Sanusi Seolah Olah Cabar Undang Undang Negara Aiman Athirah




 Oleh: Noraini Nordin

Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah Sabu menyifatkan keceluparan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mempersenda dan mempertikai kebijaksanaan Sultan Selangor dalam melantik Menteri Besar adalah suatu perbuatan yang sangat melampau.

Katanya, perbuatan itu wajar diambil tindakan oleh pihak berkuasa supaya menjadi pengajaran kepada semua orang.

Dalam hal ini, tambah beliau peringatan sudah banyak kali diberikan, termasuk oleh pihak polis agar isu-isu berkaitan 3R (Raja, Kaum dan Agama) tidak disentuh dalam kempen pilihanraya atau di pentas-pentas politik.

"Dengan Sanusi sengaja berbuat demikian, ia seolah-olah beliau mencabar undang-undang negara. Dia langgar Rukun Negara ” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui dalam Majlis Suai Kenal dan Minum Petang jentera Perpaduan di Sungai Petani Kedah pada Jumaat.

Aiman Athirah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengingatkan, perlantikan Menteri Besar di mana-mana negeri adalah hak dan kebijaksanaan Sultan di negeri berkenaan.

"‘Mempertikai Amiruddin Shari sebagai Menteri Besar yang kononnya “cokia” dengan sendirinya memberi maksud lantikan oleh Sultan itu sebagai tidak tepat dan tidak bijaksana.

"Bukankah perbuatan itu suatu keceluparan yang melampau terhadap Sultan yang berdaulat?" soal beliau.

Dalam konteks berkaitan, Aiman Athirah turut meminta pengundi Kedah yang secara umumnya baik dan berbudi bahasa agar menilai perwatakan Sanusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

"Pengundi Kedah patut berasa malu dan menghukum Sanusi kerana telah memalukan rakyat negeri itu," kata beliau lagi.

Secara umumnya juga, tegas Aiman, pengundi harus menolak PN di keenam-enam negeri yang bakal melaksanakan PRN kerana memberi undi kepada gabungan itu sama ertinya bersetuju dengan perbuatan Sanusi yang menghina Sultan Selangor dan institusi Raja Melayu.

PN melalui perbuatan Sanusi itu katanya, bukan saja memecah-belahkan rakyat malah bersikap biadap mengadu-domba sultan-sultan dan hal itu bertentangan sama sekali dengan kewajipan menzahirkan kesopanan dan kesusilaan sebagaimana yang termaktub dalam Rukun Negara.

Sanusi yang merupakan Pengarah Pilihan Raya PN dalam ceramah politik baru-baru ini telah membuat perbandingan antara Sultan Kedah dan Sultan Selangor dalam melantik Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor yang dilabelnya “cokia” (tiada kualiti).

Katanya: “Hebatnya Sultan Kedah ni, bukan koman-koman, sultan tara tu hampa bayang, tengok menteri besar (merujuk kepada dirinya), sultan hebat macam tu takkan pilih menteri besar cokia (lekeh) macam Amir (Amirudin Shari).

Berikutan ucapan yang dianggap menghina Sultan Selangor itu, sekurang-kurangnya 31 laporan polis telah dibuat setakat ini terhadap Sanusi yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain pula berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Sanusi.

Beliau berkata, kes melibatkan 3R itu boleh disiasat mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Di waktu yang sama, pelbagai pihak lain juga menuntut agar Sanusi memohon maaf terhadap Sultan Selangor atas keceluparannya itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/sanusi-seolah-olah-cabar-undang-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Curi Ree Saifuddin Cabar Sanusi Supaya Saman

Curi Ree Saifuddin Cabar Sanusi Supaya Saman

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 290 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Saifuddin Nasution Ismail mengalu alukan hasrat Sanusi Nor yang mahu mengambil tindakan undang undang terhadap beliau berhubung isu kecurian unsur nadir bumi dan berkata banyak persoalan yang perlu dijawab oleh m...
Cabar Kpn Bersedialah Kamu Nanti Hamzah Pertahan Sanusi Prn 2023 Pn

Cabar Kpn Bersedialah Kamu Nanti Hamzah Pertahan Sanusi Prn 2023 Pn

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 227 hits
Ketua Pembangkang yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional Hamzah Zainudin mempersoalkan tindakan tegas polis terhadap Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor yang didakwa pagi ini atas dua tuduhan bawah Akta Hasutan Hamzah menyifatkan tinda...
Azalina Mohon Maaf Tak Selesai Tindakan Undang Undang Terhadap Sanusi

Azalina Mohon Maaf Tak Selesai Tindakan Undang Undang Terhadap Sanusi

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 217 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tindakan undang undang terhadap Sanusi Md Nor tidak akan selesai menerusi permohonan maaf kepada Sultan Selangor susulan kenyataannya yang didakwa memperlekehkan Baginda berhubung pemilihan menteri besar Menteri d...
Dakwa Kpn Menipu Pemimpin Keadilan Cabar Sanusi Buat Laporan Polis

Dakwa Kpn Menipu Pemimpin Keadilan Cabar Sanusi Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 205 hits
Oleh Abdullah ZaidMenteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi dicabar untuk membuat laporan polis berhubung dirinya yang tidak menerima sebarang makluman berkenaan penahanan berkaitan pendakwaan kes menghina Sultan Selangor di Mahkamah S...
Sanusi Dedah Punca Kerajaan Mukhriz Tumbang

Sanusi Dedah Punca Kerajaan Mukhriz Tumbang

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 262 hits
ROSLINDA HASHIMALOR SETAR Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan punca sebenar kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tumbang pada 2020 Beliau mendakwa Pas ketika itu menawarkan sokongan kep...
Sanusi Terbuka Jalin Semula Hubungan Dengan Umno

Sanusi Terbuka Jalin Semula Hubungan Dengan Umno

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 484 hits
ismaweb netJangan kerap serang kerana esok mungkin berkawan lagiKUALA LUMPUR 23 Zulhijjah 1444H Rabu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu UMNO bahawa beliau terbuka untuk menjalinkan semula persahabatan antara kedua dua parti Mente...
Gagal Turun Harga Minyak Ada Anwar Minta Maaf Kepada Rakyat Soal Sanusi

Gagal Turun Harga Minyak Ada Anwar Minta Maaf Kepada Rakyat Soal Sanusi

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 552 hits
agendaily com12 07 2023Sanusi mengungkit kembali janji menurunkan harga minyak yang dibuat Anwar sebelum ini Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tanggungjawab terhadap janjinya sebelum ini kep...
Citing Facts Sanusi Says Non Muslims Top List In Offering Taking Bribes

Citing Facts Sanusi Says Non Muslims Top List In Offering Taking Bribes

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 411 hits
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor asserted that he was speaking the truth and that it was based on facts but it is unclear if he provided the source of his information Picture by Sayuti ZainudinKUALA LUMPUR July 12 Perikatan Nasional electi...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Drama Rumah Tanpa Luka

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yummy Bbq Pit Beef Recipe

Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

Check In Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Tengah Malam