita bayar cukai tapi ini yang kita dapat. 


"Selama 30 tahun kita duduk di sini tak pernah ada masalah. Selepas mereka (PBT) beri kelulusan kepada jiran untuk ubahsuai rumah, hancur rumah saya. Sebaliknya PBT kata kita pula yang salah buat rumah. Sedangkan rumah saya tak pernah alami sebarang masalah sebelum ini.


"Saya marah ni, saya ada hak nak marah. Rumah orang tua saya beli dengan penat lelah mereka, senang-senang mereka (PBT) beri kelulusan pada jiran sebelah ubahsuai rumah dua tingkat. Tak fikir apa yang akan terjadi pada rumah jiran lain. 


"Tengok keretakan dari luar sampai ke dalam rumah. Bukan rumah saya seorang, rumah jiran-jiran yang lain turut menerima kesan. Saya yakin ini memang disebabkan PBT memberi kelulusan kepada jiran sebelah untuk ubahsuai rumah menyebabkan keretakan pada rumah kami," katanya.


Rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan rumah pengadu dan menyeru pihak berkenaan tampil membantu pengadu dan jiran-jiran yang terjejas disebabkan pembinaan rumah dua tingkat itu.


Sumber: TikTok Rakesh Bathumalai


June 09, 2022 at 05:23AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/06/saya-ada-hak-nak-marah-rumah-dah-hancur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Ikut Kakak Bayi Maut Dilanggar Bas Sekolah Di Hadapan Rumah

Nak Ikut Kakak Bayi Maut Dilanggar Bas Sekolah Di Hadapan Rumah

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 186 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia satu tahun empat bulan maut selepas dilanggar sebuah bas sekolah di hadapan rumahnya di Taman Anggerik Bandar Baru Salak Tinggi Sepang semalam Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mang...
Bukan Saja Rumah Diubahsuai Ada Lagi Benda Lain Jadi Sampai Jiran Kena Lap0r P0lis

Bukan Saja Rumah Diubahsuai Ada Lagi Benda Lain Jadi Sampai Jiran Kena Lap0r P0lis

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 142 hits
Nilai Majlis Bandaraya Seremban sudah mengeluarkan tiga notis arahan dan sitaan kepada pemilik bangunan di Taman Surian Mantin di sini yang melakukan pengubahsuaian tanpa kelulusan supaya menghentikan dan merobohkan binaan tambahan berkenaa...
Hiburan Tetiba Nak Marah Habis Semua Ditendang Rider Mengamuk Pelanggan Salah Pin Lokasi

Hiburan Tetiba Nak Marah Habis Semua Ditendang Rider Mengamuk Pelanggan Salah Pin Lokasi

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 197 hits
Boleh dikatakan berat sebenarnya tugas sebagai seorang rider makanan ini Banyak perkara yang perlu dilalui serta diredahi mereka sama ada cuaca ketika itu panas ataupun hujan mereka tetap perlu menjalankan tanggungjawab untuk menghantar mak...
Itu Makan Dia Suka Hati Kepala Bapak Dia Je Nak Tambah Netizen Puji Tindakan Tegas Pbt

Itu Makan Dia Suka Hati Kepala Bapak Dia Je Nak Tambah Netizen Puji Tindakan Tegas Pbt

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 507 hits
Padah mengubahsuai rumah flat pemilik rumah terpaksa berputih mata apabila pihak berkuasa tempatan merobohkan struktur bangunan tambahan yang dibina tanpa kelulusan Gambar proses meroboh struktur tambahan itu tular di media sosial baru baru...
Siapa Sangka Dengan Niat Nak Membantu Penjawat Awam Bebas Hutang Client Ini Dapat Beli Rumah Dan Settle Masalah Hutang

Siapa Sangka Dengan Niat Nak Membantu Penjawat Awam Bebas Hutang Client Ini Dapat Beli Rumah Dan Settle Masalah Hutang

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 226 hits
SIAPA SANGKA DENGAN NIAT NAK MEMBANTU PENJAWAT AWAM INI BEBAS HUTANG CLIENT INI DAPAT BELI RUMAH DAN SETTLE MASALAH HUTANGAlhamdulillah Itu ungkapan yang diucapkan oleh seorang client yang masih bekerja sebagai seorang penjawat awam berkena...
Orang Ramai Nak Boikot Restoran Itu Itu Hak Pengguna Amp Kita Tak Ada Masalah Kpdnhep Melaka Respon Isu Restoran 35

Orang Ramai Nak Boikot Restoran Itu Itu Hak Pengguna Amp Kita Tak Ada Masalah Kpdnhep Melaka Respon Isu Restoran 35

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 295 hits
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Melaka Norena Jaafar mengambil maklumat mengenai insiden sebuah restoran di Melaka yang dilaporkan bersikap biadap terhadap pelanggannya nbsp BACA Takde duit jangan bawa mak bapak mak
Mpk Rasuah Rumah Retak Roboh

Mpk Rasuah Rumah Retak Roboh

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 183 hits
Sadis Persoalannya sekiranya betul pengubahsuain itu diluluskan oleh MPK dan disebabkan pengubahsuain itulah rumah jiran sebelah mengalami keretakan serius Siapa yang akan hadap ganti rugi Nak salahkan tuan rumah plan diluluskan MPK Kalau k...
Ubah Suai Rumah Tanpa Kelulusan Majlis Bandaraya Seremban Bakal Ambil Tindakan

Ubah Suai Rumah Tanpa Kelulusan Majlis Bandaraya Seremban Bakal Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 188 hits
SEREMBAN Majlis Bandaraya Seremban akan mengambil tindakan terhadap pemilik rumah yang didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan di Mantin Negeri Sembilan seperti yang tular di media sosial semalam Datuk Bandar MBS Datuk Ma...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba