Canang Rm2 6 Bilion Hilang Tapi Rm270 Bilion Hilang Setahun Di Bawah Ph Siapa Nak Ganti


Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dalam tempoh setahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), ekonomi telah dirosakkan begitu teruk sekali akibat daripada penipuan fakta berkaitan hutang negara RM1 trilion.
Ujar beliau, rakyat harus sedar bahawa kerajaan PH telah ‘menghilangkan’ RM270 bilion ekonomi negara dan siapakah yang harus dipertanggungjawabkan untuk membayar gantirugi ini.
“Rosak dan merosakkan… Kementerian Kewangan rosak dan telah merosakkan ekonomi negara. Disebabkan ini saham daripada 1,800 mata jatuh kepada 1,600 mata. Kita hilang RM270 bilion ekonomi negara.
“Siapa nak bayar…? Kisah RM2.6 bilion bukan main diungkit tapi RM270 bilion yang hilang ini siapa yang nak bayar… akibat daripada ini dividen ASB turun, KWSP turun, Tabung Haji tinggal 1.25, hibah jadi hiba… inilah yang saya katakan rosak dan merosakkan sebab cakap hutang RM1 trilion.
“Sebab itu kita sudah cakap jangan letak orang yang tidak pakar… ini letak orang yang titik perpuluhan pun boleh silap,” sindir beliau.
Ahmad berkata demikian ketika menjadi panel dalam Program Dari Parlimen anjuran Penerangan UMNO Malaysia, yang disiarkan secara langsung melalui medium Facebook UMNO-Online, malam tadi.
Tambah beliau, disebabkan PH terlalu berpolitik akhirnya negara dan rakyat terpaksa menanggung akibatnya.
Selain itu Ahmad juga menegaskan, rakyat harus sedar hakikat dan fakta berkaitan hutang negara yang sering dimanipulasi oleh kerajaan PH.
“Fakta hutang negara adalah RM686 bilion semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu. Hutang ini adalah dalam tempoh 61 tahun BN memerintah tetapi setahun PH memerintah sepatutnya hutang negara turun. Ini tidak, hutang negara meningkat menjadi RM800 bilion dalam tempoh setahun.
“…cuba bezakan RM686 bilion dalam tempoh 61 tahun dengan RM800 bilion dalam tempoh setahun. Ini Fakta. Satu lagi… Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) cakap beliau tidak akan berundur selagi masalah hutang tak selesai… tapi bila nak selesai kalau hutang negara makin naik. Maknanya (Datuk Seri) Anwar Ibrahim hanya akan kekal jadi PM ‘tepi’ lah…,” ujar beliau sinis.
Jelas Ahmad seterusnya, kepimpinan PH tidak boleh mempergula-gulakan blok pembangkang kerana apabila mereka bangun bercakap dalam Sidang Dewan, mereka berhadapan dengan bekas Menteri dan Timbalan Menteri.
“Ahli Parlimen BN banyak pengalaman. Pemimpin PH bila bangun mereka tahu mereka berhadapan dengan bekas menteri dan timbalan menteri jadi nak temberang pun tak berani. Dulu mereka bangun mereka tidak pernah ada dalam kerajaan, sekarang baru tahu.
“Apa yang menarik sekarang di blok pembangkang adalah solidariti, bila kita keluar dewan, semua sekali keluar. Kita bantah sebab mahu yang lebih baik,” ujar beliau.
Bercakap berkaitan usul pengisytiharan harta yang dibentangkan di Dewan Parlimen pula jelas beliau, kerajaan PH cuba memberi gambaran kononnya blok pembangkang bantah usul ini kerana takut namun hakikatnya blok pembangkang menggesa usul ini dijadikan akta dan bukan sekadar usul.
“Usul ini tidak ada pemberat dan ini jelas menunjukkan mereka tidak ada pengalaman. Saya harap rakyat tidak terkeliru dengan spin yang mereka buat. Kita tidak takut… semua bekas menteri dan timbalan menteri dari BN dulu telah mengisytihar harta dan ada simpanannya pada kabinet dan kalau pihak yang berkaitan nak lihat atas sebab-sebab tertentu seperti SPRM dan AMLA, ada kepada Kabinet jadi dipersilakan. Langsung tidak timbul isu takut cuma apa yang kami syorkan supaya tidak hanya dijadikan usul.
“Usul jika tidak dipenuhi akan dibawa ke jawatan hak dan kebebasan. Speaker juga telah menyebut dia tidak ada kuasa yang betul-betul dan mantap untuk laksanakan perkara ini. Pada saya sikap mereka yang tergesa-gesa konon nak laksanakan usul ini macam nak jatuhkan imej pemimpin pembangkang kononnya kami takut,” jelas beliau.
Jelasnya lagi, ada perkara-perkara yang akan timbul apabila ia hanya sekadar usul dan antaranya adalah soal keselamatan apabila pengisytiharan ini disiarkan ke dalam portal.
“Ada yang bimbang jika anak mereka diculik… dari orang tidak tahu harta, orang sudah tahu. Siapa nak jaga kelamatan kalau hanya usul? Kalau dijadikan rang undang-undang tentu ada dimasukkan klausa-klausa tertentu.
“Kita mahukan lebih baik dari cadangan mereka supaya ada klausa perjanjian. Apa yang diinginkan oleh blok pembangkang adalah lebih baik dan kemas,” katanya lagi. – MediaUMNO


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/05/canang-rm2-6-bilion-hilang-tapi-rm270-bilion-hilang-setahun-di-bawah-ph-siapa-nak-ganti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Nak Bekal Internet Percuma Tapi Kerajaan Sanggup Bayar Pihak Lain Ytl

Kami Nak Bekal Internet Percuma Tapi Kerajaan Sanggup Bayar Pihak Lain Ytl

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 462 hits
Meskipun ada tawaran untuk mendapat perkhidmatan internet percuma tetapi kerajaan pilih pembekal lain walaupun terpaksa membayar dengan kos yang tinggi Itu pendedahan YTL Communications Sdn Bhd yang mendakwa bahawa Kementerian Pendidikan te...
Allah Tarik Suami Tapi Allah Ganti Dengan Yang Lebih Baik

Allah Tarik Suami Tapi Allah Ganti Dengan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 452 hits
Genap sebulan melahirkan anak sulung bekas isteri kepada Pencetus Ummah Abu Sufyan iaitu Ain Afini memuat naik foto wajah anaknya di The post appeared first on
Mahathir Kata Akan Pegang Jawatan Perdana Menteri 3 Tahun Tapi Tak Tahu Dari Tahun Bila Nak Start Kira Ni

Mahathir Kata Akan Pegang Jawatan Perdana Menteri 3 Tahun Tapi Tak Tahu Dari Tahun Bila Nak Start Kira Ni

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 761 hits
Disebabkan terlalu kerap ditanya oleh pelbagai pihak mengenai pengunduran beliau sebagai Perdana Menteri akhirnya Mahathir membuat kenyataan yang membuatkan cai PKR bakal meroyan Mahathir menegaskan bahawa beliau akan meletak jawatan dalam ...
Nak Putus Susu Janji Bawa Mateen Tengok Shark Tapi Ameera Tak Sampai Hati Akhirnya Kalah Juga

Nak Putus Susu Janji Bawa Mateen Tengok Shark Tapi Ameera Tak Sampai Hati Akhirnya Kalah Juga

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 407 hits
Bukan mudah seseorang ibu mahu bercerai susu dengan anak Apatah lagi selepas sekian lama menjadi sumber minuman kepada anak sampai waktu untuk menghentikannya memang tak sampai hati Begitu juga situasi yang dialami oleh pengacara jelita Ame...
Berbaloi 7 Tahun Menunggu Terus Dapat Kembar Bukan Ivf Tapi Allah Nak Bagi

Berbaloi 7 Tahun Menunggu Terus Dapat Kembar Bukan Ivf Tapi Allah Nak Bagi

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 423 hits
Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi 39 dikurniakan anak kembar perempuan beberapa hari lalu Menerusi laporan dia bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki walaupun dirinya dan isteri tidak mempunyai sejarah kembar Isterinya ...
Fakta Fakta Hilangnya Thoriq Di Gunung Piramid Rekannya Sadar Dia Hilang Sesampai Di Bawah

Fakta Fakta Hilangnya Thoriq Di Gunung Piramid Rekannya Sadar Dia Hilang Sesampai Di Bawah

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 345 hits
Kabar duka datang dari dunia pendakian tanah air Thoriq Rizki Maulidan ditemukan meninggal saat melakukan pendakian di Gunung Piramid Bondowoso Jumat Remaja asal Desa Sukowiryo Kecamatan Bondowoso Kabupaten Bondowoso Jawa Timur tersebut din...
Ada Hamba Allah Nak Hadiahkan Awak Telekung Yang Hilang Tu

Ada Hamba Allah Nak Hadiahkan Awak Telekung Yang Hilang Tu

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 648 hits
Baru baru ini seorang pengguna Twitter Dayang telah memuat naik status menceritakan kisah mereka sekeluarga yang telah berangkat menunaikan umrah sama tarikh dengan pelakon Lisa Surihani Namun ketika pulang ke Malaysia bagasi yang berisi te...
Nak Ajar Isteri Berdikari Tak Ada Masalah Tapi Suami Jangan Sampai Lepas Tangan

Nak Ajar Isteri Berdikari Tak Ada Masalah Tapi Suami Jangan Sampai Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 571 hits
Tidak dinafikan wanita ialah insan yang dilahirkan serba boleh Kalau boleh memang mahu suami bersama mengharungi semuanya namun atas kekangan isteri faham ada beberapa keadaan yang perlu dilalui seorang diri Kekangan waktu bekerja suami mis...
Kalau Boleh Nak Rahsiakan Saya Hamil Tapi

Kalau Boleh Nak Rahsiakan Saya Hamil Tapi

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 359 hits
Baru semalam Amar Baharin mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua Amyra Rosli tidak menyangka suaminya berbuat demikian kerana sebenarnya beliau ingin merahsiakan The post appeared first on
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Online Presence Is Critical For Business

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Cara Monetize Facebook Page Dan Buat Duit Di Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur