Sarah Hughes Globe Kuala Lumpur


SARAH HUGHES GLOBE KUALA LUMPUR | Assalammualaikum semua! Nama GLOBE tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia umumnya. Dikenali dengan nama Globe Silk Store yang sentiasa menggamit memori. Kini, gedung seisi keluarga ini lebih dikenali sebagai Sarah Hughes @ Globe yang masih mengekalkan ciri bangunan nostalgia dan rekaan dalaman GLOBE suatu ketika dulu. Tahukah anda, pemilik Sarah Hughes @ Globe adalah  Encik Satish Doshi dan Encik Ketan Doshi; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Legasi perniagaan Sarah Hughes @ Globe kini diteruskan oleh generasi kedua. 

SARAH HUGHES GLOBE KUALA LUMPUR
Ruby masih ingat lagi ketika zaman sekolah rendah, Ruby dan adik-adik sentiasa ikut mak mencari pakaian sekolah di Globe. Di sini kualiti jahitan kemas dan harga berpatutan. Bukan hanya pakaian sekolah, malah pakaian baju kurung siap jahit untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri turut menjadi pilihan kami sekeluarga. 
Pelbagai corak terdapat di sini. Kami pernah beli semua corak sedondon sama dan pada usia 13 tahun baru mak beri kebebasan untuk Ruby memilih corak. Sebab semasa sekolah menengah sudah mula aktif join aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Jadi, koleksi Baju Kurung dari Globe paling banyak di dalam almari Ruby. Hehehe

Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) adalah lokasi tumpuan pengunjung kerana terkenal dengan lokasi gedung tekstil yang pelbagai. Sehingga hari ini, apabila mencari kain atau pakaian. Mesti ke Jalan TAR. 
Sejak berumahtangga, Ruby mendapati kebanyakan masa Ruby berada di rumah dan ingin pulang ke rumah dengan kadar segera. Menguruskan keluarga adalah keutamaan yang tiada galang ganti. Namun, persekitaran rumah perlu memainkan peranan. Dari segi kebersihan, susunan dekorasi dan langsir amat memberi suasana berada di rumah dengan aman, tenang dan selesa

Ruby boleh melayan anak-anak, menonton televisyen bersama suami, buat kerja-kerja rumah, memasak, mendobi dan macam-macam lagi. Demi keadaan rumah yang sedap mata memandang. Buat pengetahuan anda semua, langsir rumah amat memainkan peranan. Ruby bersama dengan Sarah Hughes @ Globe ni sejak tahun 2016. 
GEDUNG SEISE KELUARGA SARAH HUGHES @ GLOBE
Pada awal 1980-an, Globe Silk Store telah ditubuhkan di premis 10 tingkatnya yang baharu dan direka bentuk unik, yang tertinggi di seluruh Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ia merupakan kejayaan besar kerana polisi runcitnya menjual pelbagai jenis barangan isi rumah daripada Linen Tempat Tidur, Perabot, Pakaian Kanak-Kanak, Lelaki dan Wanita dalam jenama yang paling terkenal dan terkenal pada masa itu pada harga terbaik

Pakaian Seragam Sekolah adalah salah satu produk terkuatnya. Globe adalah The Family Departmental Store pada masa itu! Dikatakan bahawa "Jika anda tidak melawat Globe, anda tidak melawat Kuala Lumpur". Malangnya, ia telah ditutup pada tahun 2003. Pemilik baharunya membeli bangunan itu pada tahun 2005

Encik Satish Doshi; Pemilik Sarah Hughes @ Globe Sdn. Bhd.

Encik Ketan Doshi; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarah Hughes @ Globe Sdn. Bhd.

Hari ini, pemilik baharu, Sarah Hughes @ Globe, memberi nafas baharu dengan mengubah Kedai Membeli-belah Keluarga ikonik ini kepada perspektif moden tetapi dengan tujuan untuk membawa pengalaman membeli-belah yang selesa dan berbaloi dengan wang. 
Asas penekanannya adalah untuk memberi khidmat kepada pelanggan Muslim Melayu Moden untuk Pakaian Wanita, Baju Batik, Pakaian Kanak-kanak dan Pakaian Seragam Sekolah jenama "Canggih" yang terkenal dan akhir sekali, jenama "Lance-Court" gaya Perabot Eropah, itu pasti akan menjadikan rumah anda selesa! 
Sarah Hughes @ Globe berhasrat untuk memberi para pelanggan perkhidmatan terbaik, mengharapkan sokongan anda agar terus berkunjung ke sini. Kembalikan Nostalgia Zaman Dahulu Yang Baik, terutamanya untuk generasi masa kini

