Sawah Mengecil Beras Import


KETIKA meninggalkan kampung halaman di Perlis kerana mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu Kuala Lumpur 1984, semua kawasan sawah ditanam padi dan tidak ada yang terbiar. Rumah saya di tengah-tengah sawah, umpama pulau dikelilingi lautan hijau dan kuning yang saujana mata memandang.

Saya dilahir dan dibesarkan dalam persekitaran sawah padi. Menjadi pesawah sejak berusia 15 tahun ketika di tingkatan tiga. Walaupun secara sambilan tetapi amat memahami kehidupan tradisi keluarga pesawah. Dapat membezakan antara padi mahsuri, malinja atau ria sebelum nama padi ditukar pada kod-kod tertentu.

Tahun 1970-an dan 1980-an ketika saya di kampung, pendapatan pesawah amat kecil, tidak setimpal dengan kerja daripada menanam hingga menuai. Walaupun kerajaan memberikan subsidi baja dan subsidi jualan tetapi bidang ini terdedah dengan risiko – banjir dan serangan serangga.

Kerap juga ternampak mata ibu tergenang apabila dalam masa semalaman, padi yang akan dituai musnah ditenggelami banjir. Itulah sahaja nyawa kami – punca pendapatan dan makanan. Ibarat rezeki terjatuh sebelum sempat sampai ke mulut, dan hanya pesawah dekad 1970-an dan 1980-an yang memahami keadaan ini.

Walaupun ketika itu menanam padi tidak memberikan banyak pulangan, tetapi orang kampung percaya yang dikerjakan itu punca makanan. Asalkan ada beras, yang lain boleh ikhtiar. Ikan air tawar boleh dipancing di sawah, sayur-sayuran dan kelapa ada di belakang rumah. Semua percuma.

Mereka tidak tahu apa itu istilah ‘keselamatan makanan’ yang digunakan oleh orang akademik dan birokrat. Tetapi mereka percaya beras itu umpama nyawa. Sebenarnya yang difikirkan oleh orang kampung adalah peri pentingnya ‘keselamatan makanan.’ Buktinya setiap keluarga ada jelapang padi.

Kini ketika sesekali balik ke kampung, keadaan sudah jauh berbeza. Sawah sudah semakin kecil. Banyak perumahan dan pekan baharu tumbuh di atas tanah sawah. Dari segi ekonomi, mungkin menjual tanah kepada pemaju jauh lebih menguntungkan berbanding terus dijadikan sawah.

Sesetengah pemimpin di daerah, negeri atau Persekutuan pula, sedikit atau banyak projek perumahan, pekan serta bandar yang didirikan adalah tanda aras pembangunan. Ini termasuklah membangunkan taman-taman perumahan dan bandar baharu di atas tanah sawah.

Kemajuan bukanlah banyak atau sedikit taman perumahan dan bandar-bandar baharu didirikan, apa lagi di atas tanah sawah. Kemajuan yang begini menjadi pemangkin menguncupnya keluasan sawah sekali gus menambah kebergantungan pada beras import. Ini bahaya dari sudut keselamatan makanan.

Kalau lihat dalam jangka masa 40 tahun ketika saya menjadi pesawah hingga kini, bidang penanaman padi tidak banyak berubah. Tahun 1980 kawasan penanaman padi seluas 716,833 hektar. Satu hektar boleh menghasilkan 2,852 kilogram padi. Secara keseluruhan penanaman padi pada 1980 menyumbang 1.3 juta tan metrik beras setahun.

Bagaimanapun mengikut statistik terkini, keluasan kawasan penanaman padi semakin kecil, hanya tinggal 679,315 hektar. Tetapi keluaran agak meningkat – satu hektar menghasilkan 4,194 kilogram padi dan secara keseluruhan menyumbang 1.8 juta tak metrik beras setahun.

Kalau dilihat angka-angka ini memang ada peningkatan yang tentunya disumbangkan oleh penyelidikan dan penggunaan teknologi moden dalam penanaman padi. Tetapi untuk jangka masa 40 tahun, peningkatan yang dicatatkan pada relatifnya kecil. Hasil keluaran beras tempatan belum membebaskan negara bergantung pada beras import. Pesawah belum mampu mandiri, terpaksa bergantung dengan subsidi.

MANIPULASI
Ketika ini keluaran beras tempatan hanya menampung 70 peratus daripada keperluan dan 30 peratus lagi terpaksa ditampung dengan beras import. Jumlah 30 peratus adalah suatu yang besar dan menjadi tanda bahaya dari sudut keselamatan makanan. Kita terdedah dengan manipulasi harga oleh negara pengeksport. Kalau ini berlaku, kita terpaksa membayar walaupun tinggi kerana beras bukan spageti.

Bayangkan, kita terpaksa mengimport 740,000 tan metrik beras yang dianggar bernilai RM1.18 bilion setahun. Pada era pergolakan geopolitik yang tidak menentu ini, bayangkan kalau ada negara yang tidak mahu mengeksport beras ke Malaysia. Ketika itu, ada duit belum tentu semua boleh jadi kenyataan.

Penguncupan 37,518 hektar berbanding 40 tahun lalu sepatutnya dibendung supaya pertukaran status tanah pertanian khususnya sawah padi sewenang-wenang pada status kediaman (taman perumahan dan bandar baharu) atau industri.
Memudahkan pertukaran status tanah pertanian menjadi kediaman memberi keuntungan jangka pendek, tetapi kesan yang kurang baik dalam jangka masa yang panjang. Kalau hal ini tidak dibendung mungkin 10 tahun lagi kebergantungan pada beras import bukan lagi 30 peratus malah lebih tinggi lagi.

Kita mempunyai 10 kawasan dinamakan Jelapang Padi Malaysia – antaranya yang besar ialah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Kerian dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor. Jelapang Padi Malaysia ini adalah ‘nyawa’ kita.

Jelapang padi ini menyumbangkan 3.45 peratus pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di sektor pertanian atau 0.32 peratus pada KDNK negara. Kerajaan menyalurkan subsidi sebanyak RM524.67 juta setahun kepada pesawah.

Bagaimanapun, tertakluk pada peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengehadkan kadar subsidi sehingga 10 peratus sahaja daripada kos pengeluaran.

Kerajaan khususnya agensi berkaitan pertanian mesti mencari jalan untuk mengangkat nilai ekonomi dalam bidang penanaman padi. Tanpa nilai ekonomi untuk bersaing dengan bidang lain, tidak ada generasi pelapis yang menyambung kerja mengusahakan sawah.

Pada masa sama, beras tetap menjadi keperluan utama tetapi bidangnya tidak ada nilai ekonomi yang setimpal kepada penggeraknya. Ini satu ironi, permintaan tinggi tetapi tidak mampu menjana ekonomi.

Permasalahan ini mesti dirungkai, riuh rendah penggunaan teknologi yang sesetengahnya hanya ‘kosmetik’ tidak membawa penyelesaian. Semoga masa depan kawan-kawan saya di kampung dan seluruh pesawah di negara ini akan terbela.

Oleh: Ku Seman Ku Hussain

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/sawah-mengecil-beras-import.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teknik Kenalpasti Beras Tiruan

Teknik Kenalpasti Beras Tiruan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 219 hits
Beras adalah makanan asas bagi kebanyakan negara Asia Namun sejak kebelakangan ini kita diwar warkan mengenai kewujudan beras tiruan di pasaran negara jiran seperti Indonesia Jika dilihat dengan mata kasar beras tiruan dan beras asli adalah...
M40 Jadi B40 Terpaksa Minta Beras Sekarang

M40 Jadi B40 Terpaksa Minta Beras Sekarang

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 244 hits
M40 jadi B40 terpaksa minta beras sekarang Ada masa saya tiada beras terpaksa meminta kepada yang ada Ibu tunggal M40 Ibarat jatuh ditimpa tangga Itu perumpamaan buat ibu tunggal berusia 45 tahun Siti Suzanne Anton yang pernah bertugas seba...
Kisah Menarik Ustaz Ashraf Suarin Beras Ashraffi Dan Pondok Motivasi Hamlatul Quran

Kisah Menarik Ustaz Ashraf Suarin Beras Ashraffi Dan Pondok Motivasi Hamlatul Quran

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 773 hits
Kisah Menarik Ustaz Ashraf Suarin Beras Ashraffi Dan Pondok Motivasi Hamlatul Quran Assalammualaikum semua Semoga pembaca semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera Pada musim PKP 3 0 kita pastinya sudah lebih bersedia Sebab PKP 1 0 bany...
Ada Masa Saya Tiada Beras Ibu Tunggal M40

Ada Masa Saya Tiada Beras Ibu Tunggal M40

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 229 hits
KUALA LUMPUR Ibarat jatuh ditimpa tangga Itu perumpamaan buat ibu tunggal berusia 45 tahun Siti Suzanne Anton yang pernah bertugas sebagai penganalisis di sebuah syarikat cari gali Lapan bulan lalu dia kehilangan pekerjaan Lantaran itu kehi...
Ibu Tunggal Kepada 5 Anak Hilang Pekerjaan Ketika Pandemik Terpaksa Minta Beras

Ibu Tunggal Kepada 5 Anak Hilang Pekerjaan Ketika Pandemik Terpaksa Minta Beras

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 306 hits
Akibat kesan pandemik yang berpanjangan ini tidak disangkal banyak golongan yang terkesan malah tidak terhad hanya pada golongan bawahan golongan M40 juga terkena tempiasnya lagi lagi ibu tunggal yang perlukan bantuan Itulah yang terjadi ke...
Budak Rajin Terima Beras Sebagai Upah

Budak Rajin Terima Beras Sebagai Upah

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 217 hits
Budak rajin terima beras sebagai upah Bukit Mertajam Ketika kanak kanak seusianya lebih gemar bermain permainan video melayari Internet dan leka dengan gajet elektronik masing masing murid tahun lima ini pula mencari keseronokan dengan memb...
Buntu Dan Tertekan 3 Hari Kehabisan Beras Ibu Tunggal Pacak Bendera Putih

Buntu Dan Tertekan 3 Hari Kehabisan Beras Ibu Tunggal Pacak Bendera Putih

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 201 hits
Buntu serta tertekan memaksa seorang ibu tunggal memacakkan bendera putih di hadapan rumah sebagai tanda meminta pertolongan daripada orang sekelilingnya Rohayah Che Samah 50 berkata dia bertindak sedemikian kerana keadaannya yang semakin k...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran