Masuk tempat ni percuma je. Kawasan parkir juga percuma tetapi terhad
Datang ke sini sekadar nak melihat-lihat dan menikmati suasana tasik saja pun boleh. Tetapi kalau nak pengalaman yang lebih seronok sambil merancakkan ekonomi komuniti nelayan darat di sini, bolehlah kita membeli produk atau perkhidmatan yang tersedia
Boleh juga duduk santai atau berbuai sambil menikmati suasana tasik
Di hujung sana terletaknya kawasan perkhemahan. Menarik juga kalau dapat berkhemah di sini, ambil pengalaman berkhemah di tepi tasik
Bagi yang membeli dedak ikan, bolehlah ambil pengalaman memberi makan ikan di sini. Yang lucunya, kami sangka ini adalah sangkar ikan. Sebab kami nampak sangat banyak ikan di sini, memang meriah setiap kali ada pengunjung yang mencampakkan dedak ikan. Tetapi rupanya tiada sebarang sangkar/jaring pun, ikan-ikan tersebut merupakan ikan yang bebas hidup di tasik ini
Aktiviti kami - menaiki bot untuk bersiar-siar di sekitar tasik. Bayaran dikenakan sebanyak RM50 sebuah bot yang memuatkan 6 orang penumpang bagi tempoh bersiar-siar selama 30 minit.
Berbeza dengan pengalaman menaiki bot di lautan, perjalanan menaiki bot di tasik adalah lebih tenang dan santai. Selain faktor tiada ombak kuat seperti di lautan, bot kami juga dibawa perlahan
Pemandangan tasik dengan latar Banjaran Nakawan yang menjadi pemisah negara Malaysia-Thailand. Di sebalik banjaran itulah negara Thai. Di sini juga kami dapat menyaksikan nelayan darat sedang menangkap ikan
Sambil bersiar-siar, kami berbual bersama encik pemandu bot yang membawa kami. Beliau juga menunjukkan kawasan kampungnya suatu masa dahulu yang kini telah pun tenggelam di dasar tasik. Syahdu pula kami dengar
Bot kami menghampiri kawasan yang dipenuhi dengan tumbuhan akuatik. Dari semasa ke semasa, akan ada pihak yang membersihkan tumbuhan ini supaya ia tidak menutupi permukaan tasik
Sambil tu, mata saya sibuk memerhati tumbuhan akuatik yang terdapat di sini. Terdapat 2 jenis tumbuhan - pokok Keladi Bunting dengan bunga berwarna putih ungu dan pokok Setangki dengan bunga berwarna kuning. Daun pokok Setangki ni seakan pokok Semalu kerana kedua-duanya berasal daripada keluarga yang sama. Nak tahu info lanjut berkenaan pokok Setangki yang boleh dimakan ini, boleh baca entri di blog Wak Warisan Petani|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |