Sampai Hati Buat Cikgu Begini



Murnaena Muhammad [email protected]

Add caption
"TERGAMAK kalian buat cikgu begini." Demikian kekecewaan Mohd Khairul Izzuddin Shaari, 31, yang terbaca komen terbuka pelajar sekolah di Twitter yang tidak mempedulikan pembelajaran dalam talian.
Mohd Khairul memuat naik tangkap skrin komen negatif pelajar yang tidak peduli pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian di akaun Twitternya dan mendapat lebih dari 25,000 ulangkicau.
Melalui perkongsian itu, ramai guru berkongsi nasib sama tetapi tabah menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik.
Mohd Khairul berkata, kelakuan segelintir pelajar yang berani memuat naik ciapan di Twitter seolah-olah bersepakat tidak menghiraukan kerja sekolah diberi guru masing-masing mengundang kerisauan dalam dirinya.
"Pagi petang, siang malam cikgu bersusah payah mencari bahan untuk sediakan pembelajaran dalam talian untuk anak murid tapi ini balasan yang diberi.
"Kelakuan anak murid seperti ini amat mendukacitakan. Tolong hormat cikgu dan buatlah kerja sekolah yang diberikan supaya tidak ketinggalan," katanya.
Lebih kesal lagi, ada juga pelajar sekolah yang menulis di Twitter sengaja tidak mahu menyertai 'Google Classroom' dan kelas dalam talian di 'Google Meet' walaupun mempunyai akses Internet di rumah.
"Sepatutnya murid menggunakan kelebihan jaringan Internet di rumah kerana ramai di luar sana tidak mempunyai kemudahan ini terutamanya di pedalaman dan luar bandar.
"Saya yang bekerja di sekolah pedalaman di Kelantan memahami keinginan murid yang ingin belajar tetapi tiada akses Internet mahupun gajet," katanya.
Sementara itu, guru sekolah menengah, Wahida Mustaffa, 46, berkata, kejayaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam proses PdP dalam talian sebenarnya bergantung kepada pelajar itu sendiri.
"Tidak semua pelajar beruntung mempunyai akses Internet dan telefon bimbit. Ada yang terpaksa berkongsi dengan adik-beradik dan meminjam telefon ibu mereka.
"Namun, ada segelintir murid sengaja tidak mengendahkan kerja sekolah diberikan sedangkan bila saya jenguk mereka 'online' tetapi tidak respon di kumpulan Whatsapp kelas," katanya.
Situasi berbeza dialami guru tingkatan enam, Jamilah Mat Yusof, 43, yang bersyukur semua anak didiknya tiada masalah menyertai PdP dalam talian sehingga kini.
"Telegram dan Whatsapp antara platform yang saya gunakan untuk menyalurkan bahan bacaan dan 'slide' memandangkan ada segelintir pelajar yang tidak mengaktifkan alamat akaun Google.
"Saya rasa dalam hal ini, kematangan dan usaha pelajar itu sendiri penting dalam proses pembelajaran dalam talian kerana cikgu tiada kuasa untuk marah dan arah pelajar ikut cakap cikgu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 5:27 PM
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://berita-saya.blogspot.com/2020/05/sampai-hati-buat-cikgu-begini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Storm Ebook Terbaru Dari Cikgu Fadli Salleh

Storm Ebook Terbaru Dari Cikgu Fadli Salleh

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 335 hits
STORM Ebook terbaru dari Cikgu Fadli Salleh Ya Cikgu Fadli Salleh telah kembali dengan ebook terbarunya Ebook yang diberi nama STORM adalah singkatan kepada Stories In Maths ini telah ditulis oleh beliau bersama sama dengan kakaknya yang ju...
Syoknya Teroka Ilmu Stem Di Rumah Bersama Cikgu Hailmi The Wayang Kulit

Syoknya Teroka Ilmu Stem Di Rumah Bersama Cikgu Hailmi The Wayang Kulit

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 546 hits
Pusat STEM Negara Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM akan mengadakan Bengkel dalam Talian Syoknya Teroka Ilmu di Rumah bersama Cikgu Hailmi sebagai pengendali sesi bengkel pada kali ini Syoknya Teroka Ilmu STEM di Ru...
Dari Cikgu Kepada Cikgu Selamat Hari Guru 2020

Dari Cikgu Kepada Cikgu Selamat Hari Guru 2020

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 1111 hits
Kami guru Malaysiaberikrar dan berjanji mendidik dan memimpin putra putri negara kita Inilah lagu hari guru yang didendangkan di sekolah setiap kali sambutan hari guru peringkat sekolah Tahun 2020 ini lain betul suasana dan perasaannya Tema...
Buasir Otak Tv Hadiah Mahal Untuk Cikgu

Buasir Otak Tv Hadiah Mahal Untuk Cikgu

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 452 hits
Bila setiap kali Hari Guru tiba semua murid berlumba lumba mahu memberi hadiah yang mahal kepada cikgu untuk membalas jasa Jom tonton animasi ini
Hari Guru Istimewa 2020 Bila Pm Sebut Nama Cikgu Hailmi

Hari Guru Istimewa 2020 Bila Pm Sebut Nama Cikgu Hailmi

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 649 hits
Baru berkesempatan nak ucap Selamat Hari Guru kepada semua rakan guru di Malaysia 16 Mei yang sibuk dan penuh dengan kejutan Realiti Rakyat ASTRO Awani Segmen Khas Hari Guru 2020 bersama Cikgu Hailmi8 30 pagi Bersama 501awani untuk segmen R...
Bila Cikgu Hilang Kuasa

Bila Cikgu Hilang Kuasa

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 366 hits
TERGAMAK kalian buat cikgu begini Demikian kekecewaan Mohd Khairul Izzuddin Shaari 31 yang terbaca komen terbuka pelajar sekolah di Twitter yang tidak mempedulikan pembelajaran dalam talian Mohd Khairul memuat naik tangkap skrin komen negat...
Catatan Cikgu Amin

Catatan Cikgu Amin

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 372 hits
CATATAN RAMADHAN 10 Kemenjadian murid bermula dari hati gurunya1 Salah satu perkataan bahasa melayu yang kerap disebut tetapi kemungkinan besar tidak difahami maksudnya ialah ASA Nampak pelik sebab perkataan ASA jarang digunakan bersendiria...
Banyak Penerima Bansos Salah Sasaran Istana Jawab Begini

Banyak Penerima Bansos Salah Sasaran Istana Jawab Begini

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 260 hits
Tenaga Ahli Utama Kantor Staf Presiden Donny Gahral Adian mengakui data yang digunakan untuk penyaluran bantuan sosial adalah data tahun 2015 Hal ini mengakibatkan banyak ditemukan penyaluran bansos yang tidak tepat sasaran atau diterima ol...
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit