Sarapan Di The Warung Kita
Assalamualaikum WBT
RANCANGANNYA hari ini Sk dan Pak Inche akan ke KL untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak kawan PI di Ampang pada hari esok (sabtu). Tapi, saat akhir, tak jadi sebab PI perlu bertugas esok di Stadium Sultan Ibrahim. Dah terlanjur bercuti, kan.. Sk ajak PI sarapan di luar. PI mencadangkan kami bersarapan di The Warung Kita di Sunway Citrine Hub, Sunway City, Iskandar Puteri.
Sekarang ni, tak perlu nak bermalam di hotel untuk menikmati Buffet Breakfast. Harganya pun tidaklah mahal.
Agak unik konsep bufet yang diperkenalkan di The Warung Kita iaitu Ala Carte Buffet Breakfast. Pada mulanya Sk tak faham, namun setelah diterangkan staf, ohhh.. barulah faham. Buffet tu kan sepatutnya layan diri, tapi ni mereka hidangkan. Boleh pilih semua 9 menu yang ditawarkan dalam buffet tapi tidak sekaligus
Teh untuk PIKopi untuk TTKRoti Canai dan Roti Bakar untuk PILempeng dan Lontong untuk TTK
Lempeng sedap, tak kedekut sambal tumis. Lontong pun sedap tapi tak banyak sayur, tempe dan tauhu pun tak ado
Tekstur Roti Canai macam tebar, bukan frozen. Ke dia frozen roti canai tebar, tak pastilah
Telur Separuh Masak tiada dalam menu, boleh request, satu set RM4.50
Dia hantar dah siap pecahkan dalam mangkuk, kurang kerja Sk, hahah
Ruang makan yang luas, boleh pilih makan dalam suasana berhawa dingin atau di ruang legar
Pesan Nasi Lemak untuk PI. Sedap dan lengkap aksesori nasi lemaknya
Kopi dan Teh free flow
Dah kenyang tapi tak berbaloi pulak kalau tak order lagi, kan.. heheh. Ambil pulak Mihun Goreng dan Chee Cheong Fun. Tapi CCF tu makan dengan kari. Memang nama dalam menu CCF with Kari
Tak pernah makan CCF dengan kari, ok jugaklah sebab rasa karinya okey
Syukur.. Alhamdulillah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/06/sarapan-di-warung-kita.html