Sasaran Bina 500 000 Rumah Mampu Milik Di Bawah Rmk12 Capai 98 8 Peratus Anwar


Sasaran Bina 500,000 Rumah Mampu Milik Di Bawah RMK12 Capai 98.8 Peratus – Anwar
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Sebanyak 98.8 peratus daripada sasaran membina 500,000 unit rumah mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) telah berjaya dicapai setakat ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setakat Jun lepas, sebanyak 493,874 unit rumah telah siap atau berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
“Hingga 30 Jun 2025, sebanyak 197,311 unit sudah siap mengikut rancangan awal, tetapi jumlah itu jauh daripada keperluan. Sebab itu dalam penekanan baharu, kita tambah 217,371 unit atau 43.5 peratus yang kini dalam peringkat pembinaan manakala 79,192 atau 15 peratus lagi telah mendapat kelulusan merancang.
“Dalam RMK12, sasarannya tinggi, namun pelaksanaannya lemah, sebab itu di bawah pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perkara ini diberi keutamaan. Dengan kerjasama kerajaan negeri, baki sasaran 6,126 unit akan dapat disiapkan,” kata Anwar.
Beliau menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) mengenai status pembinaan rumah mampu milik di bawah RMK12, pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata konsep kediaman berkenaan merangkumi pelbagai pendekatan termasuk rumah mampu milik, Skim Sewa untuk Beli (RTO), pembangunan berorientasikan transit serta projek baharu seperti Kota MADANI yang dilancarkan di Putrajaya dan Cheras. “Di Putrajaya, 90 peratus daripada 10,000 unit itu melibatkan pembinaan 3,000 unit kediaman bagi fasa pertama diikuti 7,000 unit pada fasa kedua dan projek ini untuk penjawat awam di Putrajaya yang telah lama menunggu kesempatan mendapatkan rumah, memandangkan permintaan adalah sangat tinggi,” kata beliau.
Perdana Menteri turut menyentuh mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang diperkenalkan sejak 2008, dengan memaklumkan bahawa bermula pada 2023, kerajaan telah menyalurkan jaminan bernilai RM20.9 bilion melibatkan 88,507 permohonan.
“Hal ini menunjukkan bahawa tanpa bantuan dan jaminan kerajaan, pembeli, terutama golongan M40 dan B40 sukar untuk membeli rumah. Ada yang berpendapat pinjaman sedia ada masih tidak mencukupi sebab rumah itu perlu dibaiki ataupun (memerlukan) kos pemindahan dan sebagainya,” kata beliau.
Sehubungan dengan itu, Anwar berkata SJKP MADANI kini menawarkan pinjaman hingga 120 peratus bagi membantu pembeli menampung perbelanjaan lain termasuk pemindahan dan pembelian perabot.
BACA: Bekalan Telur Ayam Stabil, Pengeluaran Kini Melebihi Permintaan Domestik
Sumber: BERNAMA
The post Sasaran Bina 500,000 Rumah Mampu Milik Di Bawah RMK12 Capai 98.8 Peratus – Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/28/sasaran-bina-500000-rumah-mampu-milik-di-bawah-rmk12-capai-98-8-peratus-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gara Gara Mulut Celupar Rumah Ahmad Sahroni Jadi Sasaran Amukan Rakyat Patung Iron Man Rm120 000 Turut Dijarah

Gara Gara Mulut Celupar Rumah Ahmad Sahroni Jadi Sasaran Amukan Rakyat Patung Iron Man Rm120 000 Turut Dijarah

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2478 hits
JAKARTA Gelombang demonstrasi rakyat Indonesia yang menentang prestasi dan dasar Dewan Perwakilan Rakyat memasuki fasa lebih agresif apabila kediaman ahli politik Parti NasDem Ahmad Sahroni diserbu orang ramai di Tanjung Priok Jakarta Utara...
Prism Perkenalkan Prism Care Servis Penyaman Udara Mudah Mampu Milik Jaminan Sehingga 7 Tahun

Prism Perkenalkan Prism Care Servis Penyaman Udara Mudah Mampu Milik Jaminan Sehingga 7 Tahun

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1856 hits
PRISM jenama elektronik rumah yang semakin berkembang pesat di Malaysia baru sahaja melancarkan PRISM Care satu pelan langganan servis penyaman udara yang menggabungkan kemudahan penjagaan jangka panjang dan harga berpatutan Dengan hanya be...
Kapasiti Penggunaan Industri Pembuatan Capai 82 5 Peratus

Kapasiti Penggunaan Industri Pembuatan Capai 82 5 Peratus

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 526 hits
KUALA LUMPUR 22 Ogos Kapasiti penggunaan industri pembuatan mencatat 82 5 peratus pada suku kedua 2025 meningkat 0 4 mata peratus berbanding suku sama tahun lalu Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata semua subsektor menc...
Anwar Praises 2 000 Students For Stunning Human Graphics Display At Merdeka Celebration

Anwar Praises 2 000 Students For Stunning Human Graphics Display At Merdeka Celebration

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2022 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and other VIPs visit the student formation display during the 68th National Day celebration in Putrajaya PUTRAJAYA Aug 31 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today hailed the National Day human gr...
Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 554 hits
Saksi sahkan cek RM250 000 milik Nexuscorp Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad ketika hadir ke mahkamah bagi tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang ber...
Sukan Sea Pekak 2025 Malaysia Capai Sasaran 16 Pingat Emas

Sukan Sea Pekak 2025 Malaysia Capai Sasaran 16 Pingat Emas

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 2059 hits
Sukan SEA Pekak 2025 Malaysia Capai Sasaran 16 Pingat Emas Malaysia capai sasaran 16 pingat emas menerusi beregu campuran negara Edmund Teo Seng Keong Boon Wei Ying pada Sukan SEA Pekak 2025 di Jakarta hari ini Kejayaan itu disambut sorakan...
Ini Pengalaman Aku Drive Kereta Bezza 1 0 Auto Yang Murah Dan Mampu Milik

Ini Pengalaman Aku Drive Kereta Bezza 1 0 Auto Yang Murah Dan Mampu Milik

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1086 hits
Perodua Bezza adalah antara salah satu kereta sedan yang menjadi pilihan ramai pengguna diluar sana sebab harga yang ditawarkan lebih murah dan mampu milik berbanding kereta lain diluar sana Sangat sesuai untuk rakyat marhaen macam kita Bet...
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025

Govt Hints At Good News For Crucial Semiconductor Sector In 2026 Budget

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

15 000 Peserta Hadir Memeriahkan Larian Bersarong Di Malaysia Sarong Music Run Edisi Ke 3


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Brunch Dengan Beef Soondubu Jigae Di Restoran Dubuyo Mid Valley Jb

Ppim Bongkar Realiti Tersembunyi Di Sebalik Buli Sidang Media Ppim 23 09 2025

Surah Yusuf Ayat 28 Maksud Dan Pengajarannya

Main Badminton Lagi

Susu Rosak Jangan Buang Transform Jadi Keju Cottage Homemade Sedap Dan Puas Hati

Ikan Berenang Dalam Blog