Santa Claus Tidak Kenal Rusa Terbang Kereta Salji


Santa Claus Tidak Kenal Rusa Terbang & Kereta Salji?

Santa Claus adalah satu watak yang sangat terkenal di dalam perayaan Krismas. Watak ini diambil dari seorang tokoh agama Kristian iaitu Saint Nicholas (270-343 M) yang merupakan seorang Bishop Kristian dari Myra (Lycia, Turki hari ini) di abad ke 4 M di bawah kerajaan Rom.[1]

Beliau dikenali sebagai seorang yang bermurah hari dan gemar membantu orang. Setelah beliau meninggal pada 6 Disember 343, kisah tentang kebaikkannya itu tersebar di seluruh dunia Kristian dan ia mulai disebut sehingga ulang tahun kematiannya itu sentiasa dirai oleh masyarakat Kristian Barat dan Timur.

Perayaan mengingati beliau itu dikenali sebagai Saint Nicholas Day yang dirayakan pada 5/6 Disember oleh masyarakat Kristian Barat dan 19 Disember oleh masyarakat Kristian Timur.[2] Pada abad 13 M, sejarah ketokohan St Nicholas mula dikenali di Belanda dan beliau dikenali sebagai sebutan Sinterklass.

Perayaan Saint Nicholas Day ini telah berlaku kombinasi dengan perayaan Krismas pada 25 Disember memandangkan jarak tarikh kedua sambutan itu tidak jauh. Sehingga apabila berlaku Krismas maka watak Santa Claus tidak dapat dipisahkan. Akan tetapi watak Santa Claus pada zaman awal tidak dikenali seperti bentuk hari ini. Wataknya yang berpakaian serba merah, menaiki rusa terbang dan memberi hadiah ke dalam stokin itu merupakan penokok tambah oleh zaman terkemudian. Ia berpunca dari beberapa faktor:

1) Imej memberi hadiah ke dalam stokin: John Pintard yang merupakan pengasas kepada New York Historical Society merupakan individu penting dalam mempromosikan watak Santa Claus memberi hadiah ke dalam stokin. Pada hari Saint Nicholas Day pada tahun 1810, Alexander Anderson iaitu kerabat John Pintard telah melukis watak St. Nicholas meletakkan hadiah ke dalam stokin kaki kanak-kanak yang tergantung rapi. Ia seolah-oleh menggambarkan bagaimana St Nicholas membantu setiap orang. Hasil dari lukisan tersebut maka tersebar gambaran Santa Claus memberi hadiah ke dalam stokin ke dalam filem dan lukisan.

2) Imej menaiki kereta salji dan rusa terbang: Pada tahun 1822 terdapat seseorang yang penulis bernama Clement Moore menulis sebuah buku cerita bertajuk The Night Before Chirstmas dan di dalam buku tersebut beliau menambahkan beberapa elemen kisah dongeng dari Jerman dan Norway. Ia mengambarkan Santa Claus seorang dewa yang memiliki kelebihan yang istimewa. Dalam buku tersebut menambah konsep Santa Kalus menaiki kereta salji yang ditarik oleh lapan ekor rusa terbang, yang digunakan Santa untuk mengantar hadiah yang dimasukkan ke dalam stokin kaki kanak-kanak.

3) Imej berbaju merah dan putih: Baju Santa Claus yang disinonimkan dengan warna merah adalah disebabkan faktor komersial produk antaranya jenama gula-gula Sugar Plums di Amerika Syarikat pada tahun 1868 menunjukkan Santa Claus memakai baju merah. Setelah itu, imej Santa Claus disinonimkan warna merah putih adalah hasil promosi besar-besaran dari Coca-Cola pada tahun 1931 iaitu sebuah lukisan oleh Haddon Sundblom mengambarkan Santa Claus memakai baju merah dan putih seperti yang terkenal pada hari ini.[3]

Selain dari Santa Claus, pokok Krismas juga adalah simbolik yang sinonim dengan perayaan tersebut. Pokok Krismas yang biasa digunakan untuk perayaan ini adalah terdiri dari jenis pohon cemara. Sejarah menghias pokok cemara ini ia bermula dari Martin Luther dari Jerman yang merupakan reformis Protestan di dalam agama Kristian pada abad ke 16 M.

Dikisahkan pada suatu malam saat Martin Luther sedang berjalan-jalan di hutan. Dia kagum dengan keindahan gemerlap bintang di langit yang sinarnya menembusi celah-celah pohon cemara tersebut. Lalu Martin Luther menebang sebuah pohon cemara kecil dan membawanya pulang ke rumah. Untuk menciptakan gemerlap bintang seperti yang dilihatnya di hutan, Martin Luther memasang lilin-lilin pada setiap dahan pohon cemara tersebut.[4] Dari tradisi ini bermulanya konsep menghias pohon cemara dan dibuat pada perayaan Krismas.

Menghiasi pokok Krismas pada malam Krismas ini masih lagi menjadi perdebatan di kalangan masyarakat Kristian sendiri. Ada yang menolak berdasarkan ia bukan ajaran di dalam Bible. Malah ada pandangan yang menolak mengatakan ia adalah pengaruh dari ajaran paganisme iaitu dari perayaan Saturnalia yang dirayakan oleh masyarakat Rom pada suatu ketika dahulu. Masyarakat Rom akan menghias pokok dengan mengantung topeng-topeng kecil sempena hari kelahiran dewa Sol Invictus pada 25 Disember.

Kesimpulan

Hasil dari pengaruh ini menyebabkan wujudnya bentuk amalan yang disandarkan kepada agama yang akhirnya amalan tersebut menjadi perbahasan dikalangan ilmuan Kristian sendiri. Contoh terdekat adalah perayaan Krismas pada 25 Disember itu sendiri menjadi perdebatan.

Selain itu, watak Santa Claus juga dibayangi dengan imaginasi oleh orang terkemudian dengan menokok tambah rusa terbang bersama kereta salji dan imej berpakian serba merah. Penokok tambah itu berlaku secara bertahap sehingga ia menjadi imej yang penting di dalam perayaan Krismas.

Kini dapat dilihat, antara promosi mereka adalah dengan mengenakan pakaian seperti Santa Claus, pemakaian topi Santa Claus dan tanduk rusa sebagainya itu merupakan imej pemakaian orang Kristian bagi menyambut Krismas. Walaupun ia bukan suatu bentuk ajaran di dalam agama Kristian tetapi ia sudah membentuk suatu imej dan identiti khusus bagi penganut agama Kristian bagi sambutan Krismas.

Nota kaki:
_____________________

[1] Lihat Lloyd, John Mitchinson (2008). The book of general ignorance (Noticeably stouter edition). Faber and Faber, hlm 318.
[2] Lihat Carus, Louise (2002). The Real St. Nicholas. Quest Books, Illinois, USA, hlm 2
[3] Lihat laman web Coca-Cola, 5 Things You Never Knew About Santa Claus and Coca-Cola artikel 1 Januari 2012 - www.coca-colacompany.com
[4] Lihat laman web History, History of Christmas Trees, artikel 27 Oktober 2009 - www.history.com

R&D Team Multiracial Reverted Muslims
Firdaus Wong Wai Hung (Official)#CelahGelegar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/santa-claus-tidak-kenal-rusa-terbang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Naik Kereta Wira Lelaki Di Reject Kawan Wanita Buat Buat Tak Kenal Rileks Media

Kerana Naik Kereta Wira Lelaki Di Reject Kawan Wanita Buat Buat Tak Kenal Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 417 hits
Pengakuan Benar Lelaki Ini Di REJECT Sebab Pakai Kereta Buruk Dah biasa dah tengok orang Malaysia ni yang pandang status hidup berdasarkan kereta yang dibawa Tapi tak sangka pulak sampai macam ni sekali Baru baru ni menurut WORLD OF BUZZ se...
Spesifikasi Dan Harga Kereta Proton Suv X70

Spesifikasi Dan Harga Kereta Proton Suv X70

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 1974 hits
Spesifikasi Dan Harga Kereta Proton SUV X70 Pasti ramai yang nak tahu Spesifikasi harga dan wajah Proton SUV pertama Malaysia yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Disember 2018 Proton SUV ini d...
Sayang Suamiku Dunia Akhirat Perniagaan Genap Setahun Beby Maembong Terima Kejutan Kereta Mewah Dari Suami Bertuahnya

Sayang Suamiku Dunia Akhirat Perniagaan Genap Setahun Beby Maembong Terima Kejutan Kereta Mewah Dari Suami Bertuahnya

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 670 hits
Usahawan produk kecantikan Beby Maembong telah berkongsi berita gembira di akaun Instagramnya baru baru ini Mana tidaknya Beby atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail telah menerima kejutan istimewa daripada suami tercinta Nazri sebuah kereta...
Duterte Tak Tahu Ker Di Kelantan Kereta Mewah 1 Keperluan

Duterte Tak Tahu Ker Di Kelantan Kereta Mewah 1 Keperluan

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 349 hits
Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah mengarahkan semua agensi kerajaan untuk mengelak menggunakan kenderaan mewah dan kekal kepada kereta yang kos efektif menjimatkan minyak dan mesra alam sekitar dalam usaha menunjukkan bahawa pentadbir...
Kereta Ditarik Bank Ketahui Proses Di Bawah Akta Sewa Beli 1967

Kereta Ditarik Bank Ketahui Proses Di Bawah Akta Sewa Beli 1967

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 355 hits
Sebelum ini terdapat satu video viral yang mengenai ketidakpuasan hati seorang tuan punya kereta terhadap penarik kereta yang memperlihatkan tuan punya kereta tersebut telah melanggar dari belakang sebuah kereta lain yang berkemungkinan kep...
Lelaki Ini Solat Atas Jalanraya Yang Penuh Dengan Kereta Sebab Kenapa Didedahkan

Lelaki Ini Solat Atas Jalanraya Yang Penuh Dengan Kereta Sebab Kenapa Didedahkan

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 479 hits
Lelaki Ini Solat Atas Jalanraya Yang Penuh Dengan Kereta Sebab Kenapa DidedahkanLelaki Ini Solat Atas Jalanraya Yang Penuh Dengan Kereta Sebab Kenapa Didedahkan
Tips Booking Tiket Kereta Murah Untuk Liburan Akhir Tahun Anda

Tips Booking Tiket Kereta Murah Untuk Liburan Akhir Tahun Anda

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 459 hits
Akhir tahun adalah waktu yang pas untuk merencanakan liburan bersama orang terkasih ataupun keluarga besar Moment perayaan Natal dan tahun baru yang dibarengi dengan liburan sekolah serta cuti bersama akan memberikan Anda kesempatan untuk m...
Kereta Cepat Jakarta Surabaya Masuk Tahap Studi Kelayakan

Kereta Cepat Jakarta Surabaya Masuk Tahap Studi Kelayakan

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 217 hits
Direktur Jenderal Perkeretaapian Kementerian Perhubungan Zulfikri mengatakan saat ini proses pembangunan kereta cepat Jakarta Surabaya memasuki tahap studi kelayakan Setelah studi kelayakan diharapkan pembangunannya segera terealisasi
Kai Siapkan 79 Kereta Angkutan Selama Libur Natal Dan Tahun Baru 2019

Kai Siapkan 79 Kereta Angkutan Selama Libur Natal Dan Tahun Baru 2019

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 300 hits
Menyambut masa libur Natal dan Tahun Baru PT Kereta Api Indonesia Daop 1 menyiapkan 79 perjalanan KA Jumlah ini meningkat 9 persen dibanding masa angkutan Nataru tahun 2017 yakni sebesar 72 perjalanan KA Tahun ini masa angkutan Nataru ditet...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah