Satu Malam Di The Trove Hotel Johor Bharu
Menginap Di The Trove Hotel Johor Bharu | Dah lama tak jejak kaki ke Johor dan jemputan ke Johor di sambut dengan senyum manis dan bila en suami mengizinkan saya ke Johor, bertambah lebar dan manis senyuman tu..hehehe
Satu Malam Di The Trove Hotel Johor BharuSaya serta rakan blogger ke Johor menaiki bas persiaran ni sempena pembukaan pasar raya Toppen di Tebrau jadi peluang yang pastinya tak ingin saya lepaskan. Kami tiba di The Trove Hotel Johor Bharu ni dekat jam 9 malam dan memang kami keletihan
Satu Malam Di The Trove Hotel Johor Bharu
Bilik kategori Standard menjadi penginapan saya dan NI ni memang cukup selesa bertemakan Local Love dengan hiasan lukisan dinding yang memaparkan hasil kesenian tempatan.
Terdapat empat tema lain di The Trove Hotel Johor Bharu ni iaitu Bilik Straits Affair, Bilik Into The Woods, Bilik Fun with Geometry dan Bilik Precious Moment yang boleh korang pilih sekiranya berhasrat untuk menginap di sini. Kalau nak tengok bilik-bilik tu boleh jengah ke laman sesawang The Trove Hotel Johor Bharu ni
Satu Malam Di The Trove Hotel Johor BharuAntara kemudahan di dalam bilik ni yang sangat menarik pastinya Alkaline Water Dispenser, Smart TV, handy phone, mini bar, safe box, alatan untuk menggosok dan semestinya WIFI. Bagi mereka yang menginap tak perlu risau sebab ruang letak kereta tersedia dan kalau datang dengan keluarga, pastinya anak-anak tak lepas peluang untuk jengah ke kolam mandi kan!
Satu Malam Di The Trove Hotel Johor BharuBilik air pun agak luas dan selesa memang jadi satu kepentingan buat penginap kan..so sama la kita walau pun saya hanya meningap satu malam di The Trove Hotel Johor Bharu ni
Satu Malam Di The Trove Hotel Johor Bharu
Terima kasih buat Chef Mohd Firdaus yang sudi meluangkan masa bercerita dalam saya dok mengejar masa...sempat bercerita tentang dia yang kini bertukar angin dari Kuala Lumpur ke Johor. Memang ramah Chef ni yang saya kenali semasa beliau bekerja di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Sarapan di Lada & Cove The Trove Hotel Johor Bharu
Sarapan di Lada & Cove The Trove Hotel Johor Bharu
Sarapan di Lada & Cove The Trove Hotel Johor Bharu
Memang banyak dan menyelerakan setiap juadah sarapan pagi ni namun tak sempat saya cuba kerana kekangan masa dan tak boleh lepak lama untuk menghayati sarapan pagi ...kesian kan hehee
Sarapan di Lada & Cove The Trove Hotel Johor Bharu
Satu Malam Di The Trove Hotel Johor Bharu Pemandangan indah di waktu pagi dari Lada & Cove yang terletak di tingkat 8 The Trove Hotel Johor Bharu ni
Satu Malam Di The Trove Hotel Johor BharuSelesai sarapan kami terus masuk bilik dan daftar keluar untuk ke lokasi perasmian dan dari situ kami bertolak balik ke Kuala Lumpur
Alamat : Jalan Dato Abdullh Tahir, Taman Abad, 80300 Johor | Tel : 07-272 8888
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.iamfuzy.com/2020/01/satu-malam-di-trove-hotel-johor-bharu.html