Kepakaran Sarah Hughes @ Globe masih mengekalkan konsep sama dengan menampilkan pelbagai produk pada harga berpatutan menawarkan perkhidmatan jahitan langsir yang boleh disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga hari. 
Ia khusus untuk pelanggan yang membeli fabrik langsir dari gedung berkenaan. Prinsip utama penjagaan kualiti seperti warna fabrik, benang dan cara jahitan diberikan penekanan bagi mengekalkan kualiti. 
IMPAK PANDEMIK COVID-19 KEPADA SARAH HUGHES @ GLOBE
Jika anda masih ingat, ketika COVID-19 melanda dunia. Malaysia tidak terkecuali mengalami musibah tersebut. Kita melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir dua tahun. Sebagai Rakyat Malaysia yang baik, kita akur berada di rumah. Namun, bagi pemilik perniagaan di kota Kuala Lumpur. Ia adalah cabaran yang luar biasa yang perlu ditempuhi

Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya pernah melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ia sudah cukup menutup segala jenis aktiviti perniagaan. Namun, Sarah Hughes @ Globe tidak putus asa. Perniagaan diteruskan secara dalam talian. Melalui laman web rasmi, laman e-dagang dan whatsapp. 
Dari pengalaman itu, Sarah Hughes @ Globe mempunyai pasukan dropship untuk kain langsir dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Melalui keadaan yang getir, itulah pengalaman yang membawa nama Sarah Hughes @ Globe mampu bertahan sehingga ke hari ini. 
APA YANG ADA DI SARAH HUGHES @ GLOBE? 
TINGKAT G - Pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, samping, pakaian ibu hamil. TINGKAT 1: Home Deco, Langsir Siap Jahit, Sarung Bantal, Tuala 100% Cotton, Pakaian Kanak-Kanak, Pakaian Sekolah, Bunga Hiasan dan Pinggan Mangkuk TINGKAT 2 & TINGKAT 3 : Gio Fabrics jual kain ela
TINGKAT 4: Kain Langsir & Tempahan Langsir

Jom ikut Ruby ke setiap tingkat bangunan Sarah Hughes @ Globe ini. Melalui tinjauan Ruby di sini, tiga jenama dalaman yang dihasilkan oleh Sarah Hughes @ Globe tertera Catwalk Paris, Wisemen dan Gosh For All. Kesemua pakaian dari jenama ini adalah dihasilkan dari material yang berkualiti dan terdiri dalam pelbagai warna menarik

PAKAIAN LELAKI WISEMEN

Wisemen Baju Melayu dijual pada harga RM129, pelanggan turut akan mendapat butang baju melayi dan kain samping secara percuma

PAKAIAN WANITA CATWALK PARIS

PAKAIAN KANAK-KANAK GOSH FOR ALL

PAKAIAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN UNTUK MAJLIS ISTIMEWA

PAKAIAN DAN KELENGKAPAN SEKOLAH

PAKAIAN PLUS SIZE SEHINGGA SAIZ 64!

SET PINGGAN MANGKUK MELAMINE 

BUNGA HIASAN

100% COTTON TOWEL DAN ALAS KAKI 

TINGKAT 4 SYURGA BUAT PENCINTA LANGSIRPengalaman pertama kali menempah langsir di Sarah Hughes @ Globe pada tahun 2016 adalah sesuatu yang mendebarkan. Risau berkenaan harga kain langsir dan risau dengan kos upah jahit langsir. Tapi, Ruby silap besar! Harga dan upah jahit yang mereka berikan adalah sangat berpatutan! MasyaAllah masa tu tak sangka kos langsir untuk sliding door, tingkap untuk 3 bilik dan kepala kain untuk pintu bilik semua selesai disediakan oleh pasukan Sarah Hughes @ Globe pada kadar bawah RM 500. 
Kini, perasaan takut sudah tiada, tapi.... perasaan nak cantikkan lagi rumah membuak-buak. Hehehehe. Kain langsir di Sarah Hughes @ Globe terdapat dari jenama-jenama antarabangsa yang hanya eksklusif di jual di sini. Malah material kain langsir juga berbeza-beza tersedia untuk memenuhi permintaan pelanggan. Paling Ruby suka adalah kain langsir jenis blackout. Ia sangat sesuai untuk kami sekeluarga yang sukar tidur malam dan inginkan suasana gelap dan sepi. Barulah dapat tidur yang berkualiti

Langsir juga ada beberapa fungsi seperti blackout 100% yang tidak akan tembus dengan sebarang cahaya, ada langsir anti-kebakaran yang sesuai digunakan oleh pemilik perniagaan seperti panggung wayang, pusat pelancongan, hotel dan sebagainya. Selain itu, langsir kalis air pun ada! Air tidak akan meresap di dalam fabrik, namun akan mengalir ke arah lain. Langsir begini sesuai untuk anda yang ada anak kecil. 
Seronok jika ingin mengetahui tentang langsir dari Sarah Hughes @ Globe ni. Promoter di sini sangat teliti dan tahu berkenaan langsir. Peramah pula tu untuk berkongsi cerita tentang langsir. Jangan malu segan untuk bertanya. Okay

Setiap kali Ruby ke sini, harga pasti berbeza! Diskaun tak lokek diberikan. Memang best berurusan dengan pasukan Sarah Hughes @ Globe ni. Mereka akan uruskan semua dari awal sampai pasang. Syok betul



PROMOSI LANGSIR BERSEMPENA PERAYAAN AIDILAHDA 2022 
LANGSIR, BLINDS, SOFA COVER, CUSHION COVER, TABLE RUNNER ADALAH KEPAKARAN KAMI! BIAR KAMI SETTLEKAN DARI MULA SAMPAI AKHIR

LANGSIR SATU RUMAH FULL SET HANYA RM 1280 SAHAJA!!!! HARGA ASAL RM 3888.00. PERCUMA TALI PENGIKAT LANGSIR. 
HARGA DIATAS TERMASUK:✅ PEMASANGAN LANGSIR PERCUMA ( hanya di kawasan Lembah Kelang dan Kuala Lumpur sahaja )  ✅ KHIDMAT NASIHAT PERCUMA✅ AMBIL UKURAN DI RUMAH ANDA PERCUMA✅ RALLING TRACK PERCUMA( harus yg berkualiti)✅ SIAP JAHIT  ✅ SIAP PASANG CANGKUK LANGSIR PERCUMA✅ TALI PENGIKAT LANGSIR PERCUMA1. 2 SET UNTUK SLIDING BERUKURAN 10 KAKI LEBAR2. 1 SET UNTUK TINGKAP BERUKURAN 7 KAKI LEBAR3. 1 SET UNTUK TINGKAP BERUKURAN 5 KAKI LEBAR4. 1 SET UNTUK TINGKAP BERUKURAN 4 KAKI LEBAR*dengan terma dan syarat 

Whatsapp Sarah Hughes @ Globe sekarang di http://www.wasap.my/60176561624/fullhousesetrm1280

PROGRAM KEBAJIKAN SETIAP TAHUN OLEH SARAH HUGHES @ GLOBE
Setiap tahun, tanpa gagal pasukan Sarah Hughes @ Globe memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Tidak kira apa sahaja acara dan sambutan perayaan. Pasti ada sumbangan yang diberikan dalam bentuk pakaian mahupun dalam bentuk sumbangan kewangan. 
Pemilik Sarag Hughes @ Globe percaya bahawa membantu masyarakat sekeliling akan memberi kemakmuran kepada perniagaan mereka. Bukan sahaja, memberi sumbangan. Malah, baucar-baucar Sarah Hughes @ Globe turut diedarkan kepada pelajar sekolah agar mereka boleh membeli pakaian atau kasut sekolah baharu. 
Pendidikan sangat penting dan diharap dengan bantuan baucar ini dapat memberi semangat baharu untuk para pelajar terus menimba ilmu dengan pakaian baharu. Begitulah dermawan pihak Sarah Hughes @ Globe. Semoga terus sukses dan dilimpahkan lebih banyak rezeki. 
PELUANG PEKERJAAN DI SARAH HUGHES GLOBE
Diantara cara untuk Globe terus membantu masyarakat adalah dengan memberi peluang pekerjaan. Sama ada anda lelaki atau wanita, lepasan sekolah, tiada pendidikan tinggi, berpendidikan tinggi tetapi masih menganggur, yang sudah berumahtangga, usia sudah mencapai 50-an atau anda yang mungkin memerlukan pekerjaan separuh masa mengikut waktu lapang anda. Pihak pengurusan Sarah Hughes @ Globe menerima anda semua dengan hati terbuka. Asalkan anda jujur, amanah dan rajin bekerja. Hubungi Whatsapp Puan Hamidah Abdul Rahim di +60176561624. 
BAUCAR RM 50 UNTUK PENGIKUT RUBY.MY
Berita gembira buat anda semua! Pihak Sarah Hughes @ Globe berbesar hati untuk memberi baucar tunai RM 50! Syaratnya? Mudah sangat! Anda hanya perlu ke Sarah Hughes @ Globe dan tunjuk artikel Ruby ini di kaunter juruwang sahaja! Berikan nama penuh, nombor ic dan no telefon untuk rujukan pihak pengurusan. 
Seterusnya anda boleh berbelanja dan beli apa sahaja pada hari yang sama anda tebus baucar tersebut. 1 orang, layak 1 baucar. Dapatkan baucar bermula dari sekarang sehingga hujung bulan Julai 2022 atau sehingga stok masih ada. MasyaAllah Terima kasih Sarah Hughes @ Globe! 
Sarah Hughes @ Globe185, Jalan Tuanku Abdul Rahman,50100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin - Khamis 10AM - 7PMJumaat - Ahad 10PM - 9PM
SARAH HUGHES @ GLOBE | FACEBOOK | INSTAGRAM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/07/sarah-hughes-globe-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 Pbakl2022 Book Haul

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 Pbakl2022 Book Haul

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 337 hits
Assalamualaikum Seperti yang kalian ketahui Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 sedang berlangsung dari 3 Jun 2022 sehingga 12 Jun 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Sebanyak 200 penerbit buku tempatan dan antarabangsa berada d...
W Kuala Lumpur Appoints Volker Burth As Its New General Manager

W Kuala Lumpur Appoints Volker Burth As Its New General Manager

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 283 hits
Sets the pulse for the team of hospitality disruptors by re energizing the sought after W experience with its innovative Whatever Whenever philosophy Marriott International Inc has announced the appointment of Volker Burth as its General Ma...
Bosan Dengan Tempat Makan Biasa Ini Kafe Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di Kuala Lumpur

Bosan Dengan Tempat Makan Biasa Ini Kafe Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 261 hits
Hujung minggu tak tahu nak pergi mana Jangan risau banyak kafe kafe menarik dan aesthetic dekat Kuala Lumpur yang korang boleh explore dengan kawan kawan ataupun ahli keluarga 6 Feeka Coffee Roasters var currentUrlTwo window location hostna...
Oodles Of Noodles Wxyz Aloft Kuala Lumpur Sentral

Oodles Of Noodles Wxyz Aloft Kuala Lumpur Sentral

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 260 hits
Oodles of Noodles WXYZ Aloft Kuala Lumpur SentralOodles of Noodles WXYZ Aloft Kuala Lumpur Sentral Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Selalu MOMI cuba makanan dekat Aloft Kuala Lumpur Sentral di Nook sahaja kali ini MOMI nak kongsikan pul...
Menjadi Pelancong Di Kuala Lumpur

Menjadi Pelancong Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 322 hits
kelelahan semalam masih belum terpadam masih bersisa semenjak badan dah berisi ni memang nak melangkah jauh rasa letih sangat apatah lagi berjalan kaki mengelilingi kota raya yang tidak sampai 1 kilometer itu mengundang peluh yang berjela b...
Hilton Kuala Lumpur Melancarkan Ruang Kerjasama Serba Baharu

Hilton Kuala Lumpur Melancarkan Ruang Kerjasama Serba Baharu

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 217 hits
Hilton Kuala Lumpur telah mengumumkan penyiapan Ruang Kerjasama yang telah diperbaharui yang amat ditunggu tunggu yang terdiri daripada reka bentuk semula RM21 juta dan peningkatan teknologi terkini untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan...
Program Penghasilan Bebola Lumpur Oleh Siswa Sains Kesihatan Uitm Dan Komuniti Alam Suria

Program Penghasilan Bebola Lumpur Oleh Siswa Sains Kesihatan Uitm Dan Komuniti Alam Suria

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 235 hits
Oleh Dr Ahmad Razali Bin Ishak Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran Fakulti Sains Kesihatan UiTM Bebola lumpur atau lebih dikenali sebagai mudball adalah salah satu teknik perawatan air secara semula jadi d...
Potret Sarah Menzel Bertemu Nenek Azriel Hermansyah Di Bandung Didoakan Jodoh

Potret Sarah Menzel Bertemu Nenek Azriel Hermansyah Di Bandung Didoakan Jodoh

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 108 hits
Saat Azriel Hermansyah sedang liburan ke New York bersama keluarganya Sarah Menzel pergi ke Bandung bersama Aurel Hermansyah Di sana Sarah bertemu dengan nenek Azriel Sarah kemudian didoakan berjodoh dengan Azriel Berikut beberapa momen per...
Rafidah Aziz To Globe Trotting Govt Leaders Turun Padang Bukan Naik Kapal Terbang

Rafidah Aziz To Globe Trotting Govt Leaders Turun Padang Bukan Naik Kapal Terbang

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 192 hits
This current government has a penchant for overseas trips when its own house is not in order Go to ground not board a plane This was the reaction of an incredulous Tan Sri Rafidah Aziz over the government s trade delegation to Peru and Mexi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids