Santau Angin Dan Pengubatannya In Syaa Allah 8643
BHplusRabu, 5 Ogos 2015 | 12:06am
Ubati diri sendiri kena santau Oleh Mona Ahmad
[email protected]USTAZ Mohd Suhaimi tak terlepas gangguan makhluk halus. - Foto ilustrasi BHMENDERITA akibat santau kira-kira setahun dan berjaya pulih selepas merawat diri sendiri dengan ayat al-Quran, menjadi titik-tolak kepada pengasas Pusat Rawatan Islam Ruqyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali, 39, untuk meneruskan khidmat dalam perubatan Islam.
Bercerita mengenai pengalamannya, pendakwah yang mendapat pendidikan awal dari Sekolah Menengah Agama at-Taufiqiah al-Khairiah al-Hilmiah, Batu 16, Padang Lumut, Kedah (Pondok Pak Ya) berkata, selepas menamatkan pengajian di Universiti al Azhar, beliau berkhidmat sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Agama Integrasi Seksyen 4, Bangi dan seterusnya Guru Besar Sekolah Agama Taman Rakan, Cheras.
Selain itu, beliau turut dilantik sebagai nazir Masjid Taman Rakan dan turut memberi ceramah di Selangor dan Wilayah Persekutuan kerana mendapat pentauliahan dari kedua-dua jabatan agama negeri itu.
Akuinya, badannya semakin susut dan sering tidak sihat. Tetapi apabila ke hospital, doktor gagal mengesan penyakitnya. Lazimnya selepas jam 10 malam, sebaik habis mengajar agama, beliau tidak boleh memandu kerana tidak boleh fokus dan nyaris melanggar orang. Beliau kemudian berulang ke Darul Syifa untuk berubat dan rupanya, beliau terkena santau.
"Kaedah yang digunakan di Darul Syifa adalah rawatan tepuk dan keluarlah pelbagai benda yang tajam tetapi masalah besarnya, 'ibu santau' tidak keluar. Setiap kali bulan mengambang saya kembali sakit dan batuk berpanjangan.
"Selepas setahun menderita, saya cuba merawat diri sendiri dengan terapi Ruqyah Jibril. Ia adalah ayat yang digunakan malaikat Jibril untuk merawat Rasulullah yang disihirkan seorang Yahudi dikenali sebagai Labib al Aqsa. Beliau mengambil rambut Rasulullah dari sikat Baginda dan membuatkan bunjut serta meletakkan jarum.
"Malaikat Jibril datang merawat Rasulullah menggunakan Ruqyah Jibril, yang merangkumi 20 ayat dalam al-Quran dari surah terpilih," katanya.
Dedahnya, selepas beberapa tahun, insan yang menganiayanya datang menemuinya untuk meminta maaf kerana mahu mengerjakan haji.
"Apabila saya membuat kajian, mengapa masyarakat kita gemar menggunakan sihir dan ilmu hitam untuk mengenakan pihak yang tidak disukai adalah kerana ia tidak boleh dikenakan hukuman berikutan akta berkaitan sihir di negara ini masih belum digubal," katanya.
Semasa masih berkhidmat sebagai pengajar sekolah, orang ramai sering meminta bantuannya untuk merawat menggunakan perubatan Islam yang dipelajarinya daripada tokoh makhluk halus terkemuka dunia, Sheikh Waheed Abdul Salam Bali ketika belajar di Mesir.
Pernah beliau turut merawat 'orang besar' di sebuah stesen televisyen dan bertitik-tolak daripada itu, beliau ditawarkan slot Perubatan Islam dalam Wanita Hari Ini (WHI) selama 86 siri, dijemput sebagai tetamu menerangkan isu makhluk halus, saka dan sihir dalam Expose Mistik (Astro Oasis) pada tahun 2005 dan Nona.
Pada tahun 2006, anak jati Pendang, Kedah ini, membuka Pusat Rawatan Islam Darul Ruqyah di Batu Caves dan kini beliau melebarkan cawangan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang serta Pendang.
Antara pengalaman merawat pesakit yang tidak dapat dilupakan adalah apabila pesakit mengadu telefonnya sering berdering pada waktu malam dan awal pagi tetapi nombor yang timbul adalah nombor miliknya sendiri.
"Pesakit itu turut melaporkan kepada syarikat pengendali telefon tetapi tiada rekod dan mustahil nombor kita sendiri yang memanggil kita. Apabila saya rawat beliau, barulah tahu rupanya ada saka yang mengganggu menggunakan telefon," katanya.
Selain itu, beliau pernah merawat seorang pengarah hospital yang menghidap kanser lidah dan dengan izin Allah, pesakit itu semakin pulih dan lidahnya tidak perlu dipotong.
"Pesakit itu mahu mencari rawatan alternatif dan berjumpa saya. Saya rawat menggunakan air zam zam, membaca ayat al-Quran dalam kuantiti banyak, misalnya Bismillah sehingga sejuta kali, al-Fatihah sehingga 100,000 kali serta zikir dan dihadiahkan kepada pesakit itu. Rupanya ada `benda lain' yang transit pada lidahnya," katanya yang turut dikunjungi penyelidik dari universiti untuk mengetahui kaedah yang digunakan dalam rawatan.
Walaupun Mohd Suhaimi adalah perawat gangguan makhluk halus, beliau tidak terlepas daripada dikacau oleh makhluk itu.
Ceritanya, pernah satu hari ketika memandu tidak sampai lima minit untuk ke Kuala Lumpur bagi bersiaran di WHI dari Kedah, keretanya tiba-tiba berasap sehingga beliau sekeluarga dan pembantu terpaksa keluar. Keretanya meletup sebanyak empat kali.
"Saya membuat laporan polis dan ke Kuala Lumpur dengan kereta lain. Malam itu, saya bermimpi `benda' itu datang dalam mimpi dan mentertawakan saya. Itu bukan kali pertama, kadang kala kereta yang dipandu berhenti tanpa sebab, rim tayar tiba-tiba patah, kadang kala tanpa menekan minyak kereta bergerak sendiri, saya cuma menjaga brek.
"Saya ingat jika ada ilmu dan menghafal al-Quran, tentunya benda halus ini tidak mengacau, rupanya lagi kuat. Pada peringkat awal, saya rasa takut dan tidak selesa dengan gangguan ini, tetapi lama kelamaan, saya okay saja," katanya.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Syariah Islam Universiti al Azhar, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Bahasa dari Universiti Putra, Ijazah Pengajian Islam Universiti Terbuka Malaysia dan kini, sedang melanjutkan pengajian pada peringkat doktor falsafah di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam ini, bertemu jodoh dengan Noraisyah Zainal, 36 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Nasihatnya, orang ramai tidak seharusnya menganggap setiap penyakit itu disebabkan makhluk halus, termasuk saka.
"Pergilah berjumpa doktor dulu kerana kebanyakan penyakit perlu diubati dengan kaedah perubatan sains dan moden. Jika mahu menggunakan perubatan Islam, rujuklah senarai dengan Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (GAPIMMA) supaya tidak tertipu.
"Seperti juga produk, pastikan ada pensijilan seperti halal, barulah mudah diambil tindakan jika berlaku sesuatu yang tidak kena," katanya yang turut menjalankan perniagaan pemakanan sunnah seperti buah tin dan zaitun di bawah jenama, DRQ.
https://www.bharian.com.my/node/72444
Ubati diri sendiri kena santau | BHplus | Berita Harian
Bagaimana Cara & Tips Sembuhkan Diri Sendiri Dari ...
https://mediamaklumat.com › Tips6 Sep 2017 - Azab sihir dan santau ni orang yang kena je tahu betapa sakitnya. ... Saya dapat tips ini dari seorang ustaz katanya ubat diri sendiri kalau ...Bagaimana Menangani Santau? - Darussyifa Bandar Baru ...
darussyifabbst.blogspot.com › ... › penyakit › Perubatan Islam › rawatan › santau15 Apr 2012 - Koleksi dari ceramah rawatan santau oleh .... 1) Batuk yang berterusan walaupun makanubat hospital pun tak baik-baik dan gejala batuk pada ...15 Tanda Anda Terkena Santau, Jenis Santau & Cara Ubat ...
bukan-yang-biasa.blogspot.com/2015/04/15-tanda-anda-terkena-santau-jenis.html15 Apr 2015 - 15 Tanda Anda Terkena Santau, Jenis Santau & Cara Ubat Santau ... Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, ...santau bisa santau pedih santau racun cara rawatan daun ...
https://perangisihir.wordpress.com/.../santau-bisa-santau-pedih-santau-racun-cara-rawa...12 Jun 2014 - SANTAU. Santau merupakan salah satu sihir yang popular masyarakat di Malaysia umumnya. Santau merupakan racun yang dibuat oleh ...
Mengenali Dan Mengubati Santau - Tazkirah.net
https://tzkrh.com/mengenali-dan-mengubati-santau/Mengenali Dan Mengubati Santau. Oleh Rasyidah Rahmat • 29 Jan 2018 • 3 min baca. Perubatan Islam pada masa kini merupakan rawatan alternatif yang ...
GAYA HIDUP Mengenali Dan Mengubati SantauOLEH RASYIDAH RAHMAT • 29 JAN 2018 •
Perubatan Islam pada masa kini merupakan rawatan alternatif yang utama khususnya kepada pesakit yang mengalami sakit yang berkaitan dengan makhluk halus.
Kewujudan jin dan iblis tidak dapat dinafikan, maka kita seharusnya membina benteng diri agar terlindung daripada segala kemudaratan.
Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai racun halus iaitu santau. Apakah disebalik penyakit santau dan bagaimana cara mengubatinya?
Sedikit perkongsian ini mudah-mudahan memberi manfaat kepada para pembaca agar dapat beramal dengannya bagi keselamatan diri dan keluarga.
#1 – Apa Itu Santau?Santau merupakan satu campuran dari bahan-bahan berbisa dan beracun yang dihantar secara langsung atau tidak langsung untuk mengganggu/ merosakkan kehidupan seseorang.
Santau juga terdiri daripada santau makanan dan santau angin. Dalam situasi ini, banyak kisah masyarakat yang disantau dapat kita jadikan iktibar agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia.
#2 – Tanda Awal Santau
Mari kita lihat di antara tanda-tanda awal seseorang yang terkena santau.
#1- Mengalami batuk yang berlarutan dan batuk berdarah. Selain itu, sering mengalami sakit di bahagian belakang badan dan merasa lenguh di bahagian sendi-sendi utama.
Bagi kaum wanita, peredaran darah haid menjadi tidak teratur dan mengalami istihadah (darah yang keluar bukan pada masa haid dan juga nifas). Dalam pada itu, jika wanita tersebut sedang mengandung, boleh terjadi keguguran terhadap kandungannya.
#2- Mengalami masalah nafas berbau dan pada bawah mata dan kukunya kelihatan berwarna biru. Semasa tidur, seseorang itu akan bermimpi ular, dikejar haiwan berbisa atau liar, jatuh dari tempat tinggi, ada sesuatu benda tajam yang seakan ingin menikam dan bermimpi bayi.
#3- Mengalami lebam-lebam di leher.
Dalam konteks ini, membuat rawatan amatlah penting untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku.
Dalam perubatan Islam digariskan panduan dalam memilih pengamal perubatan yang benar-benar menggunakan kaedah yang betul menurut Al-Quran.
#3 – Ciri-ciri Pengamal Perubatan Palsu
Peringatan! Hati-hati dalam memilih tempat perawatan agar cara perubatannya selari dengan syariat Islam.
Antara ciri pengamal perubatan yang palsu ialah:
#1- Di tempat perubatannya mempunyai tengkorak binatang seperti tengkorak lembu.
#2- Mempunyai karakter yang berubah ketika melakukan perawatan seperti tidak sedarkan diri/menurun dengan menuduh seseorang.
#3- Menggunakan asap. Hal ini kerana asap merupakan makanan jin.
#4- Memberi azimat tertentu.
#5- Tidak memakai pakaian.
#6- Tidak mengucapkan lafaz Insya-Allah (Dengan izin Allah).
#7- Berasa bangga diri/bongkak dengan menyatakan dirinya hebat.
Maka, berhati-hati dalam memilih pengamal perubatan. Jauhi perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah S.W.T.
#4 – Tips Menghindarkan Diri Daripada Santau
Beberapa tips penting untuk menjadi pembenteng diri bagi mengelakkan daripada penyakit santau.
#1- Membaca Surah Al-Fatihah
#2- Membaca Ayat Kursi
#3- Membaca Surah Al-Furqan ayat 23
#4- Melakukan Solat Sunat Tahajud
Allah S.W.T memberikan maqam yang terpuji kepada hamba-Nya yang mengamalkan Solat Sunat Tahajud dengan terhindarnya daripada santau.
#5 – Al-Quran Sebagai Penawar
Terdapat seribu satu rahsia penawar di dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan untuk penjagaan diri kita.
Amal fardi dan kekuatan dalaman diri yang mampu menyembuhkan penyakit dalam diri kita.
Perubatan alternatif ini hanya salah satu usaha kita untuk merawat selebihnya kita perbanyakkanlah bertawakal kepada Allah S.W.T. Segala puji bagi Allah, semoga perkongsian ini bermanfaat buat pembaca.
Rujukan:
Ceramah Al-Kulliyyah Ustaz Sharhan Shafie
Kos Operasi RM5000 Setiap BulanSejak 2014, Tazkirah.net komited menerbitkan bahan-bahan Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah, 6,329,735++ halaman web ini telah dibaca dari seluruh dunia. Bayangkan jika semua orang boleh menyumbang walaupun RM10, lebih banyak bahan menarik berkaitan Islam dapat kami terbitkan
SUMBANG SEKARANG
Maaf, belum bersedia. Tutup.
Mengenali Dan Mengubati Santau
https://tzkrh.com/mengenali-dan-mengubati-santau/
Berita Berkaitan
Sihir, santau masih diamalkan masyarakat Melayu
Kaedah saintifik kesan makhluk halus, jin
SIRI MISTERI: Jin dan alam ghaib
SIRI MISTERI: Jin bekerjasama cetus histeria
Cari penawar penyakit mesti ikut syarak
Jin takut guru Ustaz Sharhan
SOP perlu bagi kes syariah babit unsur mistik
SIRI MISTERI: Langsuir serang kampung
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peceq.blogspot.com/2018/11/santau-angin-dan-pengubatannya-in-syaa.html