Sampai Masanya Kedah Kita Bangunkan Semula




Kedah yang menghadapi masa hadapan tidak menentu dan krisis bekalan air yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Pas mempunyai peluang kedua untuk maju bersama Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri, Julai ini.
Hal itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan sempena majlis Himpunan Madani Kedah 2023, malam tadi.
Katanya, tujuan beliau ke Kedah bukan untuk bermusuh dengan Kerajaan Negeri atau Menteri Besar tetapi menawarkan masa hadapan yang lebih baik buat rakyat negeri itu.
“Saya tidak datang untuk musuh sesiapa, saya datang untuk kata sampai masanya Kedah kita bangunkan semula. Rakyat yang pertahankan integriti, pertahan pertanggungjawaban. Bersihkan negara ini dan bela nasib rakyat miskin.
“Kita jaga kewangan negara. Hasil lebih baik dari dulu. Pesawah padi kita bela, pekebun getah kita tambah peruntukan, gaji elaun pejawat awam kita tambah. Naik ekonomi, saya janji kita tambah peruntukan mereka.
“Sekarang saya Menteri Kewangan, tengok fail, teruk. Kalau saudara tahu apa yang berlaku saudara tidak akan sokong mereka. Kalau tak tahu, dengar,” katanya di hadapan kira kira 6,000 hadirin yang memenuhi padang Stargate, Alor Setar selepas hujan lebat.
Sehubungan itu, Anwar menyeru agar rakyat Kedah tidak lagi termakan dengan fitnah yang dilemparkan oleh PN kononnya beliau menindas rakyat, zalim dan sebagainya.
Bagaimanapun, kata Anwar, sebanyak banyak tuduhan pemimpin PN tidak mampu menuduhnya mencuri harta rakyat. Bermakna tuduhan yang dileparkan itu hanyalah fitnah sehingga tidak keterlaluan, dan rakyat enggan percaya.
“Sebab itu di parlimen dia (pemimpin PN) tak berhujah banyak. Paling tidak, kalau saya bercakap dia lari. Di luar kata Anwar zalim, Anwar tindas rakyat. Tetapi satu perkara dia tak sebut, Anwar curi harta rakyat. Anwar curi balak, tanah. Saya syukur alhamdulilah, ramai rakyat dah mula buka mata (terhadap fitnah). Terutama anak muda.
“Allah beri kita fikiran maka nilai dan fikir. Bukan dengan benci, maki orang itu ini. Dakwah ini dengan baik. Bukan nak timbul benci,” katanya.
Anwar turut menjelaskan mengenai sindirian bahawa beliau suatu ketika lawan Umno tetapi kini bersama dengan BN.
Katanya, pemerintahan bersama dalam Kerajaan Perpaduan dilaksanakan atas prinsip dan kerjasama yang disepakati bertujuan membela rakyat.
“Dia kata dulu lawan Umno sekarang kawan, saya kawan sebab apa? Pertama titah raja, kedua sama sama setuju kita pakat. Ada orang kata, dalam pakatan dengan Zahid nak letak dia sebagai TPM, tak betul.
“Dia letak syarat kita bincang, pertama tatakeloa baik, negeri diselamatkan, institusi negara teratur, tolak rasuah, penyelewengan,” jelasnya.
Ahli Parlimen Tambun itu juga mendedahkan sikap PM sebelum ini yang tidak pernah bertemu tokoh perniagaan negara dan meminta syarikat besar milik mereka membantu rakyat susah. Sedangkan beliau bertemu taikun perniagaan untuk meminta diberikan bantuan kepada rakyat miskin.
Tindakan itu, katanya adalah bukti jelas perbezaan beliau dan PM yang lain.
“Ekonomi tidak dibolot tauke besar. Itu yang saya jumpa Syed Mokhtar, mereka marah. Saya kata Bernas untung, boleh tak beri sikit kat pesawah padi.
“Itu beza, syarikat sama, PM silih berganti. Saya tanya kat Syed Mokhtar adakah PM sebelum ini bagi tau hang untung banyak boleh tak beri sikit kat pesawah? Dia kata tak. Habis depa (minta) buat apa? Dia minta untuk depa, saya bagi la.
“Saya kata jangan bagi sampai hang rugi, bagi hang untung tetapi bela pesawah padi. Berapa dia bagi RM60 juta.
“(Kemudian) untung satu tahun (Bernas) 30% bagi kat pesawah. Dulu (PM sebelum ini kata) bolehkah beri kat parti aku? Ini Anwar nak habaq bagi, kalau tak kenai, kenai malam ni,” katanya lagi.
The post ‘Sampai masanya Kedah kita bangunkan semula’ first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36342?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sampai-masanya-kedah-kita-bangunkan-semula

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Bn To Give Special Focus On Wresting Kedah From Pn

Ph Bn To Give Special Focus On Wresting Kedah From Pn

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 393 hits
Mahdzir Khalid says a committee has been formed to ensure close cooperation between BN and PH in Kedah PETALING JAYA The parties in the unity government will be placing greater focus on its campaign in the Kedah elections to wrest the state...
Tuanku Lagi Bijaksana Hantar Orang Lain Maknanya Tak Berkenan Mb Kedah

Tuanku Lagi Bijaksana Hantar Orang Lain Maknanya Tak Berkenan Mb Kedah

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 313 hits
NASUHA RAHMANKuasa menghantar Menteri Besar ke Majlis Kewangan Negara merupakan kuasa Tuanku Sultan dan ia bukan boleh pandai pandai pihak lain yang menghasut Tuanku untuk hantar sesiapa ke sana Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanus...
Sanusi Diminta Dedah Status Pembinaan Lra Seluruh Kedah

Sanusi Diminta Dedah Status Pembinaan Lra Seluruh Kedah

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 259 hits
M Hifzuddin Ikhsanhifzuddin bh com myALOR SETAR Kerajaan negeri perlu telus dan berterus terang mengenai status pembangunan Loji Rawatan Air yang menyebabkan masalah air bersih gagal di Kedah diselesaikan sehingga kini Ketua Penerangan UMNO...
Nak Bantu Melayu Pulangkan Semula Apa Yang Kamu Sakaw

Nak Bantu Melayu Pulangkan Semula Apa Yang Kamu Sakaw

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 272 hits
Tegas dan padu Tak ada lagi berselindung Tak ada lagi nak sinis sinis Jelas DS Anwar sebut Mahathir dan Daim Betul apa yang DS Anwar katakan Mereka ini masa dalam kerajaan dulu bukan sikit yang mereka kaut untuk diri dan keluarga mereka Mas...
Pn Kedah To See Increase In Non Malay Support At State Polls Says Leader

Pn Kedah To See Increase In Non Malay Support At State Polls Says Leader

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 472 hits
PN Kedah deputy chief M Marimuthu said menteri besar Sanusi Nor had brought substantial foreign investments to the state ALOR SETAR Kedah Perikatan Nasional will see a slight increase in non Muslim support in the coming polls its deputy chi...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia