Sanggup Tak Turun Laut Bantah Psr
GEORGETOWN - Kira-kira 1,000 nelayan Pulau Pinang berkumpul di Padang Kota Lama di sini bagi menyatakan bantahan berhubung cadangan Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Selatan (PSR) di negeri itu.
Perhimpunan Hari Solidariti Nelayan yang diketuai Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Nazri Ahmad bermula dari jam 10 pagi itu dijangka berakhir pada jam 2 petang.
Nazri berkata, kesemua nelayan terlibat tidak turun ke laut untuk menyertai demonstrasi tersebut bagi memastikan desakan bantahan terhadap projek itu diambil perhatian oleh kerajaan Pulau Pinang.
Beliau yang diiringi Presiden Persatuan Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader dan Koordinator Forum Pulau Pinang, Khoo Salma Nasution turut menyerahkan memorandum kepada kerajaan Pulau Pinang.
Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Penerangan, Zahar Zainul di hadapan pintu masuk Dewan Sri Pinang, iaitu lokasi berlangsung Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun pihaknya kesal apabila tidak dibenarkan masuk untuk bertemu dengan wakil rakyat bagi menyuarakan pandangan berhubung projek.
"Kehadiran kami di sini pagi ini untuk menyuarakan bantahan kami yang disuarakan sejak empat tahun lalu. Kami juga hanya mahu serahkan memorandum kepada kerajaan negeri namun malangnya kami tidak dibenarkan masuk.
"Tidak seperti di Parlimen kami dibenarkan berjumpa dengan ahli Parlimen malah dengan menteri juga. Kami bukan hendak membantah pembangunan namun, isu yang dibangkitkan adalah membabitkan kehidupan dan hak nelayan serta ekosistem yang terjejas sekiranya projek ini dijalankan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Yusni Mat Piah (Pas-Penaga) yang bertemu dengan kumpulan nelayan itu turut menerima satu salinan memorandum bantahan tersebut.
Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) namun tidak kepada pembinaan tiga pulau buatan tersebut kerana ia akan memusnahkan ekosistem hidupan haiwan laut dan pendapatan nelayan.
"Selain itu projek yang akan dibina di atas tiga pulau buatan itu tidak memberi sebarang kebaikan dan manfaat kepada penduduk Pulau Pinang. Mereka juga dilihat tidak mampu untuk membeli rumah yang akan dibina atas pulau buatan terbabit," katanya. - SINAR HARIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.penangkini.com/2019/11/sanggup-tak-turun-laut-bantah-psr.html