Satu Persatu Terbongkar


Selepas berehat selama seminggu sempena kedatangan 1 Syawal, Najib Razak kembali dibicarakan atas tuduhan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) hari ini

Memasuki hari ke-21, perbicaraan hari ini akan tertumpu kepada keterangan bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Azian Mohd Noh

Malaysiakini kembali membawakan laporan secara langsung perbicaraan tersebut di sini

LANGSUNG
12.20 tengah hari: Mesyuarat pertama diadakan Lembaga Pengarah SRC memasukkan perbincangan mengenai permohonan pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), kata saksi ke-39 pendakwaan

Menurut Ismee Ismail, agenda pertemuan pada Ogos 2011 itu adalah berdasarkan kepada arahan daripada 1MDB

Ismee memberitahu mahkamah semasa disoal timbalan pendakwa raya Ishak Mohd Yusuf, 1MDB ketika itu adalah pemegang saham SRC

Ishak: Pada Ogos 2011, adakah Tan Sri hadir mesyuarat pertama Lembaga Pengarah SRC

Ismee: Ya, hadir

Ishak: Soalan saya, boleh jelaskan kenapa mesyuarat pertama telah bincangkan mengenai pembiayaan (pinjaman daripada KWAP)

Ismee: Cadangan tersebut dibentangkan pengurusan untuk kami menerima pembiayaan dari KWAP dengan jaminan kerajaan ketika itu, di mana ia adalah arahan dari shareholder (pemegang saham)

Ishak: Boleh beritahu siapa pemegang saham ketika itu

Ismee: Ketika itu 1MDB

Ismee memberitahu disebabkan keadaan itu SRC perlu mengikut arahan diberikan 1MDB. Beliau ketika itu berkhidmat sebaga pengerusi lembaga pengarah SRC merangkap ketua pegawai eksekutifnya

Kata Ismee lagi, Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) adalah pemegang saham 1MDB. Najib - ketika itu menjadi perdana menteri - juga bertindak sebagai menteri kewangan yang biasanya menandatangani arahan dikeluarkan MOF Inc

Katanya SRC kemudian diletakkan secara langsung di bawah MOF Inc pada Feb 2012

11.55 pagi: Giliran Ismee Ismail mengambil tempat untuk memberi keterangan sebagai saksi

Dalam keterangannya Ismee berkata dia melepaskan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif SRC pada 15 Ogos 2014 ekoran masalah urus tadbir di syarikat berkenaan

Menjawab soalan timbalan pendakwa raya, Ishak Mohd Yusoff, Ismee berkata dia tidak bersetuju dengan cara Nik Faisal Ariff Kami menguruskan akaun SRC

Nik Faisal ialah pengarah SRC yang ketika itu menjadi anak syarikat 1MDB

"Saya bersara kerana saya tidak bersetuju dengan cara bagaimana syarikat itu diuruskan, terutama oleh Nik Faisal berhubung akaun syarikat," katanya

Menurut bekas pengarah urusan Lembaga Tabung Haji itu lagi, dia membangkitkan isu urus tadbir SRC berkenaan tetapi Nik Faisal bertegas bahawa hal itu sudah dibincangkan dan dipersetujui kerajaan

"Saya difahamkan ini bermakna (Nik Faisal membincangkannya dengan) Najib," kata saksi ke-39 pendakwaan itu

10.55 pagi: Bekas CEO Kumpulan Wang Persaraan, Azian Mohd Noh, memberitahu mahkamah Najib Razak ialah "bos sebenar" (ultimate boss) justeru bekas perdana menteri itu mempunyai pengaruh atas keputusan badan tersebut membenarkan pinjaman dibuat kepada SRC

Semasa disoal peguam pendakwaan, Ishak Mohd Yusoff, Azian berkata walaupun tidak terikat dengan kewajiban perundangan, Najib tetap mempunyai pengaruh sebagai menteri kewangan kerana SRC dimiliki Kementerian Kewangan Diperbadankan

10.45 pagi: Azian Mohd Noh - dalam kenyataan saksinya - berkata pinjaman sebanyak RM4 bilion yang diberikan kepada SRC itu adalah antara yang terbesar diluluskan oleh KWAP

Dicadangkan peguam bela, Harvinderjit Singh, bahawa perenggan yang dirujuk itu adalah sama dengan keterangan diberi dua saksi terdahulu bahawa ia disediakan pihak berkuasa, Azian kemudian menafikannya

Kenyataan pada perenggan ke-56 itu, Azian berkata: "Berdasarkan pengalaman saya bekerja dengan KWAP, kedua-dua pinjaman berjumlah RM4 bilion kepada SRC itu adalah antara pinjaman terbesar dipersetujui oleh KWAP."
Sebelum ini, saksi ke-35 pendakwaan, Azlida Mazni Arshad, memberitahu mahkamah pinjaman berkenaan adalah antara yang terbesar diberikan KWAP

Azlina ialah salah seorang anggota biro undang-undang KWAP

10.20 pagi: Azian Mohd Noh memberitahu mahkamah dia tidak dapat mengingati dengan jelas apa yang berlaku dalam pertemuannya dengan Najib Razak - serta beberapa yang lain - pada 22 Mac 2012

Bekas ketua pegawai eksekutif KWAP itu berkata demikian semasa disoal balas peguam Harvinderjit Singh yang memintanya menjelaskan pertemuan berlangsung dengan pengarah SRC ketika itu, Nik Faisal Ariff Kamil


Terdahulu Harvinderjit merujuk kepada komunikasi melalui e-mel di antara SRC dan KWAP mengenai pinjaman sebanyak RM2 bilion yang akan disalurkan sekali gus kepada syarikat berkenaan

Harvinderjit: E-mel ini mengenai pertemuan pada 22 Mac 2012 di antara Datuk (Azian), Tan Sri pengerusi KWAP, ketua Perbendaharaan dan timbalan ketua setiausaha Perbendaharaan dengan bekas menteri kewangan merangkap perdana menteri Najib Razak

Azian: Ya

Harvinderjit: Adakah kamu ingat pertemuan tersebut

Azian: Saya ingat ada menghadiri pertemuan berkenaan tetapi saya tak ingat secara terperinci perbincangan yang berlangsung dalam pertemuan tersebut

Harvinderjit: Adakah kamu membuat sebarang catatan dalam pertemuan berkenaan

Azian: Tidak. 
9.40 pagi: Bekas CEO Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Azian Mohd Nor memberitahu mahkamah, nasihan diberikan Kementerian Kewangan kepada SRC untuk mendapatkan tambahan dana daripada badan itu pada awal 2012 tidak termasuk arahan agar ia diberikan mengikut jumlah yang diminta

Azian berkata demikian semasa disoal balas salah seorang peguam Najib, Harvinderjit Singh

Harvinderjit: Adakah kamu bersetuju SRC pada asasnya berkata (melalui surat kepada KWAP pada awal 2012) bahawa pemegang sahamnya, Kementerian Kewangan, bersetuju untuk SRC memohon pinjaman daripada KWAP

Azian: Betul

Harvinderjit: Ia bukan arahan daripada kementerian untuk KWAP memberikan pinjaman (kepada SRC)

Azian: Betul

SRC mendapat pinjaman sebanyak RM2 bilion daripada KWAP pada akhir 2011, dan tambahan RM2 bilion lagi pada awal 2012


9.13 pagi: Najib Razak memasuki kandang orang kena tuduh selepas hakim bersedia memulakan perbicaraan. 
8.58 pagi: Najib Razak hadir dengan bersut warna krim dan memasuki mahkamah sebelum duduk di barisan depan menanti perbicaraan bermula

Turut memasuki mahkamah, ketua pasukan pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah

8.52 pagi: Peguam Negara Tommy Thomas muncul bersama pasukan pendakwaan. 
Pasukan pembelaan Najib menyambung semula pemeriksaan balas ke atas Azian di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mulai jam 9 pagi ini

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta
Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
1 tuduhan salah guna kuasa3 tuduhan pecah amanah3 tuduhan pengubahan wang haram
Pada 29 Mei lalu saksi ke-38 pendakwaan itu menjelaskan bagaikana dia berjumpa Najib untuk memaklumkan kepada bekas perdana menteri itu mengenai perbincangan panel pelaburan KWAP yang hanya meluluskan pinjaman sebanyak RM1 bilion kepada SRC

Asalnya - pada 2011 - SRC memohon pinjaman daripada KWAP sebanyak RM3.95 bilion

Panel pelaburan badan itu kemudian akhirnya meluluskan pinjaman sebanyak RM2 bilion selepas mendapat jaminan daripada kerajaan - yang ketika itu dipimpin Najib sendiri

Bagaimanapun keterangan lisan diberikan itu didapati mempunyai jurang apabila ia kekurangan butiran terperinci mengenai sesi pertemuan saksi terbabit dengan Najib serta pengerusi KWAP ketika itu, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah

Ia mendorong hakim bertanya kepada Azian mengenai hal berkenaan, terutama berkaitan kekurangan kesinambungan berhubung apa yang terjadi dalam keterangan bertulisnya

Pada perenggan ke-23 keterangan bertulis, Azian berkata dia dan Wan Abdul Aziz bertemu Najib untuk memaklumkan keputusan panel pelaburan KWAP yang hanya meluluskan pinjaman sebanyak RM1 bilion kepada badan itu

Perenggan seterusnya pula menyatakan pegawai KWAP, Amirul Imran Ahmat, menyediakan dokumen untuk panel pelaburan agar mereka mempertimbangkan keputusan meluluskan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada SRC sebagai modal kerja dan pelaburan umum

Azian kemudian memberitahu Mohd Nazlan, dia tidak dapat mengingati turutan kejadian tersebut. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/



Iklan












>

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/06/satu-persatu-terbongkar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Satu Arah Arus Balik Lebaran Berlaku 7 10 Juni Ini Rutenya

Sistem Satu Arah Arus Balik Lebaran Berlaku 7 10 Juni Ini Rutenya

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 239 hits
Sistem satu arah ini diberlakukan mulai dari KM 414 GT Kalikangkung sampai dengan KM 70 Cikampek Utama Selanjutnya diberlakukan contraflow dari km 70 sampai dengan km 65 atau sesuai dinamika lapangan dengan pertimbangan diskresi kepolisian
Ledakan Di Pospol Tugu Kartasura Satu Orang Terluka

Ledakan Di Pospol Tugu Kartasura Satu Orang Terluka

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 223 hits
Ledakan terjadi di pos polisi yang berada di Jl Ahmad Yani Bundaran Kartasura Sukoharjo Jawa Tengah Senin Ledakan terjadi sekitar pukul 22 30 WIB Satu orang dikabarkan terluka
Arus Mudik Masih Tinggi Sistem Satu Arah Di Tol Trans Jawa Diperpanjang

Arus Mudik Masih Tinggi Sistem Satu Arah Di Tol Trans Jawa Diperpanjang

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 260 hits
Kepala Korlantas Polri Irjen Pol Refdi Andri mengatakan pada hari Senin atau H 2 Lebaran masih diberlakukan sistem satu arah atau one way di Tol Trans Jawa mulai dari kilometer 70 Cikampek Utama Jawa Barat hingga kilometer 414 Kali Kangkung...
Huawei Dilaporkan Menilai Semula Sasaran Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Nombor Satu Dunia Menjelang 2020

Huawei Dilaporkan Menilai Semula Sasaran Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Nombor Satu Dunia Menjelang 2020

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 1072 hits
Huawei sebelum ini telah pun memperkatakan secara terbuka yang mana mereka menyasarkan untuk menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia melangkaui Samsung menjelang tahun 2020 kelak Walaubagaimanapun kini lanjutan daripada halangan ...
Presiden Jokowi Meninggalkan Kediaman Sby Usai Satu Jam Melayat Ani Yudhoyono

Presiden Jokowi Meninggalkan Kediaman Sby Usai Satu Jam Melayat Ani Yudhoyono

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 365 hits
Jokowi menumpang mobil Toyota Alphard hitam bernomor polisi B 1790 BN Tak ada sepatah kata dari Jokowi saat meninggalkan rumah duka
20 Design Sampul Raya Bank Di Malaysia 2019 Mana Satu Paling Cun

20 Design Sampul Raya Bank Di Malaysia 2019 Mana Satu Paling Cun

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 1194 hits
Pejam celik pejam celik Hari Raya dah pun semakin dekat Setiap kali tiba raya Dalam buat persiapan tu mesti korang tak ketinggalan jugak nak bagi duit raya untuk ahli keluarga saudara mara dan sesiapalah yang berkunjung ke rumah korang raya...
Beli Baju Raya Sedondon Satu Keluarga Di Gene Martino

Beli Baju Raya Sedondon Satu Keluarga Di Gene Martino

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 1027 hits
Mesti ramai di antara korang sangat menitik beratkan tentang pakaian untuk hari raya kan Nak nak untuk mereka yang bergelar ibu tu Biasanya tanggungjawab mencari dan menyediakan pakaian untuk beraya ni ibu lah yang beria kan Kalau nak harap...
Warga Satu Desa Di Jember Salat Id Hari Ini

Warga Satu Desa Di Jember Salat Id Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 280 hits
Warga muslim di Desa Suger Kidul Kecamatan Jelbuk Jember melaksanakan Salat Id lebih awal dari yang ditetapkan pemerintah Pelaksanaan ibadah ini dilaksanakan lebih dulu pasalnya saat mengawali Puasa Ramadan juga lebih awal Dasar yang diguna...
Ios 13 Meminjam Satu Fungsi Dari Peranti Sony Xperia

Ios 13 Meminjam Satu Fungsi Dari Peranti Sony Xperia

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 269 hits
Kami amat yakin ramai yang teruja dengan pengumuman iOS 13 kerana ia membawakan pelbagai pembaharuan Antaramuka mungkin tidak disentuh tetapi pelancaran aplikasi dua kali ganda lebih pantas serta tema gelap adalah antara yang mendapat reaks...
Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Chatuchak Market Thailand

Why Is There Such Inexhaustible Hatred For Tun Musa Aman


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Beo89 24

Pengumpulan Sumbangan Pakaian Terpakai 2 0

Che Ta Dah Bayar Rm550 000 Pinjaman Mara

Gangguan Bekalan Air Paip Paling Lama Di Malaysia

Conboo Lancar Produk Kecantikan Dan Haruman Premium Inspirasi Keyakinanmu

Kisah Menarik Di Sebalik Nama Anak Anak