Sambutan Birthday Habibi Tanpa Kek
Selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadan buat semua. Alhamdulillah, telah genap 59 tahun usia habib semalam. Seperti biasa ucapan-ucapan dari anak-anak dan umi serta ahli keluarga dah bertalu-talu diterima.
Hadiah buat habibiRamai yang menjangkakan kita akan berpuasa pada 1 Mac jadi kat pasar banyak kedai makanan yang tidak beroperasi atau mereka nak rehat sebelum nak memulakan perniagaan pada 1 Ramadan nanti
Memang surprise la habibi dapat jam ni yang sebenarya dah dapat lebih awal dari tarikh sebab nak pastikan jam yang dibeli ni sesuai. Awalnya beli yang forerunner 55 tapi rupanya tak ada touch screen, jadi umi tukar ke forerunner 165.
Kenapa jam? kalau beli baju, dah banyak dah baju dan sekarang ni memang nak cuba minimaliskan bab pakaian dan bagi jam sebab untuk pastikan habibi sihat. Dia boleh tengok purata larian dia dan berapa banyak aktiviit yang dilakukan
Makan Malam di Italian PlaceAwalnya kami nak makan di salah sebuat kafe di Pandan Indah tapi tak jadi sebab banyak jalan yang jem dan anak-anak lelaki pula nak bersolat tarawih, jadinya kami cari restoran yang dekat dengan rumah.
Tahun ni tanpa kek tiramisu sebab nampaknya purata gula dalam darah dah tinggi. 8.4! Jadi untuk mengelakkan ia makin naik, semua dikurangkan terutama penggambilan gula.

Dulu kami kerap juga makan disini hinggalah nama kedai ditukar ke Italian Place, nak pergi pun asyik penuh jer dan waktu birthday Kak Yang pun tak dapat makan kat sini sebab penuh.
Sebelum tu dah call, tapi mereka tak terima tempahan awal. Bukan sini saja tapi kafe sebelum ni pun sama. Jadi mintak Ayong pergi awal lepas Maghrib sebab masing-masing nak bersolat tarawih
White Sauce Spagetti Beef pilihan habibi. Sedap dan sesuai rasa. Lagipun habibi memang suka cabonara so memang ni lah pilihan dia
Pilihan umi ialah pesto tapi tiaida kat sini mungkin tidak ramai yang suka kot. anyway Spaghetti cabonara dan grilled salmon ni not mad. Cuba kalau kuah cabonara tu kering sikit, grilled salmon tu garing sikit pasti lebih sedap
Spagetti creamy laksa seafood. Bila pasta ni sampai dah boleh jangka ia berkuahkan laksa johor. Ayong memang saja suka mencuba pasta tapi kalau ada spagetti tomyam, pasti jadi pilihan dia.
Umi kurang minat sebab pasta sebegini sedap waktu masih panas, kalau sejuk memang rasa muak. Tapi kalau dia bagi limau untuk diperah, mungkin lebih extra sedap
Tomato sauce spagetti beef pilihan Angah Ammar. Memang sedap mungkin sebab umi suka makan masakan masam tapi akan lebih sedap kalau ada chili flakes atau taburan black pepper
Butter rice & chicken chop pilihan Is yang memang perut nasi macam ayah mertua cuma bezanya habibi suka daging berbanding ayam
Parmagiana chicken pilihan Kak Yang. Memang sedap dengan gandingan ayam dan sos. Ni memang memang umi akan makan bertambah
Creamy Cheesy Fish ni pilihan KC Iman yang umi suka sebab ikan dori memang favorite umi cuma kalau sejuk memang muak. Kombinasi dengan roti bakar, ikan serta brokoli ni memang sedap
Fish and chips pilihan Cik Meya ni sedap juga dengan coleslaw, kentang putar dan ikan yang digoreng tepung serta jagung rebus. Tiada yang faktor wow dalam menu ni yang boleh didapati di mana-mana kafe

Umi memang peminat mushroom soup tapi Creamy Mushroom soup ni, biasa-biasa saja. Bila mushroom soup ni sampai memang tak de faktor wow tanpa roti bakar atau apa yang menarik. Paling kurang harus ada taburan serbuk parsley jadi tidak nampak plain melainkan cebisan kecil mushroom

Inilah sebahagian pilihan minuman kami, ada Apple Juice, Milo, Latte, Iced Water, honey dew. Ingat nak order air kedondong, tak ada, mungkin dah habis awal lagi

Ada yang mengatakan yang Restoran Italian Place ni kepunyaan Ustaz Abdullah Khairi, jadi memang sah sebab di plak atas meja tu ada huruf UAK yang mengesahkannya.
Dalam menu pun ada sedikit info berkenaan Kafe Jiran yang direbranding menjadi Italian Place sejak 2018 kalau tak silap. Lupa pulak nak ambil gambar sebab seronok berborak dengan anak-anak dan suami
Rating kami
Boleh la datang lagi tapi mungkin akan tukar food dan harapnya piza ada.
PRICE : 8/10 | FOOD RATE : 8.5/10 | SERVING : 8.5/10 | AMBIANCE : 7.5/10
So far semua puashati dengan food masing-masing tapi bab mushroom soup tu memang tak mungkin umi order lagi sebab ianya biasa-biasa saja macam soup Campbell dalam tin
Kami ditempatkan di bahagian luar kedai, sebab keluarga kami besar tapi mujur tak panas. Kalau kat dalam kedai mungkin lebih selesa yang berhawa dingin
LokasiRestoran Italian Place - No 23, Jalan 3/27d, Wangsa Maju, Seksyen 2, 53300 Kuala Lumpur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2025/03/sambutan-birthday-habibi-tanpa-kek.html