Sanggup Ambil Di Tempat Sampah Ini Pengorbanan Seorang Ayah Buat Anaknya
Di saat ramai yang berkemampuan membilang harta, jangan lupa masih ada yang bergembira walaupun hanya mendapat barangan terbuang di tempat sampah!
Menurut perkongsian seorang netizen, beliau terjumpa seorang lelaki yang membawa teddybear yang besar di hadapan motosikalnya. Rupanya, beliau menjumpai teddybear tersebut di tempat pembuangan sampah. Bila di tanya lanjut, katanya, anaknya teringin teddybear tersebut, dan harganya pula sangat mahal jika di beli di kedai. Jadi, dia mengutipnya di tempat pembuangan sampah dan akan membasuhnya bersih untuk dihadiahkan pada anaknya.
Menyentuh hati bukan, seorang bapa yang begitu menyayangi anaknya, bukan hanya rela berkorban masa dan tenaga, namun tak kisah ditertawakan orang lain kerana memungut barang terbuang, asalkan hasrat anak termakhbul.
Sekejap sahaja Tuhan hantarkan saya peringatan. Atas apa jua kepayahan yang sedang kita lalui, ada orang lebih susah dari kita.
Begitulah kasihnya seorang ayah. Kita selalu dengar kisah pengorbanan ibu dan para wanita. Namun, usah kita lupa pengorbanan para lelaki.
Setiap hari mereka keluar mencari rezeki. Entah hujan, entah panas. Tak siapa yang tahu apa dilalui setiap hari bagi memastikan ada nasi di atas pinggan untuk keluarga.
Lelaki ni memang jenis tak suka sangat bercerita apa yang mereka lalui di luar.
Tanggungjawab di bahu yang dipikul bukan mudah. Kadang tu, atas motor tak perasan air mata berlinang. Betul tak? Buat para lelaki, moga terus kuat semangat semuanya. Setiap tanggungjawab ini, ada ganjaran pahala di sisi Tuhan.
Mari kita semua bersama-sama terus melawan kerasnya hidup ini. Kita tidak boleh putus asa kerana di belakang kita ada harapan yang perlu dipenuhi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber: https://ift.tt/35Vo3d6
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2020/09/sanggup-ambil-di-tempat-sampah-ini.html