Sate Level Kayangan 9 Resipi Rare Yang Buat Tetamu Tak Nak Balik


Sate ni memang pilihan terbaik bila tekak craving sesuatu yang padu. Senang je nak buat, bahan pun simple, tapi rasa dia confirm puas hati. Boleh sediakan awal, bila-bila rasa nak bakar, terus jalan!
 
1. SATE AYAM
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam | dibersihkan 5 sudu makan madu  
BAHAN KISAR: 15 ulas bawang merah 8 ulas bawang putih 2cm halia 10 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri 7 batang serai 2cm kunyit hidup 1 sudu teh garam 1 sudu makan jintan manis 1 sudu makan jintan putih 150gm gula Lidi sate secukupnya  
CARA MEMASAK: 1. Ayam dibersihkan dan diambil isinya. Potong dadu dan masukkan ke dalam bekas besar.
2. Kemudian tuang bahan kisar. Gaul rata.
3. Tuangkan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Perap selama 2 jam.
4. Cucu isi ayam pada lidi dan bakar hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati.
 
Info chef: Jika suka sate yang lebih pedas, tambah bilangan cili kering.
 
 
2. SATE DAGING
BAHAN-BAHAN: 1kg daging batang pinang | dihiris nipis 30 ulas bawang merah | dikisar 15 ulas bawang putih | dikisar 20 tangkai cili kering | dikisar halus 5cm kunyit hidup | dikisar halus 3 batang serai | dikisar halus 3cm lengkuas | dikisar halus 3cm halia | dikisar halus 3 sudu teh jintan manis | dikisar halus 3 sudu teh jintan putih | dikisar halus 3 sudu makan gula Garam secukup rasa Sedikit minyak sapi | dicairkan 1 batang serai | dititik Lidi sate secukupnya  
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan daging dan perapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan garam serta  gula secukupnya. Perap semalaman.
2. Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan menyebabkan sate masak tidak sekata.
3. Bakar sate sehingga masak.  Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .
4. Sedia dinikmati.
 
Info chef: Minyak masak boleh digunakan bagi menggantikan minyak sapi.
 
3.  SATE HATI DAN PEDAL
BAHAN-BAHAN: 250gm hati ayam | dipotong dadu 250gm pedal ayam | dihiris kecil 50gm cili kering | dikisar 10 ulas  bawang putih | dikisar 17 ulas bawang merah | dikisar 3cm lengkuas | dikisar 2 batang serai | dikisar 4cm halia | dikisar 4 sudu makan serbuk kunyit Garam dan gula secukup rasa Lidi sate secukupnya  
CARA MEMASAK: 1. Masukkan hati dan pedal ke dalam bekas. Kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan gula dengan secukupnya.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Gaul rata dan perap selama satu jam.
3. Cucuk hati dan pedal hingga habis dan bakar hingga masak.
4. Sedia untuk dinikmati.
 
 
Info chef: Sebaiknya hati dan pedal dicucuk pada lidi secara berasingan kerana pedal mengambil masa yang lebih lama untuk masak.
 
 
4. SATE IKAN
BAHAN-BAHAN: 1kg isi ikan dori sejuk beku | di nyahbekukan 10 ulas bawang merah | dikisar 1 ulas bawang putih | dikisar 1/2 sudu makan serbuk kunyit 5 sudu makan gula perang 1 sudu teh jintan manis | dikisar 1 sudu teh jintan putih | dikisar 4cm halia | dikisar 4cm lengkuas | dikisar 2 batang serai | dikisar Garam secukupnya Lidi sate secukupnya  
CARA MEMASAK: 1. Ikan dori dihiris nipis dan digaul bersama garam, gula perang serta serbuk kunyit.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Ratakan dan perap selama 30 minit.
3. Cucuk isi ikan pada lidi dan bakar hingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan buat tetamu yang bertandang.
 
Info chef:  Elakkan menghiris isi ikan dengan terlalu nipis kerana sate akan menjadi terlalu kering.
 
 
5.  SATE KAMBING
BAHAN-BAHAN: 1kg daging kambing | dihiris nipis 10 ulas bawang putih | dikisar 20 ulas bawang merah | dikisar 3cm lengkuas | dikisar 2 batang serai | dikisar 4cm halia | dikisar 3 sudu makan serbuk kunyit 1 sudu teh jintan manis Garam dan gula secukup rasa Lidi sate secukupnya  
CARA MEMASAK: 1. Masukkan daging kambing, serbuk kunyit dan jintan mans ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Kemudian tambahkan gula serta garam dengan secukupnya. Biarkan selama 20 minit.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Gaul sekata dan perap lagi selama satu jam.
4. Cucuk daging kambing pada lidi dan bakar hingga masak.
5. Angkat dan nikmati bersama kuah kicap pedas.
 
Info chef: Guna daging yang sedikit berlemak untuk mendapatkan rasa sate yang berjus dan enak selepas dibakar.
 
6. SATE LILIT
BAHAN-BAHAN: 500gm isi ayam kisar 1 biji cili merah | dicincang 1 biji putih telur 2 sudu makan daun bawang cincang 2 sudu makan daun ketumbar cincang 2 helai daun limau purut | dihiris nipis 1 sudu makan sos ikan Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa 1 sudu makan tepung jagung Serai secukupnya | dibersihkan Sedikit minyak masak  
CARA MEMASAK: 1. Masukkan isi ayam ke dalam mangkuk dan tambahkan putih telur, tepung jagung, sos ikan, garam dan juga serbuk lada sulah. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan cili merah, daun bawang, daun ketumbar dan daun limau purut. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan kepalkan pada batang serai dengan kemas.
4. Sapukan sedikit minyak masak pada pemanggang dan bakar sate lilit hingga masak.
5. Sedia untuk dihidangkan.
 
Info chef: Jika mahukan sate yang lebih harum, serai boleh dibelah dua sebelum dikepal dengan adunan ayam cincang.
 
7. SATE PADANG
BAHAN-BAHAN: 1kg daging | dihiris nipis 800 ml air 4 batang serai | dihiris nipis 2 helai daun kunyit | dipotong kecil 5 helai daun limau purut 85gm tepung beras | dilarutkan dengan sedikit air 2 sudu makan tepung kanji | dilarutkan dengan sedikit air Lidi sate secukupnya  
BAHAN KISAR: 12 ulas bawang merah 7 ulas bawang putih 7 biji cili merah 4 biji cili api 1 sudu teh biji ketumbar 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih 5cm kunyit 4cm halia 2cm lengkuas Garam dan serbuk lada sulah secukupnya  
CARA MEMASAK: 1. Panaskan air dan masukkan daging dan rempah yang dikisar. Biarkan mendidih.
2. Kemudian masukkan daun kunyit, serai dan daun limau purut. Masak hingga rempah sebati dan kelihatan masak.
3. Toskan daging, cucuk pada lidi dan bakar sehingga masak.
4.  Panaskan air rebusan daging dan tambahkan bancuhan tepung beras dan kanji. Kacau hingga sebati dan kelihatan sedikit likat. Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
5. Sedia untuk dinikmati.
 
Info chef: Guna daging batang pinang bagi mendapatkan sate yang lembut.
 
8.  SATE TULANG
BAHAN-BAHAN: 1 kg rangka ayam | dipotong kecil 8 ulas bawang merah | dikisar halus 5 ulas bawang putih | dikisar halus 3cm lengkuas | dikisar halus 3 batang serai | dikisar halus 3cm halia | dikisar halus 3cm kunyit | dikisar halus 2 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus 2 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus 2 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus 3 sudu makan gula merah Garam dan gula putih secukup rasa Sedikit minyak masak Lidi sate secukupnya  
CARA MEMASAK: 1. Gaul rangka ayam bersama gula merah, gula putih dan garam secukup rasa. Biarkan seketika,
2. Kemudian masukkan bahan-bahan sangai dan dikisar halus. Gaul rata dan perap selama 2 jam.
3. Cucuk tulang ayam pada lidi dengan kemas dan bakar sehingga masak dan kelihatan garing.
4. Sesekali, sapukan sedikit minyak bagi mengelakkan isi ayam menjadi terlalu kering.
5. Sedia untuk dihidangkan.
 
9. SATE PERUT
BAHAN-BAHAN: 1kg perut lembu | direbus empuk 200 gm bawang merah | dikisar 6cm lengkuas | dikisar 2 batang serai | dikisar 5 cm halia | dikisar 2 sudu teh jintan manis | dikisar 2sudu teh ketumbar | dikisar 2 labu bawang putih | dikisar 6 sudu makan serbuk kunyit Garam dan gula secukup rasa Lidi sate secukupnya  
CARA MEMASAK: 1. Perut lembu yang telah empuk dihiris bentuk empat segi kecil. Ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan kisar di dalam bekas. Gaul rata. Kemudian masukkan perut lembu tadi. Gaul sehingga semua rempah sebati.
3. Masukkan serbuk kunyit dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul lagi hingga bahan perasa menjadi rata. Biarkan selama 1 jam.
4. Cucukkan perut pada lidi sate dan bakar hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati.
 
Info chef:  Cuci perut menggunakan kapur makan bagi membuang bau serta kotoran dan bilas hingga bersih sebelum direbus.


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/06/sate-level-kayangan-9-resipi-rare-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 201 hits
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali telah mengadakan majlis Akikah dan Kesyukuran untuk putera sulungnya di Kota Bharu Kelantan secara besar besaran Majlis itu diadakan di Franky Corner pada jam 3 hingga 5 petang semalam dan Nabila serta sua...
Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 141 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kerja tetap kerja raya tetap raya Duduk di office terbayang ketupa lemang sup daging dan kuih raya sebab pagi tadi memang tak bawa bekal apa apa ke tempat kerja setidaknya pagi raya bawa kuih raya Boleh k...
Zaman Kamu Jadi Menteri Pun Mengarut Kamu Lagi Pening Nak Cetak Duit

Zaman Kamu Jadi Menteri Pun Mengarut Kamu Lagi Pening Nak Cetak Duit

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 104 hits
Syam GhazWan Ahmad Fayhsal zaman kamu jadi kerajaan 33 bulan Parlimen bukan setakat tangguh tapi GANTUNG TERUS tahun 2021 Alasan Muhyiddin bagi sebab Covid tapi yang sebenarnya kecut perut nak hadap YB2 PH masa tu PN bentuk Kerajaan Tebok A...
Jika Terpisah Di Stesen Keretapi Apa Nak Buat

Jika Terpisah Di Stesen Keretapi Apa Nak Buat

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 131 hits
Assalamualaikum uollz Sepulang dari Sweden kawan ai sakit sakit badan rupa rupanya tersepit train nbsp Perkasa juga kawan ai ni macam mana boleh menyangga dua lapisan pintu yang berat tu Ceritanya dia tergopoh gapah mengejar anak dara dia y...
Nak Daging Korban Tahan Lama Ini Cara Simpan Yang Betul

Nak Daging Korban Tahan Lama Ini Cara Simpan Yang Betul

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 88 hits
Daging korban merupakan salah satu rezeki yang diagihkan semasa sambutan Aidiladha Ia bukan sahaja ibadah malah menjadi sumber makanan yang berkhasiat untuk keluarga dan jiran tetangga Namun begitu tanpa penyimpanan yang betul daging boleh ...
Tak Payah Nak Jadi Hero Medsos Sangat

Tak Payah Nak Jadi Hero Medsos Sangat

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 94 hits
Cina Tulis Kaulah punca Percaturan PKR 2025 diadakan Aku cadang elok kau bawa team kau Amir Fadhlina Fahmi dan geng2 damacai lain turun ke Sabah sementara Timb Presiden ke Mekah Itu pun nak ajar Rafizi Ramli walaupun dijatuhkan dalam Percat...
Choosing The Right Oem Company In Malaysia For Your Brand S Growth

Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Mof Justifies Sst On Imported Fruits Cites Sufficient Local Alternatives

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

Israel Launches Massive Strike On Iran Early Friday 13 6 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Focus On Demand Responsive Bus Rather Than Rm17bn Lrt

Livetvonline Solusi Modern Untuk Menikmati Pertandingan Sepak Bola Kapan Saja

Martabak Manis Tetangga Kita Kini Di The Campus Ampang

Adam Hilman Feat Abbysee One Day Aku Chill Chord

Shandai Gisang Mabuk Pengerindu Chord

Go Fast Turn Left F Brakes A Honda Dominator Flat Tracker From Italy