Sangka Hamil Rupa Rupanya Norsiah Hidap Kanser Hati Tahap Empat


Sangka hamil rupa-rupanya Norsiah hidap kanser hati tahap empat. Sepasang suami isteri di Kampung Bok Bak sedang melalui ujian kehidupan yang amat mencabar apabila kedua-duanya didiagnosis dengan penyakit kronik serius yang memberi kesan besar terhadap kehidupan seharian mereka.
Sangka Hamil Rupa-rupanya Norsiah Hidap Kanser Hati Tahap Empat Norsiah Hashim, 35, pada mulanya menyangka dirinya hamil apabila perutnya membesar secara luar biasa. Namun, pemeriksaan perubatan mengesahkan bahawa dia sebenarnya menghidap kanser hati tahap empat, yang menyebabkan perutnya dipenuhi cecair.
Suaminya, Mohd Zaki Md. Isa, 36, pula berdepan dengan penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak lagi mampu melakukan pekerjaan berat.

Menurut Norsiah, semuanya bermula apabila kedua-dua kakinya mengalami bengkak. Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, sebelum menerima diagnosis mengejutkan pada Julai tahun lalu.
“Saya tidak sangka penyakit ini datang dengan begitu cepat. Sekarang, perut saya membesar seolah-olah saya mengandung sembilan bulan,” katanya semasa lawatan Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal, yang hadir menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan asas kepada mereka.
Akibat penyakitnya, Norsiah kini mengalami kesukaran untuk bergerak dan memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan perlahan dalam rumah. Dalam masa yang sama, Mohd Zaki yang dahulunya bekerja sebagai pemandu di syarikat telekomunikasi, terpaksa berhenti kerja kerana keadaannya yang semakin uzur.
“Kehidupan kami kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi menampung perbelanjaan harian dan kos perjalanan ke hospital,” katanya lagi.
Mereka juga terpaksa mendapatkan bantuan daripada kenalan dan jiran untuk urusan ke hospital kerana Mohd Zaki tidak lagi mampu memandu dalam jarak yang jauh.
Lebih menyayat hati, keluarga ini turut menghadapi cabaran lain apabila bapa Norsiah, Hashim Lahman, 72, mengalami masalah penglihatan dan pernah menjalani pembedahan pada tahun 2022.

Selain itu, kakaknya Siti Hajar, 40, merupakan seorang OKU yang pekak dan bisu, tinggal bersama mereka. Anak tunggal Siti Hajar, Muhammad Syukur Md. Zuki, 21, juga merupakan OKU pelbagai, dan kedua-duanya hanya bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kelangsungan hidup.
Semenjak Norsiah jatuh sakit, segala urusan rumah banyak dibantu oleh Siti Hajar, termasuk memasak dan menguruskan keperluan isi rumah.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Norsiah memerlukan penderma yang sesuai untuk menjalani pembedahan bagi merawat kanser hati, namun sehingga kini, penderma yang sesuai masih belum ditemui.
Lebih membimbangkan, anak perempuan mereka, Nur Aira Medina, yang kini berusia empat tahun, turut menghidap penyakit sawan sejak kecil.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Ini Makanan Buat Pesakit Kanser Untuk Kekal Sihat
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Sangka Hamil Rupa-rupanya Norsiah Hidap Kanser Hati Tahap Empat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sangka-hamil-rupa-rupanya-norsiah-hidap-kanser-hati-tahap-empat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Dengki Hati Tak Rosak Rahsia Persahabatan Senario Kekal Utuh Selepas Bertahun Tahun

Tak Ada Dengki Hati Tak Rosak Rahsia Persahabatan Senario Kekal Utuh Selepas Bertahun Tahun

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 134 hits
Kalau nak tahu Senario ni memang lain macam Kat depan kamera memang kelakar tapi belakang tabir pun tetap lucu dan ada aura yang menghiburkan sesiapa yang ada bersama mereka Persahabatan mereka tak pernah pudar sebab dari dulu sampai sekara...
Sakit Hati Kita Tau

Sakit Hati Kita Tau

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 127 hits
Assalamualaikum Sakit betul hati ngan bangla tukang siang ikan kat Zemart tu SA beli ikan bawal lepas tu suruh dia buang sisik dan belah perut je dh ckp yg sirip apa semua jangan buang angguk bukan main beria lagi sekali sampai rumah Nohhhh...
Fandi Berpuas Hati Dengan Barisan Pemain Mereka Beri Komitmen Beraksi Baik Tapi Kena Kad Merah

Fandi Berpuas Hati Dengan Barisan Pemain Mereka Beri Komitmen Beraksi Baik Tapi Kena Kad Merah

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 118 hits
KUALA LUMPUR Ketua jurulatih Sri Pahang Fandi Ahmad berpuas hati dengan berisan pemain bersama staf kejurulatihan yang memberikan komitmen memuaskan dalam aksi final Piala Malaysia 2024 25 meskipun tewas 1 2 kepada Johor Darul Ta zim malam ...
Gigih Nak Sedapkan Hati Bila Gagal Di Ayer Kuning

Gigih Nak Sedapkan Hati Bila Gagal Di Ayer Kuning

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 135 hits
Fais Al Hajari Dah kata sah akan ada anak papa yang tersakiti dengan ulasan ringkas saya pasal PRK Ayer Kuning tu Apa yang saya cakap tu salah ke Saya tak reka fakta Benda tu terpampang dalam keputusan undi Bahkan kalau kita relatifkan deng...
Nak Sedapkan Hati Penyokong

Nak Sedapkan Hati Penyokong

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 118 hits
RMS Logik ke menang besar lebih 5 000 undi majoriti tanda penolakan pengundi pada kjaan yang kalah PAS hahahaha tolol derr
Bukan Lagi Rahsia Hael Husaini Akui Hati Sudah Dimiliki Tak Tolak Kahwin Dalam Masa Terdekat

Bukan Lagi Rahsia Hael Husaini Akui Hati Sudah Dimiliki Tak Tolak Kahwin Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 126 hits
Penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini akui hati sudah dimiliki dan tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang dalam waktu terdekat Meskipun begitu Hael tetap menjaga privasinya dan enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi yang menga...
Mak Ayah Tegas Atau Terlalu Keras Hati Hati Bila Anak Dah Tak Nak Cerita Apa Apa

Mak Ayah Tegas Atau Terlalu Keras Hati Hati Bila Anak Dah Tak Nak Cerita Apa Apa

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 162 hits
Sebab terlalu takut anak belajar menipu Betul ke parenting style yang garang boleh jadikan anak lebih memberontak dan menipu sebab mak ayah garang Kalau ikut logik mak ayah yang tegas dan garang ni biasanya fikir mereka tengah mendidik Tapi...
Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Tkbpg 3 November Tkbpg Top 5 By Octavio

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Satay Buaya Dan Kisah Tom Yam Paste Yang Dibuang Di Airport

Drama Selamat Pengantin Haru

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Lebih Ramai Bukan Bumiputera Akan Masuk Sebagai Ahli Bersekutu Bersatu Pahang Dalam Masa Terdekat Ini

Cara Buat Link Whatsapp

Bekas Penjaga Gol Lagenda Pulau Pinang Meninggal Dunia Ketika Beraksi