Satu Persatu Tol Kerajaan Ph Akan Ambil Dengan Jayanya Kata Menteri


Pengambilalihan tol akan dibuat kerajaan secara berperingkat dan mengambil waktu, maklum Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.


Beliau mengulas pertikaian Timbalan Presiden yang menjalankan tugas presiden Umno Mohamad Hasan tentang kenapa kerajaan tidak turut mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya milik Plus Malaysia Berhad (Plus).

“Ye lah, satu persatulah. Kamu (wartawan) kata tadi beban kewangan besar.

“Kamu pun, jangan percaya Umno sangat. Bila kita ambil alih empat (syarikat konsesi) dia kata kita tak ada kemampuan. Kemudian nak suruh ambil satu lagi? Jadi? Mana satu ni?” katanya kepada pemberita semalam.

Gambar - MalaysiaGazette
Beliau berkata demikian selepas Ceramah Isu-isu Semasa di tapak padang permainan Pangsapuri Fasa 6 di pusat daerah mengundi (PDM) Bandar Tasek Kesuma malam tadi.

Kata Azmin, soal pengambilalihan tersebut bukannya baru seminggu dibincang, sebaliknya telah dibincangkan sejurus PH mengambil alih kerajaan daripada BN, termasuk hal-hal lain yang termaktub dalam manifesto pilihan raya PH.

“Kerana ini manifesto, jadi kita bincang dalam kabinet dan ini adalah proses yang mengambil masa.

“Apabila saya hendak mengambil alih syarikat air di Selangor (ketika menjadi menteri besar), itu pun mengambil masa hampir sepuluh tahun.

“Sebab kena fikir implikasi kewangan, soal perjanjian yang telah ditandatangani, sebab itulah ia memerlukan satu proses rundingan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohamad yang mempersoalkan motif di sebalik langkah kerajaan mengambil alih syarikat konsesi yang dimiliki oleh Gamuda Bhd (Gamuda).

Menurut Mohamad, adalah lebih wajar jika kerajaan mengambil alih Plus yang sahamnya dimiliki oleh Khazanah Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, berbanding Gamuda yang dimiliki pihak swasta.

Malah, Mohamad turut mempersoalkan mengapa kerajaan tidak menyatakan jumlah yang digunakan bagi mengambil alih kepentingan tersebut.

Caj kesesakan lalu lintas

Mengulas hal itu, Azmin menjelaskan perkara itu tidak dapat dilakukan kerana perkara tersebut masih dalam perbincangan.

“Ini (masih) dalam rundingan. Bagaimana mungkin kamu dedahkan maklumat perbincangan sedangkan perbincangan itu belum habis?” Soalnya.

Semalam, kerajaan mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mempunyai pegangan syarikat terbabit.

Pengambilalihan tersebut adalah bagi menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada dan kerajaan akan memperkenalkan caj kesesakan (congestion charge).

Melalui perkiraan caj tersebut, pengguna lebuh raya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sekarang pada pada waktu puncak selama enam jam sehari.

Bayaran tol untuk waktu di antara 11 malam dan 5 pagi pula dihapuskan.

Lebuh raya yang terlibat dalam rancangan pengambilalihan itu ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.headbomb.net/2019/02/satu-persatu-tol-kerajaan-ph-akan-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tol Akan Diambil Alih Satu Persatu Kata Azmin

Tol Akan Diambil Alih Satu Persatu Kata Azmin

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 395 hits
Menteri hal ehwal ekonomi mengulas pertanyaan pemimpin pembangkang Mohamad Hasan yang mempersoalkan kenapa lebuh raya Plus tidak diambil alih
Tiada Perbincangan Mengenai Tol Dengan Kerajaan Ph Kata Wakil Pihak Konsesi

Tiada Perbincangan Mengenai Tol Dengan Kerajaan Ph Kata Wakil Pihak Konsesi

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR Tiada perbincangan berhubung pengumuman berita gembira melibatkan tol khususnya di kawasan Semenyih Hulu Langat dekat sini yang akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat Pemangku Yang Dipertua Persatuan Syarikat Konsesi Lebuh...
Kerajaan Ph Sedang Turunkan Harga Barang Rakyat Usah Risau Kata Perdana Menteri Viralhancing

Kerajaan Ph Sedang Turunkan Harga Barang Rakyat Usah Risau Kata Perdana Menteri Viralhancing

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 414 hits
SEMENYIH Kerajaan sedar akan keperitan hidup rakyat disebabkan beban kos sara hidup dan harga barang yang tinggi kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Menurut Dr Mahathir ketika ini kerajaan sedang berusaha meringankan beban rakyat d...
Kerajaan Ambil Alih Tol Lain Ikut Kemampuan Kata Pm

Kerajaan Ambil Alih Tol Lain Ikut Kemampuan Kata Pm

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 328 hits
Kerajaan ambil alih tol lain ikut kemampuan kata PM Dikemas kini 41 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 24 Feb 2019 8 21
Siapa Kata Kerajaan Ph Lambat Tangani Isu Hina Nabi Menteri Agama

Siapa Kata Kerajaan Ph Lambat Tangani Isu Hina Nabi Menteri Agama

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 830 hits
Walaupun menerima banyak kecaman dan dakwaan bahawa kerajaan Pakatan Harapan mengambil ringan dan bersikap lunak terhadap isu penghinaan terhadap Nabi dan Islam didalam negara Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof tetap tegas ...
Bahas Keluhan Mahalnya Tol Trans Jawa Menteri Basuki Panggil Jasa Marga Dkk

Bahas Keluhan Mahalnya Tol Trans Jawa Menteri Basuki Panggil Jasa Marga Dkk

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 357 hits
Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Basuki Hadimuljono mengaku akan mengumpulkan beberapa Badan Usaha Jalan Tol seperti PT Jasa Marga Tbk PT Waskita Karya Tbk dan beberapa BUJT lainnya membahas perihal keluhan mahalnya tarif Tol Tra...
Pas Dan Umno Yang Memperjuangkan Islam Dan Melayu Itulah Penunggang Agama Kata Menteri

Pas Dan Umno Yang Memperjuangkan Islam Dan Melayu Itulah Penunggang Agama Kata Menteri

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 519 hits
BANGI Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyifatkan cadangan Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan atas isu penghinaan Nabi Muhammad sebagai sesuatu yang bersifat politik dan menungg...
Gaji Minimum Mengikut Sektor Dibenar Bawah Undang Undang Kata Menteri

Gaji Minimum Mengikut Sektor Dibenar Bawah Undang Undang Kata Menteri

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 346 hits
Gaji minimum mengikut sektor dibenar bawah undang undang kata menteri nbsp
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt