Savekelantan Wadah Bela Rakyat Dan Negeri Kelantan


CATATAN

Sebahagian orang ramai yang hadir
pada dialog di Kuala Krai.MULA saya berhajat benar untuk balik ke Kelantan pada minggu pertama raya bagi menghadiri dua majlis anjuran SaveKelantan. Satu majlis dialog terbuka mengenai masa depan Kelantan yang dilangsungkan di pusat SaveKelantan di Kadok, Kota Bharu, dan kedua dialog menyelamatkan tandak air di Kuala Krai Kelantan. 
Kedua-dua majlis itu berlangsung 7 Mei satu diadakan pada disebelah pagi dan satu lagi di sebelah malam.  

Kedua-dua majlis itu merupakan majlis sulung anjuran atau kelolaan SaveKelantan, Ngo yang ditubuhkan untuk membela nasib rakyat Kelantan yang dianiaya dan terbiar serta menyelamatkan negeri Kelantan yang dikhianati secara rakus dan kejam oleh kerajaan yang berselindung di sebalik pembangunan kononnya untuk rakyat.

Kebangkitan rakyat bermula di hulu 
akan mudik ke hilir.Tetapi disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat bersama untuk melihat dan memerhati dari dekat majlis itu serta berjumpa dengan kekawan pejuang yang berada dalam Ngo berkenaan. 

Bagaiman pun kedua-dua majlis itu dapat diikuti secara live facebooks. Walaupun siarannya tidak memuaskan, terputus-putus dan tersangkut, suara dan gambar kabur, maklumlah kerana SaveKelantan sebagai Ngo baru masih kekuarangan serba serbi, peralatan IT dan sebagainya, ditambah pula dengan akses internet lembab di Kelantan, menyebabkan ia tidak lancar dan jelas. 
Bagaimanpun dapat juga saya ikut kedua majlis iru dari jauh. Syukur. Memandangkan SaveKelantan dalam serba kekurangan molek juga kalau ada mana-mana anak Kelantan yang kaya bersifat dermawan prihatin kepada usaha membela rakyat dan negeri membantu SaveKelantan menyediakan peralatan komunikasi IT lebih canggih dan mutakhir.
Mengenai majlis itu apa yang boleh saya simpulkan, kedua-dua berjaya dan telah memberi impak dan bakal membuka dimensi baru dalam usaha membela rakyat dan negeri Kelantan. Kehadiran pada majlis dialog di Kadok yang dianggarkan sekitar 1,000 dan kehadiraan pada majlis dialog di Kuala Krai juga dengan jumlah hampir sama, sudah mencukupi dan membuktikan majlis itu berjaya. Sebagai permulaan ia sudah berjaya dan cukup untuk orang mula mengenali fungsi, tanggungjawab dan makenisme SaveKelantan dalam usasahanya untuk membela rakyat Kelantan.  
Walaupun jumlah itu kecil, tetapi mesej yang hendak disampaikan menerusi kedua majlis itu jelas dan sampai kepada sasarannya. Dengan kemudahan IT hari ini, maklumat menerusi pelbagai landasan, mesej yang dibentangkan pada kedua majlis itu, akan tersebar dan mengalir ke mana-mana pada sepanjang masa. Inilah dikatakan bentuk medan dan medium politik baru yang tidak kedapatan sebelum ini.
Dengan berlangsungnya dua majlis itu yang sedang diperkatakan umum, nama dan peranan SaveKelantan sebuah Ngo yang akan bergerak demi Kelantan merentasi ideologi dan warna politik sudah mula dikenali. SaveKelantan sudah masuk dalam minda umum dan berada dalam radar politik di Kelantan. Dengan turut serta ke majlis itu mereka daripada berbagai rahang parti politik, mengesahkan SaveKelantan untuk bergerak tanpa mengira anutan parti berjaya.
KETULUSAN.  

Majlis dialog di Kadok, Kota Bharu.Apa yang berlaku dan dilakukan Ngo itu, tampak ianya tulus untuk membantu rakyat Kelantan dan menyelamatkan negerinya.Seperti mana kata Pengerusinya Husam Musa, beliau mengambil inesiatif menggerakkan SaveKelantan setelah tidak ada mana-mana pihak yang ingin mempedulikan untuk membela nasib rakyat Kelamntan yang tidak mendapat pembelaan dan terbelenggu dengan pelbagai masalah kehidupan disebabkan kelemahan dan kegagalan kerajaan Pas Kelantan. 

Masalah yang kritikal di Kelantan sekarang ini ialah, isu mendapatkan air bersih, penggondolan beribu hektar hutan simpan serta pencemaran disebabkan sampah sarap dan sebagainya tidak diurus dengan baik. 
Kerajaan negeri Kelantan ternyata gagal mengatasi masalah air terutamanya walaupun sudah hampir RM1 billion diperuntukan termasuk pijaman mudah oleh kerajaan Persekutuan. Sikap kerajaan negeri tidak serius suntuk menangani dan memberi penjelasan secara simplistik setiap isu dibangkitkan sangat mengecewakan. 
Setiap kali isu itu dibangkit, pihak kerajaan negeri terus bersilat dengan masalah ini tidak mahu mengakui kelemahan dengan meletakkan kesalahan kepada kerajaan Pusat yang tidak memberi peruntukan secukupnya. Misalnya respon terbaharu daripada TMB Mohd Amar Nik Abdullah yang memberi tahu kerajaan memerlukan RM7 billion lagi untuk mengatasi masalah air, bermaksud apabila ada peruntukan barulah masalah air itu dapat diselesaikan. Dan untuk menjustifikasikan masalah itu di Kelantan katanya, tidak ada negeri di Malaysia ini yang mampu mengatasi masalah air secara bersendirian tanpa bantuan kerajaan pusat.
Cara TMB itu berfikir bahawa, sesuatu masalah itu dapat diselesaikan apabila mempunyai peruntukan (wang). Baginya segala-galanya dengan wang ringgit. Padangan itu menunjukkan kerajaan tidak ada idea dan political will untuk membangun Kelantan. Belum pasti kalau pun wang ada segala masalah itu dapat diselesaikan. 
Pendapat Mohd Amar itu kontra dengan pandangan pengerusi SaveKelantan Husam yang menyindir kelemahan kerajaan Kelantan itu tidak dapat diatasi dengan wang. Menurut Husam walau pun diberi RM100 billion lagi, masalah air tetap berlaku di Kelantan kerana menurut bekas Exco itu masalah air di Kelantan berterusan kerana kelemahan kerajaan dalam mengurus dan mentadbir negeri itu.
Tanpa memperincikan, Husam mendedahkan mereka dilantik di bahagian tertentu di syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), tidak mempunyai kelayakan dan kepakaran sepatutnya. Apabila ini terjadi itulah menyebabkan AKSB tidak dapat berfungis dengan baik. Keadaan ini menjadikan AKSB tidak dalam menghadapi masalah air itu tak ubah seperti tikus membaiki labu.
Berbalik, kepada dua majlis tadi ia telah menyampaikan masej dan maksud SaveKelantan ditubuhkan. Orang ramai sudah faham fungsi yang akan dimainkan Ngo SaveKelantan. Ia bukan persaiangan kepada mana-mana politik, tetapi adalah menjadi badan yaang akan membongkar apa-apa penyelewengan dan kelemahan yang berlaku dalam pentadbiran negeri yang tidak dibangkitkan oleh parti politik.
Jadi sebagai menjadi galang ganti membangkit segala masalah itu SaveKelantan adalah wadahnya. Bagaimana pun naiwatu SaveKelantan itu tidak mudah tercapai. Dengan berpandukan kepada dua majlis itu, nampaknya parti politik pembangkang di Kelantan masih belum sedia untuk berkoloaborasi dengan SaveKelantan. Parti pembangkang seperti belum terpanggil dengan kerja kebajikan SaveKelantan. 
Parti pembangkang di Kelantan, masih dingin dan menjadi pemerhati sahaja dengan kewujudan SaveKelantan itu. Sikap dingin dan lambat panas itu sedikit menghairan dan mengecewakan. Paling menghairan ialah sikap Parti Amanah Negara, (Amanah) yang turut sama mendiamkan diri dan seolah-olah tidak terangsang langsung dengan apa dimainkan oleh SaveKelantan itu. Walhal isu-isu dibongkar oleh SaveKelantan ada isu tanggung untuk dimainkan dan dijaja oleh Amanah sebagai modal politik.
Apakah parti itu memandang dingin dan melihat gerakan itu terpisah kerana ia diusahakan oleh Husam Musa, bekas Pengerusi Amanah Kelantan? Kalaulah itu puca dan sebabnya, naif dan dangkal sangat cara sesetengah pemimpin parti serpihan Pas itu berpolitik. Sepatutnya mereka mengenepikan sentimen kebencian, cemburu dan tidak senang dengan Husam, demi untuk membela nasib rakyat Kelantan. 
Apa terbaik Amanah perlu bersama SaveKelantan, menjadi pendokong utama dengan ketepikan perasaan tidak senang ataupun kecewa dengan sikap tertentu Husam sebelum ini. Sikap profesional dan waras dalam politik perlu diamalkan. Bukan sahaja parti Amanah, tetapi parti-parti pembangkang lain, termasuk Umno juga perlu berbuat demikian.
Pas Kelantan hanya boleh digoyah dengan ada penyatuan dari kalangan pembangkang. Tidak ada mana-mana puak baik Umno disatu kumpulan dan pembangkang (PH) di satu kumpulan dapat pelupuh Pas Kelantan. Pilihan raya ke-14 lalu membuktikan akan ketidak mampuan itu. Perlu diingat kalau dalam Piraum ke-14 nanti, Pas masih menang bergaya apabila berlaku pertandingan tiga penjuru, hal sama juga akan berlaku dalam piraum ke-15 nanti.
Ingat kalau Pas menang dan berjaya membentuk kerajaan negeri sekali lagi, bermakna lauangan untuk membela rakyat Kelantan, menyelamatkan negeri Kelantan hanya sesia-sia sahaja. Dalam hal ini tidak rugi kalau parti pembangkang bergabung dengan SaveKelantan. Untuk menjayakan ini, tidak salah juga kalau SaveKelantan merendah diri untuk mengundang semua parti pembangkang untuk berkolaborasi dengannya. Usaha ini sepatutnya diusahakan oleh Husam sendiri selaku pengerusi. 
Cadangan SaveKelantan untuk menggubal satu piagam menyelamatkan rakyat dan bumi Kelantan  untuk ditanda-tangan oleh semua pihak, baik daripada politik, Ngo, orang perseorang yang mempunyai kesedaran sama bagi demi Kelantan elok disegerakan. Kita berharap piagam itu nanti akan ditanda tangan oleh semua pihak secara sukarela dan penuh komited tanpa mencuirgai matlamat antara satu sama lain. 
Insya-Allah kalau semua pihak bersatu, hasrat untuk membela nasib rakyat dan negeri Kelantan akan tercapai, dan SaveKelantan akan jadi wadah untuk menyelamat negeri dan membela nasib rakyat Kelantan. Usahlah malu dan rasa geli untuk menjadikan SaveKelantan sebagai sebagai wadah yang penting ia untuk kebaikan bersama.
Untuk menjaya ini semua pihak kena buang sikap ego, perangai tolol, gong dan politik cara kampung yang selama ini menjadi penyebab gagalnya untuk bersatu dalam sebuah kesatuan. Selagi sikap dan fiil itu ada, nasib rakyat Kelantan yang dibelenggu masalah dan negeri yang makin rosak peranda tidak dapat diselamatkan. Kalau itu berlaku hendak tidak hendak, suka atau tidak suka, rakyat dan negeri Kelantan tetap juga dibawah taklukan Pas. Pas akan terus memerintah dan meratah apa yang ada di Kelantan.  [wm.kl.6:31 pm 09/05/2022]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/05/savekelantan-wadah-bela-rakyat-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelombang Rakyat Nak Tolak Pas Memang Ada Umno Amanah Kelantan

Gelombang Rakyat Nak Tolak Pas Memang Ada Umno Amanah Kelantan

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 205 hits
malaysiakini comKeutuhan PAS menguasai Kelantan sejak lebih 30 tahun lalu dilihat bakal tergugat apabila datangnya pilihan raya umum ke 15 yang dijangka tidak lama lagi Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata andaian itu...
Keinginan Rakyat Kelantan Untuk Tukar Kerajaan Disia Siakan

Keinginan Rakyat Kelantan Untuk Tukar Kerajaan Disia Siakan

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 257 hits
PENDAPATMP dan Senator dari Kelantan yang dilantik jadi menteri DESAKAN dan keinginan agar kerajaan Pas Kelantan ditukar dengan kerajaan baru mendekam dalam setiap hati rakyat Kelantan khususnya bagi mereka yang tidak menjadi penyokong tega...
Ku Li Ketuai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan

Ku Li Ketuai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 174 hits
N Faizal GhazaliAnggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai gabungan kerjasama yang dinamakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan dalam usaha menumbangkan kerajaan PAS pada pilihan raya umum ke 15 PRU15 Perkara it...
Gelombang Tolak Pas Di Kelantan Sudah Ada Rakyat Tak Puas Hati

Gelombang Tolak Pas Di Kelantan Sudah Ada Rakyat Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 178 hits
Keutuhan PAS yang menguasai Kelantan sejak lebih 30 tahun lalu dilihat bakal tergugat apabila berdepan PRU15 akan datang Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata rakyat sudah mula muak dengan pelbagai masalah dihadapi ker...
Pak Lah Hentikan Kezaliman Dan Era Ds Najib Mengembalikan Lestari Negeri Kelantan Salah Umno Lagi

Pak Lah Hentikan Kezaliman Dan Era Ds Najib Mengembalikan Lestari Negeri Kelantan Salah Umno Lagi

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 208 hits
SAMPAI HARI NI UMNO TERPAKSA TANGGUNG SIAL MAHATHIR GUNAKAN KEDUDUKAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO BUAT KEPUTUSAN SECARA DIKTATOR UNTUK KENAKAN DAN ZALIMI SETERU POLITIK Isu air dan jalan Kelantan ni kita kena adil Kena akui memang ada diskriminas...
Tengku Permaisuri Norasyikin Gesa Pihak Berwajib Negeri Selangor Terus Bela Nasib Kucing Dan Anjing Jalanan

Tengku Permaisuri Norasyikin Gesa Pihak Berwajib Negeri Selangor Terus Bela Nasib Kucing Dan Anjing Jalanan

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 326 hits
DYMM Tengku Permaisuri Selangor iaitu Tengku Norashikin Bin Abdul Rahman merupakan idola kepada ramai aktivis yang menjaga haiwan haiwan terbiar seperti kucing dan anjing Tengku Norashikin sememangnya terkenal dengan kemurahan hatinya terha...
Israel Geram Setelah Menteri Luar Negeri Rusia Sebut Hitler Punya Darah Yahudi

Israel Geram Setelah Menteri Luar Negeri Rusia Sebut Hitler Punya Darah Yahudi

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 210 hits
Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Lavrov menyebut pemimpin Nazi Adolf Hitler memimiki darah Yahudi Pernyataan ini membuat Israel geram
Raya Isnin Perdana Menteri Umum Hari Rabu Masih Cuti Umum Kepada Beberapa Negeri

Raya Isnin Perdana Menteri Umum Hari Rabu Masih Cuti Umum Kepada Beberapa Negeri

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 223 hits
PUTRAJAYA Hari Rabu ini masih menjadi cuti umum bagi kebanyakan negeri di negara ini Ini selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti umum Hari Pekerja yang jatuh pada Ahad lalu akan diganti pada Rabu Pada awalnya cuti Hari ...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law