Roti Jala ni saya tempah je, buat carian di Facebook. Sangat berpuas hati, sedap Roti Jala dan kuah karinya.
Cheese Tart yang ceria dan sedap ni pun hasil buat carian di Facebook. Tempah juga Cheese Tart perisa buah
Kek Pisang dibuat oleh salah seorang kakak saya. Sedap bila tergigit coklat tu
Kata santai je kan…ginilah rupanya 😂. Orang dewasa berbual sambil makan, yang kecik sibuk main dan berebut mainan. Bersepah gini. Selain makanan di atas, ada yang bawa bihun goreng dan pelbagai jajan
Kami berkumpul di luar rumah je, ruang terbuka dan lebih seronok dapat angin petang. Alhamdulillah cuaca redup je, tak hujan dan tak panas. Mula selepas Asar dan bersurai sebelum Maghrib. Walaupun sekejap dan ringkas begini, tapi cukup puas hati dan seronok! Nampak Mak tersenyum lebar dan seronok dapat berkumpul dengan anak-anak dan cucu-cucu. Yang jauh di luar Johor kami sempat buat video call, termasuklah yang tinggal di Sarawak|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |