Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Bahagian
01 Mei 2024 - Rabu (22 Syawal 1445H)
Pagi.
Aku di SINI.
Malam.
Memandangkan dak Nuha pun sama tidak sihat (batuk + selesema), en. Hubby bawa kami untuk mendapatkan rawatan di klinik. Dapatlah cuti sakit untuk sehari buat dak Nuha dan aku..
02 Mei 2024 - Khamis (23 Syawal 1445H)
Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat bahagian di tempat kerjaku
Kali ini aku tidak teruja disebabkan aku tidak sihat tetapi demi menu utama bahagian yang ditempah dari en. Hubby, gigihlah aku ke tempat kerja. Makna kata.. tiada maknalah sijil cuti sakit yang aku terima daripada doktor malam tadi
Kerjasama antara mereka
Sungguh, aku tak larat masa ni
Simpan sini sebagai kenangan
Bersama salah seorang boss bahagian
side dish
Air Botol Legend - Oren Bodo/Air Long Chan
Menu utama:Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Dalca, Jelatah, Jambu Batu
Menut Potluck:Laksa Johor, Laksa Utara, Rendang Ayam, Rendang Daging, Ayam Masak Ungkep, Nasi Impit, Kuah Kacang, Masak Lodeh, Sate, Lemang, Mee Rebus, Buah Pisang dan ada lagi aku tak ingat
Dirasmikan oleh Boss Bahagian
Gambar seterusnya.. ada banyak tapi maaf aku tak dapat nak kongsikan
Aku..
Hanya ini yang aku makan
Hilang sekejap 'selera besarku' dek tidak sihat
Boss Bahagian izinkan aku balik awal 'biar mereka yang basuh bekas tu' tapi aku tak sampai hati. Takpe, aku tunggu. Selepas sesi menapau selesai, dengan kebenaran boss, aku terus gerak balik.
Menggigil badan bila sampai di rumah, hujan pula tu. Merengek pada en. Hubby untuk pergi ke klinik semula malam nanti tapi selepas makan ubat tak sedar apa dah. Aku rasa aku tidur sekejap, bila sedar hampir dekat tengah malam. Dah tengah malam memang takdelah nak ke klinik semula. Sempat mengemas dapur sebelum sambung tidur semula
03 Mei 2024 - Jumaat (24 Syawal 1445H)
Aku cuti kecemasan.. 'demam raya'
Sudahlah batuk, selesema, migrain pula. Bantal je pasangan terbaik aku untuk hari ini
#RemajaPurba: Masih belum ok
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2024/05/sambutan-hari-raya-aidilfitri-peringkat.html