Login Cims Cidb Cara Register Online
LOGIN CIMS CIDB:CARA REGISTER ONLINE(Daftar di cims.cidb.gov.my)
Kepada kontraktor yang ingin membuat permohonan kebenaran untuk beroperasi sektor pembinaan bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) PENUH bermula 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.Anda boleh login CIMS CIDB untuk mendapatkan surat kebenaran beroperasi.
Jika dibawah MITI,boleh mohon di CIMS MITI
APA ITU CIDB?
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau lebih dikenali dengan nama singkatannya iaitu CIDB merupakan sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengawal selia pematuhan piawaian bagi mutu kerja binaan dan bahan binaan.
CIDB juga berfungsi untuk memajukan dan menggalakkan jaminan kualti dalam industri pembinaan di Malaysia.
Di antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi kontraktor dan pembaharuan lesen CIDB.
Ia juga mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan, menghalang pembaharuan lesen CIDB dan menggantung lesen kontraktor sekiranya didapati gagal mematuhi piawaian dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh CIDB serta mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi kontraktor.
SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN BEROPERASI CIDB
Berikut adalah maklumat syarat kelayakan permohonan beroperasi dibawah sistem CIMS CIDB:
CARA REGISTER CIMS CIDB (Daftar di cims.cidb.gov.my)
Sila ikut step by step cara berikut untuk daftar CIDB online:
Layari portal rasmi CIDB : https://cims.cidb.gov.my
Akan dipaparan ke sini https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml.
Klik DAFTAR BARU (Untuk kontraktor baru/Personel binaan baru/Penyelia latihan baru/Pelatih baru dan lain-lain)
Berikut adalah anda perlu pilih jika ingin mendaftar di bawah Organisasi atau Individu. Dalam Organisasi, terdapat pula beberapa pilihan. Pilih berdasarkan status anda. Contohnya, anda pilih Personel Binaan di bawah bahagian Individu.
Tekan butang Teruskan untuk meneruskan proses dan cara daftar CIDB secara online.
Berikut adalah anda perlu lengkapkan( nama,nombor kad pengenalan,nombor telefon)
Sila tick tick sama ada anda membuat pendaftaran secara Individual atau anda mewakili syarikat yang berdaftar dengan CIDB.
Pada ruangan Jawatan/Peranan, masukkan jawatan anda.
Di bahagian Butiran Log Masuk, untuk ruangan Nama Pengguna, masukkan emel anda yang aktif dan boleh dicapai. Emel untuk pengaktifkan akaun anda akan dihantar ke emel ini, jadi penting untuk emel yang anda masukkan ini masih aktif.
Pada ruangan Kata Laluan, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
Pada ruangan Masukkan semula Kata Laluan, masukkan semula kata laluan yang anda cipta untuk akaun anda.
Tekan butang Submit.
Pendaftaran anda selesai. Semak emel anda untuk mendapatkan emel daripada CIDB.
Apabila anda jumpa emel tersebut, tekan link yang terdapat dalam emel tersebut untuk mengaktifkan akaun anda.
Proses Pengaktifan akaun anda berjaya. Rujuk cara log masuk CIMS CIDB.
CARA LOGIN CIMS CIDB((di cims.cidb.gov.my)
Sila ikut step by step cara berikut untuk login CIMS CIDB online:
Sila ke portal CIMS CIDB https://cims.cidb.gov.my
Kemudian masukkan ID Pengguna dan kata laluan
Klik Log Masuk
Anda telah berjaya masuk ke sistem CIMS CIDB
SOALAN LAZIM
Bagaimana jika saya tidak menerima email pengaktifan CIDB?
Sila rujuk DISINI
Berapa nombor telefon CIDB?
03-55673300
Bagaimanakah cara check status permohonan CIMS CIDB?
Boleh login sistem CIMS CIDB dan check status permohonan sama ada lulus atau gagal.
Boleh ke muat turun surat permohonan kebenaran beroperasi melalui CIMS CIDB?
Ya boleh
Bagaimana jika saya lupa kata laluan CIMS CIDB?
Boleh reset kata laluan,kata laluan baharu akan dihantar ke email yang telah didaftar.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila hubungi careline 03-55673300
The post LOGIN CIMS CIDB:CARA REGISTER ONLINE(Daftar di cims.cidb.gov.my) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/login-cims-cidb.html