Sambal Udang Untuk Iman Rupanya Salah
Assalamualaikum..
EH.. eh.. Kenapa tajuknya macam tu ya
Hihihi.. ini cerita masa Iman baru balik, Sk memang teruja nak masakkan dia Sambal Udang sebagai salah satu masakan permintaan Iman bila balik bercuti, sekali salah, lah.. Iman bukan nak makan Sambal Udang tapi…
UDANG GORENG KUNYIT
Nasib baik jugak Sambal Udang ni antara masakan kegemaran dalam keluarga Sk, jadi laku teruklah. Tak ada yang sia-sia di rumah Sk tu kalau dimasak, semua mesti licin. Burppppp
Ni semua udang yang Pak Inche beli masa out station ke Kuantan yang pernah Sk ceritakan dulu
SAMBAL UDANG EMPAT EKOR
Memang dah lama, berbulan dah tapi Alhamdulillah, udang ni semua masih elok lagi, lehernya pun masih bercantum dengan badan. Dah jadi kebiasaan, setiap kali balik dari pasar, Sk akan bersihkan hasil pancingan dan susun dalam tipuware (bekas aiskrim terpakai). Jadi, bila kita bekukan dan defrost dia tetap elok terbentuk
Resipi sambal macam biasa, Sk suka tambah cuka. Kali ini Sk tambahkan daun bawang bukan sahaja sebagai hiasan tapi juga menambah perisa seakan Udang Masak Sambal di Chinese Restaurant. (Sebenarnya ada daun bawang lebih masa masak
MEE KOLOK
sayang nak buang, hahaha)
Pes lada kisar macam biasa dah Sk siapkan awal-awal satu container jadi bila nak masak tinggal senduk dan tumis aje dalam kuali. Hari ni borak-borak dengan kawan pejabat, dia cerita memang kalau dia setiap kali nak masak baru kisar lada, Sk memang tak pandai la macam tu. kalau stok lada kisar dah habis, Sk akan restock dan kena sentiasa pastikan ada stok lada kisar ni, kalau tak memang tak berasaplah dapur, nanti cakap dengan Pak Inche lada kisar habis, kita makan luar, lah, hahaha. ALASAN
Cara Sk buat stok lada kisar sekarang ni, Sk beli cili kering siap pek di pasaraya tu. Sebungkus kecil tu anggaran berat 200 gm, Sk cuci dan potong kecil kemudian rebus sehingga lembut. Lepas tu Sk kisar bersama empat biji bawang besar, masukkan air masak secukupnya, kisar hingga lumat. Air masak tu biasanya separas dengan lada. Lepas tu simpan dalam peti sejuk, nak guna cedok aje
Ialah.. ialah.. lain kali Sk tunjuk gambar ya, hehehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2019/11/sambal-udang-untuk-iman-rupanya-salah.html