Say Memperkasa Pembangunan Usahawan Oku Melalui Say Lead Pro
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini berlangsungnya Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO) yang diadakan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Tiga usahawan telah dipilih sebagai Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023 setelah memberikan pembentangan tentang perniagaan yang dilakukan sepanjang program berlangsung
SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY) MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN USAHAWAN OKU MELALUI LIGA USAHAWAN OKU MALAYSIA (SAY LEAD PRO) ANJURAN DYTM RAJA MUDA SELANGOR DISOKONG OLEH YAYASAN HASANAH
Program Liga Usahawan OKU Malaysia atau SAY LEAD PRO melalui Selangor Youth Comunity (SAY) telah dibangunkan oleh Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Program yang turut disokong oleh Yayasan Hasanah ini adalah untuk membangunkan usahawan OKU yang berbeza latar belakang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan melalui program keusahawanan yang telah berlangsung selama 18 bulan
SAY LEAD PRO bermatlamat untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka agar dapat menjana pendapatan yang stabil melalui perniagaan dan seterusnya mewujudkan sebuah komuniti usahawan OKU yang saling membantu serta bermanfaat kepada masyarakat. Terdapat empat fasa program ini iaitu Unearth The Talent, Commercialisation, Sustainability dan Giving Back to Society. Antara teras program ini adalah latihan keusahawanan, penglibatan mentor dari industri, sesi kaunseling dan penglibatan ahli keluarga
Seramai 90 usahawan OKU telah dipilih berdasarkan sektor makanan dan minuman (F&B), jahitan dan perniagaan atas talian untuk fasa pertama program ini. Pada fasa ini, peserta diberikan latihan asas berdasarkan sektor mereka dan sejumlah RM90,000.00 telah diberikan kepada 30 peserta terbaik bagi semua sektor sebagai geran permulaan perniagaan.
Pada pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia, seramai 10 usahawan OKU telah membuat pembentangan perniagaan di hadapan Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Pelbagai jenis perniagaan telah dibentangkan, antaranya ialah kerepek, minyak wangi, kedai runcit, jahitan baju dan beg batik, tanjak, panipuri, sambal hitam belimbing, rendang dan sebagainya
Di akhir pembentangan, tiga usahawan telah dipilih memenangi pusingan akhir ini seterusnya dinobatkan sebagai Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023. Pemenang akan membawa pulang trofi Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023 dan geran tambahan perniagaan bernilai RM2,000.00 seorang.
Tiga pemenang Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Malaysia adalah :
TEMPAT PERTAMA: Pn Nor Zaidah binti Ab Rahman.
Jenama: Zai CollectionJenis OKU: FizikalProduk: Blaus Batik & Tanjak
TEMPAT KE-2: Lailatol Mawar binti Mohd Noh
Jenama: Lyla RoseJenis OKU: FizikalProduk: Tote Bag, Book Cover, Table Runner, Placement
TEMPAT KE-3: Nurzakiah bt Dzulkifli
Jenama: Haruman PerfumeJenis OKU: FizikalProduk: Minyak Wangi
Pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia pada hari ini telah diadili oleh juri berpengalaman yang terdiri daripada:
Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor YBrs. Encil Zadil Hanief Mohamad Zaidi - Ketua Pegawai Strategi, Yaysan HasanahYBrs. Encik Rizal Nainy - Ketua Pegawai Eksekutif, SMECorpsYBrs. Encik Muhd Firdaus Bin Azharuddin - Ketua Pegawai Eksekutif, INSKENYBrs. Puan Hairul Azrein Baharuddin - Pegawai Pembangunan Usahawan, DDEC, MARA
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan dinobatkan sebagai Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023. Semoga dengan kejayaan ini dapat membangkitkan semangat untuk meneruskan perniagaan serta mengembangkan perniagaan dalam peringkat yang lebih tinggi.
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2023/07/say-memperkasa-pembangunan-usahawan-oku.html