Sambutan Najib Di Pulau Pinang Petanda Buruk Buat Dap



Sambutan Najib di Pulau Pinang petanda buruk buat DAP?
JUMAAT dan Sabtu lalu Pulau Pinang, negeri di mana menjadi pusat kekuasaan DAP sejak menawan negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 dilanda fenomena ‘Bossku’.
Media sosial dipenuhi dengan foto dan visual bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan sambutan ‘hebat’ oleh masyarakat setempat terutama kaum Cina yang sebelum ini digambarkan berpatah rotan dan berkerat arang dengan Najib.
Di mana-mana sahaja Ahli Parlimen Pekan itu menjejakkan kaki, beliau menarik perhatian masyarakat Pulau Pinang bak gula dikerumun semut.
Melihatkan sambutan terhadap Najib, kehadiran ‘Bossku’ seolah-olah telah lama ditunggu-tunggu oleh orang Pulau Pinang.
Salam penumbuk dengan Najib di pasar malam Jelutong
Najib berada di Pulau Pinang bagi menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Pulau Pinang (Pibis) anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI) iaitu sebuah badan tidak berasaskan keuntungan.
ISI terlibat dalam rangkaian perniagaan, kajian perniagaan dan pemadanan perniagaan-pelabur.
Bukan keberadaan Najib dalam sidang kemuncak itu yang menarik perhatian tetapi sambutan luar biasa yang diterimanya ketika bertemu dengan masyarakat Pulau Pinang terutama mereka yang berketuruan Cina menjadi tumpuan.
Antara lokasi yang beliau pergi termasuk Parlimen Jelutong iaitu kawasan Ahli Parlimen DAP, RSN Rayer yang selalu ‘mengacau’ Najib di Dewan Rakyat.
Dalam video yang dikongsi Najib di laman Facebooknya ketika melewati pasar malam di Jelutong kedengaran orang ramai menjerit ‘Bossku… steady bossku”.
Ramai yang mengambil gambar Najib, ada yang minta tandatangan malah ada mengambil kesempatan bersalam ‘penumbuk’ serta berswafoto dengan Najib.
Yang tidak dapat mendekat hanya melambai dari jauh.
Dalam ruang komen di Facebook Najib yang mencecah ribuan, rata-rata kagum dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat Cina di kubu DAP itu terhadap Najib.

Kehadiran yang tidak disenangi
Sambutan luar jangkaan terhadap Najib seolah-olah tidak disenangi oleh Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), Hong Yeam Wah.
Menurut Yeam Wah, PCCC tidak mungkin menjemput atau mengalu-alukan Najib yang disabitkan kesalahan di mahkamah.
Katanya, ahli-ahli perniagaan mengutamakan integriti melebihi segalanya.
Beliau menolak sambutan Presiden Persekutuan Persatuan Keturunan Zhang Malaysia, Anthony Chang Wei Loon terhadap kedatangan Najib, bagi pihak masyarakat Cina Pulau Pinang.
“Bagaimana dia (Chang) boleh mewakili kami? PCCC mempunyai sejarah lebih seratus tahun dan lebih 10,000 ahli meliputi semua industri di Pulau Pinang.
“Hampir semua ahli perniagaan di sini adalah ahli kami, bukan ahlinya. Jadi pada dasarnya, kami tidak akan menjemput atau mengalu-alukan Najib ke majlis kami atau mengalu-alukan beliau ke Pulau Pinang.
“Kamu telah melakukan jenayah dan kamu datang ke sini untuk menghadiri acara yang bersifat politik. Kami sentiasa menegaskan bahawa pemimpin tidak sepatutnya melakukan rasuah,” kata Hong Yeam yang dilaporkan oleh sebuah portal.
Bukan Hong Yeam sahaja yang menyatakan kurang senang dengan kehadiran Najib terdapat beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) turut mengeluarkan kenyataan yang serupa.
Antaranya termasuk Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.
Beliau mengulas janji Najib terhadap ekonomi komuniti Cina sekiranya Barisan Nasional kembali berkuasa memerintah negara.
“Apa yang beliau janjikan selama ini, hanya janji kosong. Janji orang yang disabitkan di mahkamah di atas tuduhan pecah amanah ini, dengar boleh, percaya jangan. Langsung tidak boleh dipercayai.
“Masalah janji Najib ini, di Melaka dia janji lain, apabila menang, buat lain pula. Sama juga di Johor, dia janji lain, bila menang, pun lain (dibuatnya).
“Sekarang dia sudah jadi kerajaan pusat, apa yang dia janji nak buat, buatlah sekarang. Apa yang kita nampak, tiada apa-apa yang dia buat pun,” kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP yang baru dilantik itu.
Adakah masyarakat Cina mula menerima Najib
Adakah sambutan terhadap Najib di Pulau Pinang yang kelihatan begitu fenomena memberi petanda buruk kepada DAP di negeri itu dalam pilihan raya yang akan datang.

Bagi Penganalisis Politik, Profesor Dr. Wong Chin Huat, sambutan masyarakat dan pertubuhan Cina terhadap Najib di negeri itu boleh dianggap luar biasa.
Bagaimanapun menurut beliau, sambutan itu tidak boleh dianggap sebagai mewakili sentimen keseluruhan masyarakat Cina terhadap Najib.
“Sambutan terhadap beberapa pertubuhan Cina terhadap Najib luar biasa daripada satu segi beliau adalah pesalah yang telah disabit di mahkamah dan dijatuhkan penjara 12 tahun. Biasanya masyarakat Cina memandang rendah kepada penjenayah.
“Akan tetapi, sambutan beberapa pertubuhan ini tidak boleh dilihat sebagai mewakili masyarakat Cina, seperti mana Najib tidak boleh mewakili semua pemimpin politik Melayu,” katanya menerusi WhatsApp kepada MalaysiaGazette.
Tambah beliau, pengukur sebenar sokongan akar umbi kaum Cina terhadap Najib hanya boleh dibuat dalam pilihan raya.
Menurut Chin Huat, jika Najib semenangnya didukung oleh masyarakat Cina maka parti DAP sepatutnya telah tumbang dalam pilihan raya negeri di Johor dan Melaka.
“Akan tetapi ia (DAP) masih mendapat sokongan kuat. Sebaliknya, MCA hilang deposit di Dewan Undangan Negeri Bandar Hilir dan Kota Laksamana di Melaka.
“Kalau DAP tetap boleh menghilangkan deposit MCA yang menjunjung Najib di Melaka maka tiada bukti untuk percaya Najib sudah menjadi popular di kalangan orang Cina, lebih-lebih lagi di Penang,” katanya.
Untuk rekod pada PRN Melaka menyaksikan DAP mengekalkan kerusi Bandar Hilir, Kota Laksamana, Ayer Keroh dan Kesidang. Namun parti itu tewas empat lagi kerusi disandangnya, iaitu Duyong, Gadek, Pengkalan Batu dan Bemban.
Sementara pada PRN Johor DAP menang 10 daripada 14 kerusi yang ditandinginya.
Seperti yang dikatakan oleh Chin Huat, hanya pilihan raya yang dapat mengukur sejauh mana pengaruh ‘Bossku’ di Pulau Pinang.
Mampukah aura ‘Bossku’ meruntuhkan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah bertahan selama 14 tahun itu pada pilihan raya akan datang? MG
Sambutan Najib di Pulau Pinang petanda buruk buat DAP?
Baca Artikel Menarik:
Penjaja sorok jeruk dalam longkang, tepi loji kumbahan Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari Tukang Sebar Kutuk rambut isteri, Chris Rock makan penampar Will Smith dalam Oscar [VIDEO] Mabuk punya pasal BN anak tirikan P. Pinang, Najib dedahkan lagi putar belit DAP Nusantara bakal mengubah ekonomi Indonesia Najib luluskan kemudian Kerajaan PH tangguhkan dan swastakan projek kepada kroni 2 artis berdepan hukuman gantung Biden hilang akal dan cakap tak pakai otak Sultan Johor biaya kos bina semula gerai terbakar di Felda Ulu Tebrau Nad Zainal Lega Babak Panas Dirinya Dalam Drama Ditayangkan Sebelum Mula Puasa Perempuan ‘telanjang’ dalam MV Chubb-E pula heboh Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/28/sambutan-najib-di-pulau-pinang-petanda-buruk-buat-dap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Tak Pernah Ketepi Pulau Pinang Najib

Bn Tak Pernah Ketepi Pulau Pinang Najib

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 143 hits
BN tak pernah ketepi Pulau Pinang Najib Barisan Nasional tidak pernah mengetepikan Pulau Pinang selepas kehilangan negeri itu kepada Pakatan Harapan kata bekas Perdana Menteri Najib Razak hari ini Pada masa lalu katanya kerajaan persekutuan...
Jadual Waktu Berbuka Puasa Imsak Negeri Pulau Pinang

Jadual Waktu Berbuka Puasa Imsak Negeri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 218 hits
Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh daerah di negeri Pulau Pinang untuk bulan Ramadhan tahun 2022 bersamaan dengan 1443 Hijrah diterbitkan secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Makan Nasi Tomato Warung Aura Kak Ina Gelugor Pulau Pinang Masakan Ala Hotel Harga Warung

Makan Nasi Tomato Warung Aura Kak Ina Gelugor Pulau Pinang Masakan Ala Hotel Harga Warung

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 772 hits
Sambungan Cerita di bulan Disember lepas Selepas menginap di KTH Homestay Cottage Kangar Perlis dan on the way ke Pulau Pinang kami sarapan di Ukir Mall Alor Star Kedah Selepas sampai di Pulau Pinang sempat kami singgah Makan Nasi Tomato Wa...
Lunch Makanan Kenduri Di Dapoq Schombi Heritage Georgetown Pulau Pinang

Lunch Makanan Kenduri Di Dapoq Schombi Heritage Georgetown Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 589 hits
Ini adalah post terakhir percutian mama di Pulau Pinang pada bulan Disember lepas Alahai makin lama makin tertangguh post mama Lagi beberapa hari lagi insya Allah mama akan ke Penang lagi Alkisah semasa di hari terakhir di Pulau Pinang mama...
Ismail Sabri Perdana Menteri Tapi Rafizi Dan Dap Serang Najib

Ismail Sabri Perdana Menteri Tapi Rafizi Dan Dap Serang Najib

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 279 hits
Oleh Sirajuddin AhmadBukan kah Perdana Meneri itu datang dari UMNO Bukan kah UMNO musuh PKR dan DAP Namun yang sangat terlihat jelas dan ketara ada lah Rafizi dan DAP bersungguh sungguh menyerang orang yang tiada jawatan dalam heiraki kepim...
Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang Mainpp 2022

Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang Mainpp 2022

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 257 hits
PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG MAINPP 2022 Untuk makluman Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP Bagi Tahun 2022 kini telah dibuka kepada anak negeri Pulau Pinang yang berkelayakan Disini kami aka...
Dewan Perniagaan Cina P Pinang Nafi Kaum Cina Alu Alukan Najib

Dewan Perniagaan Cina P Pinang Nafi Kaum Cina Alu Alukan Najib

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 185 hits
Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Hong Yeam Wah menafikan tanggapan bahawa masyarakat Cina di negeri itu mengalu alukan lawatan bekas perdana menteri Najib Razak ke Pulau Pinang Ini selepas Presiden Persekutuan Persatuan Keturunan...
Ask Abah About Cancelled Projects Najib Tells Penang Dap

Ask Abah About Cancelled Projects Najib Tells Penang Dap

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 260 hits
Najib Razak said Lim Guan Eng had claimed the federal government lacked funds for the Penang airport expansion project PETALING JAYA Najib Razak tonight hit out at Penang DAP for claiming that he had hindered three development projects in t...
Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco