Nasi Goreng Kak Limah Mengilai
Menonton filem Hantu Kak Limah yang ditayangkan di tv baru-baru ni teringat pula menu istimewa Sarang Art Hub. Kafe milik sutradara terbaik Malaysia Mamat Khalid menyediakan pelbagai rangkaian menu yang sedap.
Menariknya nama menu di sini kebanyakannya mengambil nama karakter dan tempat di dalam filem beliau.Antaranya Mi Goreng Pak Jabit dan nasi Goreng Kampung Pisang.
Keistimewaan Nasi Goreng Kak Limah Mengilai ni kerana ada petai di dalamnya yang membangkitkan selera. Ditambah pula dengan udang yang segar dan bahan lain yang banyak.
Sarang Art Hub ini terletak di Rest House atau Rumah Rehat Tanjung Malim. Kalau korang nak mudah lagi, cari sahaja KFC Tanjung Malim. Mesti jumpa.



Kafe ini juga sering menganjurkan bermacam-macam program seni seperti bicara filem dan juga persembahan muzik. Kena dengan nama, kafe ini menjadi sarang untuk peminat seni tanah air.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |