Sambal Pauh Kelantan
Saya melihat video seorang ustaz meninggal ketika sedang memberi kuliah subuh, dengan rasa yang sangat insaf. Betapa sakitnya sakaratul maut. Betapa kematian boleh datang bila bila masa. Walaupun arwah meninggal dalam keadaan yang kita nampak di mata kasar sebagai husnul khatimah, tetap nampak sakitnya sakaratul maut.
Itu sebab kita diajar dalam setiap selepas solat supaya membaca doa, "Allahumma hawwin’ alainaa fii sakaraatil maut, wan najaata minan naari, wal ‘afwa indal hisaab". Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, berikanlah kami keselamatan dari api neraka, dan ampunan pada saat hisab.
Kita yang banyak dosa perlu mengambil iktibar atas setiap apa yang kita tengok. Pastikan juga kita membuat persediaan barang barang untuk digunakan sekiranya ada kematian di rumah seperti kain batik lepas, kain putih jarang untuk menutup muka, tilam dan sarung bantal putih warna putih dsb. Teringat arwah ibubapa saya yang membuat persiapan dengan siap ada kain kafan dan tikar mengkuang lagi.
Mudah mudahan dipermudah dan diringankan kita saat sakaratul maut dan semua urusan selepas kematian. Setiap yang hidup pasti merasai mati dan akan ada kehidupan selepas kematian di mana kita perlu bertanggungjwab atas apa yang telah kita lakukan sewaktu hidup.
Inilah lauk simple tapi sangat sedap dan terkenal di Kelantan. Sambal pauh kerana orang Kelantan panggil buah mangga sebagai buah pauh. Sambal ini pastinya sedap dimakan dengan buah kerdas, jering, petai atau apa apa ulaman.
Isi ikan boleh samada dibakar atau direbus. Kalau nak sedap isi ikan dibakar jadi ada lah aroma ikan bakar tu dalam sambal. Kalau nak cepat, guna ikan rebus kerana di Kelantan zaman dulu, boleh dikatakan setiap dapur ada ikan rebus. Zaman tu tak ramai ada peti sejuk. Jadi ikan disimpan dengan cara merebus dengan garam dan asam keping terlebih dahulu.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..
Sambal Pauh KelantanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 biji buah pauh muda1 ekor ikan selayang/sardin - rebus/bakar4-5 biji cili padi - ikut pedas disukaiGaramGula
Cara cara:Tumbuk cili padi dengan garam dan gula sehingga hancur tapi tidak halus sangat.
Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi. Masukkan sedikit buah pauh yang dicincang dan tumbuk separuh lumat.
Ceduk bahan tumbuk dan masukkan ke dalam mangkuk dan gaul dengan baki buah pauh cincang. Kacau rata. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.
Nota:Sedap makan dengan jering, buah kerdas atau petai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2023/08/sambal-pauh-kelantan.html