Sambal Paru Tahan Lama




Insya Allah, pagi esok kami sekeluarga akan berangkat ke London untuk menghadiri majlis graduasi Nana. Sambil sambil itu, kami pergi untuk bercuti kerana telah lama kami tidak bercuti satu keluarga. Kali ini pun masih tidak lengkap kerana Alain tidak dapat ikut serta. 
Bila sebut bab bercuti atau berjalan ni, semua pun menyeronokkkan tak kira luar atau dalam negara. Tapi tak pasti dengan orang lain, bila dah berusia ni, perasaan saya tidaklah teruja seperti dulu dulu. Kadang pening memikirkan apa baju nak dibawa. Malas nak membeli sebenarnya. Tapi nasib baik juga kerana cuaca ketika ini tidak lah sejuk, jadi boleh pakai baju biasa jer. Suhu sekitar 26 degree jer. 
Saya bila nak bercuti ke mana mana, saya lebih teruja jika pergi ke tempat yang menarik untuk shopping. Haa kebetulan kali ini, kami akan sekali ke Paris. Dah lama kami tak ke sana. Akhir sekali ke sana rasanya awal tahun 2019 sebelum munculnya bab Covid 19. Bukan banyak duit pun untuk membeli macam macam, cuma rasa seronok window shopping jer. 
Bercakap bab window shopping ni, setiap kali ke KLCC dan melihat harga harga handbag berjenama di sana, akan menjadi hati rasa sedih dan geram. Apa tak nya, harga naik setiap tahun. Pun gitu, ramai orang berduit yang dok support menyebabkan mereka terus menaikkan harga setiap tahun.
Bayangkan harga handbag yang saya beli semasa PKP, telah naik lebih dari RM10K. Gila tak gila tu. Nasib baik dulu saya ada beli untuk anak anak sekali. Kalau sekarang mereka nak beli, lagi tak mampu. Saya pun terpaksa bersara dari membeli bag kerana harganya dah di luar kemampuan. Saya dah bersara ni, bukan banyak majlis pun untuk dihadiri selain majlis perkahwinan sahaja. 


Sambal paru memang kegemaran anak anak saya kecuali Nana dan Alain yang tak makan organ dalaman. Saya menyediakan sambal paru yang tahan lama ini untuk dibawa ke London. Saya masukkan dalam pouch dan ikut kuantiti sekali makan. Rasa nak makan, buka sahaja. Boleh makan dengan nasi lemak, mee hoon goreng atau makan dengan nasi putih sahaja. 
Rahsia nak bagi sambal tahan lama ialah masak lama lama atas api perlahan sehingga sambal benar benar garing dan berwarna merah gelap gitu. Jangan masukkan air sedikit pun. Gunakan asam keping. Jadi sambal boleh tahan berbulan walaupun diletak di bawah saji sahaja. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua....

Sambal Paru Tahan LamaOleh: Azie Kitchen
Bahan-Bahan:2 kg paru lembu1 sudu besar serbuk kunyit1 sudu kecil garam halus
Bahan kisar:4 biji bawang besar4 ulas bawang putih4-5 sudu besar cili kering kisar2 inci belacan - opsyenal
Bahan lain:1 batang serai – diketuk2-4 sudu besar gula atau secukupnya2 sudu kecil garam atau secukupnya1 sudu kecil serbuk perasa40 gram gula Melaka3 keping asam keping
Cara cara:Paru dibersihkan dahulu kemudian rebus hingga masak dengan halia. Sejukkan dahulu kemudian dihiris nipis. Nota: rebus dalam periuk tekanan bersama halia selama 35 minit.
Satukan paru, serbuk kunyit dan garam halus gaul sekata. Panaskan minyak secukupnya dan goreng paru hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Nota: jangan goreng terlalu banyak paru pada satu masa. Untuk paru rangup, goreng paru hingga buih-buih berkurangan.
Panaskan minyak dalam kuali lain, masukkan serai dan bahan kisar. Tumis hingga terbit minyak.
Kemudian masukkan asam keping dan gaul sekata. Selepas itu letak garam, gula, gula melaka, serbuk perasa secukupnya. Masak sehingga warna sambal cantik gelap.
Akhir sekali, masukkan paru dan digaul hingga merata dan sekata sehingga sambal elok melekat. Tutup api sedia dihidang dan dinikmati.
Nota:Tips untuk tahan berbulan dan tidak berkulat, masak sambal mesti lama hingga sambal kelihatan merah kehitaman. Bila sambal mengering, perlahankan api supaya bahagian bawah tidak hangus. Teruskan masak sambil selalu mengacau.
Sambal paru lebih sedap jika ada rasa manis sedikit, pedas dan masin secukup rasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/09/sambal-paru-tahan-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Sambal Belacan Wangi Sedap Tahan Lama

Resipi Sambal Belacan Wangi Sedap Tahan Lama

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 300 hits
RESIPI SAMBAL BELACAN WANGI SEDAP TAHAN LAMABAHAN BAHAN 6 biji limau kasturi 50g belacan yang telah dibakar3 biji cili merah 1biji cili hijau8 biji cili padi hijau25 biji cili padi merah100ml air asam jawa pekatMasukkan sedikit gula dan gar...
Serondeng Sedap Tahan Lama Resipi Kelantan

Serondeng Sedap Tahan Lama Resipi Kelantan

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 529 hits
Serondeng merupakan sejenis masakan daripada siatan daging ayam ikan dan sebagainya yang dimasak bersama santan dan rempah rempah sehingga kering dan kadangkala berminyak agar tahan lama Serondeng dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betu...
Kopi Lohan Untuk Tahan Lama Lambat Pancut

Kopi Lohan Untuk Tahan Lama Lambat Pancut

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 255 hits
Kopi khas malam jumaat KHAS UNTUK SUAMIMinum 1 jam sebelum anda bersama isteriTidak sesuai untuk minuman harian Hanya ambil ketika ingin bersama isteriMemberi ketegangan dan keras lebih dari biasaDijamin berkesan dan tiada kesan sampinganRu...
Tips Simpan Cili Tahan Lama

Tips Simpan Cili Tahan Lama

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 257 hits
Assalamualaikum Selamat pagi semua Cili Ini antara barang basah yang tak boleh putus stok selain bawang dan beras Tak ada cili berhuhu la hidup LM Mulut ku tak pedas seperti cili tau Hehe LM simpan stok cili dalam bekas yang ada macam rak t...
Kaedah Simpan Cili Tahan Lama Hingga 8 Bulan Masih Segar

Kaedah Simpan Cili Tahan Lama Hingga 8 Bulan Masih Segar

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 307 hits
Kaedah Simpan Cili tahan lama hingga 8 bulan masih segarCili memang stok wajib ada di dapur kita kerana boleh kata saban hari digunakan dalam masakan Biasanya kita akan beli dalam jumlah yang banyak Selalu juga terjadi bila dah beli banyak ...
Kami Juga Pernah Rasa Bahagia Sebagai Satu Keluarga Kongsi Foto Lama Family Kapsyen Anak Nd Lala Undang Sebak

Kami Juga Pernah Rasa Bahagia Sebagai Satu Keluarga Kongsi Foto Lama Family Kapsyen Anak Nd Lala Undang Sebak

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 183 hits
Hantaran dikongsikan adik penyanyi Shila Amzah menerusi TikTok mengundang perhatian dan rasa sebak warganet apabila dia meluahkan kesedihan kehilangan keluarga bahagia Tulis Amir Shafiq Amzah di kapsyen manusia haruslah menghargai nikmat me...
Jangka Hayat Kucing Berapa Lama Kucing Boleh Hidup

Jangka Hayat Kucing Berapa Lama Kucing Boleh Hidup

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 217 hits
Kucing adalah haiwan kesayangan yang sering menjadi sebahagian daripada keluarga kita Kucing membawa kebahagiaan dan keceriaan kepada rumah kita dengan tingkah laku mereka yang comel dan sudah tentu ada kenakalannya Tetapi sebelum kita memu...
Hiburan Aku Dah Lama Tau Dia Ni Bohsia Baru 18 Tahun Ramai Terkejut Anak Pelakon Popular Check In Dengan Suami Orang

Hiburan Aku Dah Lama Tau Dia Ni Bohsia Baru 18 Tahun Ramai Terkejut Anak Pelakon Popular Check In Dengan Suami Orang

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 301 hits
Tular pendedahan seorang wanita tentang orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya sehingga kini dia dan suami sudah berpisah Berdasarkan hantaran di aplikasi X wanita tersebut mendedahkan bahawa penyondol berkenaan merupakan anak gadis d...
Perkhidmatan Rahsia As Tahan Wanita Ancam Bunuh Trump Anak

Perkhidmatan Rahsia As Tahan Wanita Ancam Bunuh Trump Anak

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 348 hits
SEORANG wanita Chicago ditahan kerana disyaki menghantar e mel ke sebuah sekolah di Florida di mana beliau mengancam untuk menembak bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan anak lelakinya Barron 17 tahun Sputnik memetik laporan medi...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan

Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital