Satu Malam Di Lotus Desaru


 Ini sambungan kisah Suatu pagi di Pantai Desaru
Lepas mandi mandi kat Pantai Desaru.. Kami bertolak untuk check in di Lotus Desaru Spa & Resort pula. kalau lepas mandi nak terus balik, penat sangat dan kelam kabut nanti. Tu yang tido satu malam kat hotel dekat dekat situ tu. Lagipun kat pantai hujan. 
Kami ambil bilik jenis apartment, 3 bilik tido & 2 bilik air termasuk Breakfast dan masuk splash park untuk 6 orang. Harga 1 malam tu RM650. Okeh la tu... Sampai hotel..bersihkan diri, solat dan rehat kejap.






Lepas tu anak anak ajak mandi splash park tu. Ok la anak-anak, memang nak layan korang pun. Tapi maaflah, mama & ayah takde kamera waterproof, so takde la bukti korang pernah datang sini. Simpan ajelah kenangan tu dalam otak masing masing ye. 
Mandi petang tu kami pergi tanpa Mijan. Mijan dah ketiduran. So Mijan tinggal dengan Mak Le'a kat bilik. Lepas mandi mandi petang tu...Naik bilik mandi rehat je. Nak keluar makan macam leceh sebab hujan. Adik Mijan pun tidur dari petang tak bangun bangun. penat betul si kecik tu main air kat laut.
Jadinya..Mama pun buka la pek Kembara Meal tu... Tapi anak anak Mama Yan jumpa pulak buku order kat atas console table hotel tu.
"Boleh order order la mama...nanti dia hantar kat bilik. tinggal bayar aje. "
Yelaaa.... Order la... Order chicken chop 2, Nasi ayam 2, nasi lemak 1. Makanan sampai terkejut tengok..portion 1 bekas tu kemain banyak. Nasi lemak tu, sarah makan 3 suap je, lepas tu masuk peti ais. Yang lain kongsi Chicken Chop dua bekas tu. Nasi ayam langsung tak berusik, masuk peti ais terus. Yang dewasa ni makan Nasi Kembara tu. Aril pun makan Kembara Meals juga, dia sorang je habis sepeket nasi Pilaf & Beef Rendang tu. Sedap nasinya. MY dengan suami share pek Nasi Hujan panas & Kuzi Kambing. Ya ampun sedapnya lauk kambing dia tu...
Lepas makan, semua tumbang awal. Anak anak dah tidur, MY dengan suami jalan jalan la ambik angin tepi pantai. Tapi tu la..gerimis. Takleh la nak berlama -lama kat luar. Demam kang cari pasal je. Mana pun takleh masuk kalau demam. Kami zaman-zaman honeymoon dulu tak rasa nak bercuti romantika romantika ni... anak dah meruit macam ni baru dapat rasa bercuti...hahaha...
Esoknya...Pagi tu kami turun nak pergi breakfast, tapiii...mak datuk..ramainya umat. Hmm,..memang taklah anak anak MY nak bersabar beratur. Nak nak ada 2 budak buntat tu...mulut memang takde tapis... kalau lapar memang membebel tak berhenti... Naik bilik ajelah...makan nasi ayam malamnya tu, panaskan aje dalam microwave. Tambah lagi dengan megi cawan...dah... siap makan semua turun pool lagi. Kali ni Mijan pun mandi kat pool juga. Tapi...dia memang belum faham bahaya. Suka nak duduk depan papan gelunsur. Lama juga mandi, sampai kecut habis semua jari...rentung masing masing.
Dalam pukul 11 tu kami dah naik bilik bersiap nak balik dah. Esoknya kan sekolah... kena la balik awal sikit. Masa nak balik tu..terjadi lagi satu kejadian nyaris. Haduuu...anak anak suka buat mak kecut perut tau. Semua dah siap siap nak balik, MY suruh abangnya bawa beg masuk kereta dulu. Ingatkan dia bawa beg aje...rupanya adik adiknya sekali ikut. Sekali MY keluar bilik, tengok dah kosong hall apartment tu. Semua dah keluar. Terus la Mama Yan keluar cepat-cepat, pesan kat suami tolong check kalau ada barang tertinggal lagi. Baru pakai selipar kakak ipar dah jerit panggil dari tepi lif. Cepat-cepat MY lari kat lif... kepala anak sulung MY tersepit kat pintu lif! Bagai nak gila MY berlari... Rasa nak putus nyawa.
Lagi beberapa langkah nak sampai, pintu lif terbuka sendiri. fuuhhhhh.... Lembik rasa lutut. Bayangkan kalau Lift car dalam tu bergerak....Mama Yan tak tau macam mana kejadian tu berlaku. Adik adiknya semua kat dalam lif, dia tersepit kat pintu, kakak ipar MY kat luar pintu tengah tarik tarik pintu lif tu.
Ya ampunn...anak anak... trauma Mijan kat laut semalam tak habis lagi... korang sambung pulak dengan kisah tersepit lif. Bergaris jugakla pipi dia kena pintu lif tu. Panjang la MY membebel kat anak anak masa kat kereta. Ayah diaorang diam je. Orang lelaki ada cara sendiri kot nak bagi nasihat. Mak mak biasalah...macam bertih goreng pokpekpokpek. Arahan mama abang dengan mok masukkan dulu beg dalam kereta. lepas tu naik balik. Yang pergi hangkut adik adik sekali tu kenapa? dah la payah nak pegang beg lagi, handle adik adik lagi. 
Kali ni memang serik nak bawa korang holiday lagi. Tunggulah sampai semua dah pandai jaga diri sendiri. Barulah MY fikirkan nak pergi bercuti cuti lagi. 
Sebelum sampai rumah, suami MY bawak singgah kedai makan dulu. Makan siap siap nanti takyah masak2 dah kat rumah. Dah kenyang dah boleh relax, tapi takleh nak makan dah masa tu...terbayang bayang dua kejadian nyaris dua hari berturut turut. Yang sulung dan yang bongsu... 
Perbanyakkanlah istighfar Azian ye... 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2020/09/satu-malam-di-lotus-desaru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengantin Satu Malam Is A Success On Iqiyi

Pengantin Satu Malam Is A Success On Iqiyi

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 508 hits
The highly anticipated novel adaptation Pengantin Satu Malam that aired on TV3 s Akasia slot on 18 August has received multi million views on the market leading online entertainment service iQIYI The 28 episode drama series successful run w...
Tempah Lotus Desaru Beach Resort Spa

Tempah Lotus Desaru Beach Resort Spa

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 336 hits
Semalam Mama Yan tempah voucher untuk pergi bawa anak anak mandi laut dan tidur kat Lotus Desaru Masa tengah bincang bincang dengan suami Mama Yan diorang menelinga rupanya Dari semalam sampai ke saat ini tak habis habis menghitung hari nak...
Salah Satu Punca Terkencing Malam Sebab Faktor Keturunan Tak Perlu Pakai Tangkal Bagai

Salah Satu Punca Terkencing Malam Sebab Faktor Keturunan Tak Perlu Pakai Tangkal Bagai

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 386 hits
Menurut kepercayaan masyarakat orang lama masalah kencing malam mungkin boleh diselesaikan dengan hanya memakai tangkal yang dililit pada pinggang ketika sedang tidur Mengarut Ya ia merupakan satu keadaan yang sering berlaku dalam kalangan ...
Gambar Gambar Program Gerak98 Di Shah Alam Malam Tadi Dapat Sambutan Hebat

Gambar Gambar Program Gerak98 Di Shah Alam Malam Tadi Dapat Sambutan Hebat

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 338 hits
Serangan berterusan terhadap Azmin pengkhianat dan gerombolannya dilakukan oleh Gerak98 malam tadi di Sek 27 Shah Alam Bertempat di Dewan Cendana laungan reformasi bergema oleh para pendokong reformasi yang hadir Saya turut hadir selaku Pen...
Rahim Muda Operasi Perniagaan Di Negeri Pahang Kekal Setakat 12 Tengah Malam

Rahim Muda Operasi Perniagaan Di Negeri Pahang Kekal Setakat 12 Tengah Malam

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 375 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang masih mengekalkan tempoh operasi premis perniagaan di seluruh negeri itu setakat 12 tengah malam dalam usaha mencegah penularan wabak Covid 19 Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datu...
Amaran Ribut Petir Angin Kencang Di Beberapa Kawasan Sehingga 9 Malam Ini

Amaran Ribut Petir Angin Kencang Di Beberapa Kawasan Sehingga 9 Malam Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 427 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir bersama hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di seluruh negara sehingga 9 malam ini MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan negeri negeri y...
Selamat Malam Sayang

Selamat Malam Sayang

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 420 hits
Tak sangk bila hari hari mama dia buat sebelum tidur dia dah tahu time untuk tidur So sekarang dah jadi rutin bagi dia Insyallah akan sampai bila bila Tengah tengok tv di ruang tamuBagitau Jasmin jom masuk tidur Berus gigi tukar pampers dan...
Demi Beli Beras Bocah Ini Memulung Tengah Malam Mengorek Ngorek Tong Sampah Sampai Pagi

Demi Beli Beras Bocah Ini Memulung Tengah Malam Mengorek Ngorek Tong Sampah Sampai Pagi

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 308 hits
Seorang bocah 7 tahun yang masih duduk di bangku kelas 2 SD menyita perhatian netizen usai video yang merekam dirinya viral di media sosial Dalam video yang beredar bocah bernama Fandi itu sendirian memulung tengah malam memanggul karung go...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord