Satu Dalam Sejuta Tak Mahu Suami Terabai Wanita Cari Isteri Kedua Buat Suami


PERKENALANNYA bermula melalui laman sosial namun dengan izin Allah SWT membuatkan hati seorang isteri terbuka untuk melamar kenalan terbabit yang juga ibu tunggal menjadi madunya.
Khuzatul Atiqah Abu Seman, 31, memilih untuk melamar Nur Fathonah Abdul Rahim, 30, sebagai isteri kedua suaminya, Samuel Dzul, 29, sebelum pasangan terbabit selamat diijab kabul, baru-baru ini.
Ia bukan sesuatu yang mudah namun bagi Khuzatul Atiqah yang sarat mengandung anak sulungnya kerana dia mahukan kehidupan suami tidak terabai serta mendapat layanan adil.
Lebih menggembirakan apabila mereka memilih untuk tinggal sebumbung di Shah Alam, Selangor yang bukan sahaja membolehkan mereka beribadah bersama-sama malah berkongsi kasih.
“Selepas disahkan mengandung, saya tidak sihat. Suami terpaksa dukung setiap hari untuk naik ke pejabat di tingkat tiga. Apabila melihat wajah suami, hati saya terdetik untuk membantunya dan saya berusaha mencari seorang lagi isteri untuknya.
“Saya terfikir jika keadaan ini berterusan siapa hendak jaga suami. Lantaran, saya mengambil keputusan untuk mencari jodoh untuknya.
“Ramai wanita yang saya temui, ada antara mereka masih anak dara tetapi apabila memberitahu niat saya, mereka memberi pelbagai alasan. Hinggalah saya bertemu Nur Fathonah dan saya melamarnya untuk suami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Katanya, pertemuan berlaku tahun lalu dan pada ketika itu, Khuzatul Atiqah tidak berbincang mengenai niatnya sehingga pertemuan kedua beberapa bulan kemudian.
“Ketika itu, saya memegang tangannya dan memberitahu niat saya. Saya tahu dia ibu tunggal dua anak dan melihat kepada keperibadiannya selain solat istikharah memohon petunjuk daripada-Nya.
“Dia (Nur Fathonah) tidak terkata apa-apa dan hanya memandang mata saya. Saya jelaskan kepadanya kebaikan serta pendapat mengenai berpoligami. Alhamdulillah, dia terima lamaran hingga disatukan,” katanya.
Sebelum ini, Khuzatul Atiqah memuat naik status kisah dia membantu mencarikan calon untuk suaminya.
Coretan itu mendapat pujian ribuan netizen malah ada yang memuji kemuliaan hatinya demi memastikan kehidupan suaminya terjaga sepanjang masa.
“Sesungguhnya… cantik aturan Tuhan. Saya pernah menolak poligami, tapi Allah takdirkan saya berkahwin dengan keluarga suami yang mengamalkan poligami. Dari pengamatan saya, sangat banyak kelebihan dan manfaat poligami yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Ayah mentua ada 3 orang isteri, di mana arwah ibu adalah isteri pertama.
Dipendekkan cerita, sepanjang 10 tahun berkahwin dan 5 tahun pertama duduk bersama keluarga mentua, secara tak langsung saya menyimpan cita-cita untuk mempunyai keluarga poligami yang harmoni.”

Tidak kurang juga coretan madunya, Nur Fathonah: “Ya Allah terima kasih Ya Allah. Untuk segala nikmat yang diberikan. Tak pernah saya sangka untuk hidup dalam keluarga yang berpoligami. Sesungguhnya tidak pernah terlintas pun dalam diri saya untuk berpoligami. Setelah saya berpisah dengan bekas suami, saya telah bertekad untuk tidak berkahwin lagi apatah lagi akan menerima suami orang. Sejak dari itu, kehidupan saya hanyalah untuk saya dan anak-anak saya sahaja.
“Saya bertungkus lumus siang dan malam demi untuk mencukupkan keperluan kehidupan. Walaupun begitu, di mata masyarakat, saya masih isteri orang dan saya sedaya upaya cuba menutup status sebenar saya sebagai ibu tunggal. Ini kerana, bagi saya, saya tidak mahu orang mengambil kesempatan dan saya dipandang rendah dan hina.”
Khuzatul Atiqah dia tidak menjangka status dimuat naik itu dikongsi warga maya hingga tular di media sosial.
“Kehidupan bermadu saya banyak pelajari daripada keluarga mentua. Bapa mentua saya berkahwin tiga dan saya masih mempunyai tiga ibu mentua,” katanya.
Ditanya apa reaksi suaminya apabila dia mahu mencari isteri kedua, Khuzatul Atiqah berkata, suaminya tidak banyak tanya dan sekadar melemparkan senyuman.
“Semua sudah selesai, saya bukan sahaja menghadiahkan sesuatu untuk suami malah turut membantu Nur Fathonah yang sebelum ini bergelar ibu tunggal,” katanya.
Ketiga-tiga pasangan terbabit menetap bersama di rumah di Shah Alam dengan membuka sebuah studio rakaman di Seksyen 15, Shah Alam.
“Status yang dimuat naik itu kerana mahu menceritakan perkara sebenar. Ini kerana, ada yang salah faham dan melemparkan fitnah kepada madu saya,” katanya.
The post ‘Satu dalam sejuta…’ – Tak mahu suami terabai, wanita cari isteri kedua buat suami appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/satu-dalam-sejuta-tak-mahu-suami-terabai-wanita-cari-isteri-kedua-buat-suami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Pendakwah Selebriti Dedah Temui Video Berahi Suami Dengan Wanita Lain

Isteri Pendakwah Selebriti Dedah Temui Video Berahi Suami Dengan Wanita Lain

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 1268 hits
Sejak kebelakangan ini ada saja kontroversi terpalit beberapa pendakwah selebriti Nampaknya baru baru ini timbul satu lagi kisah membabitkan seorang lagi pendakwah kelahiran The post appeared first on
Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri Satu Dalam Seribu

Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri Satu Dalam Seribu

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 473 hits
Setiap pasangan pasti mahukan cahaya mata sebagai pelengkap hidup mereka Tidak hanya itu anak juga adalah anugerah yang terindah dihantar dari Allah untuk kita Namun tahukan suami disaat saat isteri anda ingin melahirkan zuriat anda ke duni...
Wanita Yang Viral Karena Pukuli Suami Pengidap Stroke Merupakan Istri Kedua Yang Dinikahi Siri

Wanita Yang Viral Karena Pukuli Suami Pengidap Stroke Merupakan Istri Kedua Yang Dinikahi Siri

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 335 hits
MF wanita yang viral karena memukuli suaminya yang mengidap stroke merupakan istri kedua korban Adiknya korban itu bahwa korban ini baru nikah siri dengan si istrinya Dia dulu pernah punya istri istri pertama itu cerai kata Kanit Reskrim Po...
Jadi Isteri Kalau Boleh Cari Pendapatan Sendiri Jangan Bergantung Pada Suami Sangat

Jadi Isteri Kalau Boleh Cari Pendapatan Sendiri Jangan Bergantung Pada Suami Sangat

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 424 hits
Ini betul baik macam mana pun suami kita tolonglah jangan malas jaga penampilan diri dan tak ragu ragu nak cari income sendiri Bukan nak menghasut benda tak elok tetapi ujian kahwin di depan sana macam macam Kalau pun suami kita baik ada ju...
Semoga Wanita Kaabah Bekas Suami Bahagia Dai Farhan Lafaz Cerai Isteri Pertama Guna Whatsapp

Semoga Wanita Kaabah Bekas Suami Bahagia Dai Farhan Lafaz Cerai Isteri Pertama Guna Whatsapp

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1100 hits
Belum reda dengan isu angka 18 dan 19 kini timbul isu penceraian Dai Farhan sah ceraikan isteri pertamanya Dikatakan isteri pertama itu kini sarat mengandung anak kedua kepada pasangan tersebut Bagaimanapun satu kiriman sebentar tadi oleh b...
Suami Ngojek Cari Uang Saat Pulang Temui Istri Selingkuh Di Rumah

Suami Ngojek Cari Uang Saat Pulang Temui Istri Selingkuh Di Rumah

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 277 hits
Kisah pilu harus dialami oleh salah seorang ojek online Dirinya menangkap basah sang istri selingkuh dan tengah berbuat tak senonoh di rumahnya
Bukan Sekadar Kasih Sayang Isteri Juga Mahu Suami Hormati Dirinya

Bukan Sekadar Kasih Sayang Isteri Juga Mahu Suami Hormati Dirinya

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 279 hits
Isteri perlu menghormati suami itu sudah pasti Jarang sekali kita menyebut tentang suami juga diharuskan untuk menghormati isteri Kadang kadang suami tak perasan layanannya terhadap si isteri buat suri hatinya itu berkecil hati Isteri tidak...
Bergaduh Buat Suami Isteri Makin Kenal Tapi Jangan Berpanjangan

Bergaduh Buat Suami Isteri Makin Kenal Tapi Jangan Berpanjangan

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 856 hits
Rumah tangga yang bahagia sesekali pasti akan dilanda badai Ia adalah normal Dengan bergaduh manja ia akan membuatkan hubungan sesebuah pasangan lebih kuat dan saling memahami Perselisihan pendapat pasti berlaku kerana pertembungan pendapat...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization