 Bando Muo memang sangat terkenal dengan sate makanan kegemaran semua peringkat umur.  Bersarapan pagi dengan sate hanya boleh didapati di bando Muo.  Salah satu jenama sate yang sangat terkenal  bukan saja di Muo malah begitu dikenali oleh  warga kota Kuala Lumpur, JB, Melaka dan Pantai Timur ialah Sate Maharani.  Restoran ini menjalankan perniagaannya di No 15, Jalan Sri Temenggong 26, Taman Sri Temenggong, Jalan Temenggong Ahmad, Muo, kira-kira 2km dari bando Muo.  Mereka yang datang dari jauh sanggup turun ke Muo semata-mata untuk bersarapan pagi menikmati kelazatan Sate Maharani ini.
Bando Muo memang sangat terkenal dengan sate makanan kegemaran semua peringkat umur.  Bersarapan pagi dengan sate hanya boleh didapati di bando Muo.  Salah satu jenama sate yang sangat terkenal  bukan saja di Muo malah begitu dikenali oleh  warga kota Kuala Lumpur, JB, Melaka dan Pantai Timur ialah Sate Maharani.  Restoran ini menjalankan perniagaannya di No 15, Jalan Sri Temenggong 26, Taman Sri Temenggong, Jalan Temenggong Ahmad, Muo, kira-kira 2km dari bando Muo.  Mereka yang datang dari jauh sanggup turun ke Muo semata-mata untuk bersarapan pagi menikmati kelazatan Sate Maharani ini. Satu lagi rahsia kesenakan Sate Maharani ialah kaedah tradisional yang diamalkan semasa membakar sate dengan teliti ditambah dengan bahan yang disapukan ke atas sate membangkitkan aroma begitu menusuk kalbu, selain kualiti daging dan ayam terpilih.  Setiap cucuk sate yang dibakar, tukang bakar sate sentiasa memastikan teksturnya mesti lembut, api yang sentiasa kekal sekata, tidak hangus dan semua rasa rempah-ratus kekal utuh pada sate yang dibakar.
Satu lagi rahsia kesenakan Sate Maharani ialah kaedah tradisional yang diamalkan semasa membakar sate dengan teliti ditambah dengan bahan yang disapukan ke atas sate membangkitkan aroma begitu menusuk kalbu, selain kualiti daging dan ayam terpilih.  Setiap cucuk sate yang dibakar, tukang bakar sate sentiasa memastikan teksturnya mesti lembut, api yang sentiasa kekal sekata, tidak hangus dan semua rasa rempah-ratus kekal utuh pada sate yang dibakar. Sekali anda rasa, orangmuo percaya, anda akan datang lagi untuk menikmati kelazatan Sate Maharani ini walaupun anda berada jauh sama ada di KL atau JB. Anda pasti sanggup berkejar ke Muo semata-mata untuk menikmati keluarbiasaan keenakan Sate Maharani Muo, R&H Cafe.  Adunan rempah-ratus yang digunakan untuk membuat sate adalah resepi keluarga pemilik restoran R&H Cafe turun temurun.
Sekali anda rasa, orangmuo percaya, anda akan datang lagi untuk menikmati kelazatan Sate Maharani ini walaupun anda berada jauh sama ada di KL atau JB. Anda pasti sanggup berkejar ke Muo semata-mata untuk menikmati keluarbiasaan keenakan Sate Maharani Muo, R&H Cafe.  Adunan rempah-ratus yang digunakan untuk membuat sate adalah resepi keluarga pemilik restoran R&H Cafe turun temurun. R&H Café menyediakan 3 jenis sate, iaitu sate ayam, sate daging dan sate perut. Harga secucuk hanya 80 sen sahaja. Semua ketiga-tiga jenis sate Maharani ini sedap-sedap belaka.
R&H Café menyediakan 3 jenis sate, iaitu sate ayam, sate daging dan sate perut. Harga secucuk hanya 80 sen sahaja. Semua ketiga-tiga jenis sate Maharani ini sedap-sedap belaka. Selain Sate Maharani, R&H Cafe juga menyediakan pelbagai menu yang menjadi pilihan utama pelanggan antaranya, Lontong, Roti Manja, Mi Rebus, Mi Sop, Mihon Sop dan Tahu Lentok.  Semua menu yang ada di sini  ternyata sangat sedap.  Biasanya selain sate sebagai menu utama, kebanyakan pelanggan akan memesan menu lain seperti lontong, tahu lentok dan sebagainya sebagai hidangan bersama.
Selain Sate Maharani, R&H Cafe juga menyediakan pelbagai menu yang menjadi pilihan utama pelanggan antaranya, Lontong, Roti Manja, Mi Rebus, Mi Sop, Mihon Sop dan Tahu Lentok.  Semua menu yang ada di sini  ternyata sangat sedap.  Biasanya selain sate sebagai menu utama, kebanyakan pelanggan akan memesan menu lain seperti lontong, tahu lentok dan sebagainya sebagai hidangan bersama. 

 Sate Maharani R&H Cafe
Sate Maharani R&H Cafe  Pada masa itu Rest House Muo amat terkenal dan sangat popular bukan saja di kalangan penduduk Muo malah di negeri Johor dan negeri-negeri berhampiran.  Kemudian beliau membuka restoran R&H Cafe Sate Maharani di Jalan Maharani berhadapan Stesen Bas Bentayan, ( ada orang panggil Stesen Bas Muo Pagoh).
Pada masa itu Rest House Muo amat terkenal dan sangat popular bukan saja di kalangan penduduk Muo malah di negeri Johor dan negeri-negeri berhampiran.  Kemudian beliau membuka restoran R&H Cafe Sate Maharani di Jalan Maharani berhadapan Stesen Bas Bentayan, ( ada orang panggil Stesen Bas Muo Pagoh). 



| Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini | 
 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		