Sarawak Tak Aniaya Diskriminasi Firma China Kata Uggah


 
Timbalan Premier Sarawak Douglas Uggah Embas berkata, kementeriannya objektif dalam menilai prestasi mana-mana kontraktor dalam projek negeri, selain memastikan mereka bertanggungjawab menyiapkan projek tepat pada masanya. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Sarawak menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri menganiaya atau mendiskriminasi firma dari China yang terlibat dalam projek infrastruktur besar di negeri itu.
Timbalan Premier Sarawak Douglas Uggah Embas berkata tanggapan itu timbul berikutan kontrak bagi pembinaan Jambatan Rambungan di Kuching yang dikendalikan syarikat China ditamatkan baru-baru ini.
“Sebuah firma dari China terlibat dalam pembinaan projek yang tertangguh ini,” katanya menurut laporan Bernama.
Terdahulu, Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak melawat tapak pembinaan Jambatan Batang Lupar 1 serta Jambatan Batang Saribas 1 dan Jambatan Batang Saribas 2.
Turut sama dalam lawatan berkenaan Konsul Jeneral China di Kuching Xing Weiping dan Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Chiew Chee Yau.
Menurut Uggah, kementeriannya objektif dalam menilai prestasi mana-mana kontraktor dalam projek negeri, selain memastikan kontraktor berkenaan bertanggungjawab menyiapkan projek mereka tepat pada masanya.
“Sebab itu, hari ini saya menjemput Konsul Jeneral Xing untuk turut serta dalam lawatan. Kita mahu tunjukkan kepada beliau taklimat mengenai kemajuan pelaksanaan projek.
“Sebenarnya, ketiga-tiga projek jambatan ini melibatkan kontraktor dari China. Kita juga telah maklumkan kepada beliau sekiranya mereka gagal menunjukkan prestasi diharapkan, ada masanya kita terpaksa menamatkan kontrak mereka seperti yang dilakukan dalam projek Jambatan Rambungan,” katanya.
Sementara itu, Uggah berkata beliau telah meminta tiga firma China yang terlibat dalam pembinaan projek Jambatan Batang Lupar 1, Saribas 1 dan Saribas 2 mempercepatkan pembinaan kerana sudah ketinggalan daripada jadual penyiapan mereka.
Beliau berkata projek Jambatan Batang Lupar 1 yang menelan belanja RM848.75 juta dijangka siap pada November 2025 manakala projek Jambatan Saribas 1 dengan kos RM375.5 juta disasarkan siap pada April 2025.
“Berhubung projek Jambatan Saribas 2 pula, projek bernilai RM385 juta itu dijangka siap pada 1 Ogos 2025,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/01/sarawak-tak-aniaya-diskriminasi-firma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aniaya Istri Lalu Kabur Ke Singapura Warga Jakarta Utara Dibekuk Di Guangzhou China

Aniaya Istri Lalu Kabur Ke Singapura Warga Jakarta Utara Dibekuk Di Guangzhou China

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 139 hits
Pelarian ETT setelah menganiaya istrinya SAG berakhir Warga Jakarta Utara ini ditangkap petugas gabungan di Guangzhou China Senin
Dr M Terdesak Untuk Kekal Relevan Kata Penganalisis

Dr M Terdesak Untuk Kekal Relevan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 193 hits
James Chin dan Azmi Hassan berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengabaikan cabaran Dr Mahathir Mohamad untuk mengadakan pilihan raya mengejut Seorang penganalisis politik menyifatkan tindakan Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Ment...
Hiburan Gagal Menemukan Kata Sepakat Perbicaraan Hadanah Fizi Amp Shakilla Akan Diteruskan Pada 22 Februari

Hiburan Gagal Menemukan Kata Sepakat Perbicaraan Hadanah Fizi Amp Shakilla Akan Diteruskan Pada 22 Februari

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 172 hits
Kes tuntutan hadanah yang difailkan oleh penyampai radio Fizi Ali kepada bekas isterinya aktres Shakilla Khoriri berkenaan hak penjagaan anak perempuan mereka iaitu Nur Ameena Sofia telah gagal menemukan kata sepakat semalam Diteruskan pada...
Apa Kata Umno Belajar Daripada Pas

Apa Kata Umno Belajar Daripada Pas

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 144 hits
Bolehlah dianggap artikel ini susulan yang disiar semalam mengenai ada orang Umno percaya parti mereka tidak akan dapat sokongan semula orang Melayu jika ia terus berbaik dengan DAP lantas ada yang mahu Umno berbaik dengan PAS Namun PAS jug...
Dakwa Agensi Nak Bunuh Dia Jaga Jaga La Hang Orang Dok Geram Hang Kata Macam Macam Ke Orang

Dakwa Agensi Nak Bunuh Dia Jaga Jaga La Hang Orang Dok Geram Hang Kata Macam Macam Ke Orang

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 243 hits
Aku tengok video ni berulang kali takut salah dengar Tapi macam jelas Sanusi kata nama dia dalam senarai untuk dibunuh boleh sebuah agensi Agensi Agensi mana Kalau agensi nk biasanya ada kaitan dengan kerajaan Sanusi nak kata kerajaan ada u...
Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

Wear Your Supercar When Automotive Passion Becomes A Lifestyle

Beli Putu Bambu World Di Senawang

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar Dbkl Ppim 19 05 2025

Teguran Terbuka Wan Fayhsal Bongkar Retak Dalam Bersatu

Cara Buat Sos Carbonara Homemade Sekali Masak Dapat Sekuali Mudah Jimat

Drama Hospital Loveline


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buku Ledakan Extra Pksk Ukkm Bukan Sekadar Buku Tapi Kunci Kejayaan Anda

Cafe Salim Di Lokasi Baru

New Movement Empowers Cyclists And Motorcyclists To Personalize Their Journeys Through Custom Canvas Panniers

Cara Kempiskan Perut Lepas Bersalin Czer Tip Paling Praktikal Untuk Ibu

Dapur Bukan Zona Larangan Ini Sebab Kenapa Beri Peluang Anak Memasak

Farm Fresh Family Pack Full Cream Milk